BerHenti kenderaan sebelum garisan putih
itulah undang-undang jalanraya yang sangat kita kita patuh semasa latihan menjalani lesen...
tapi,
bile dah dapat lesen,undang-undang itulah yang kita selalu ingkar...di traffic light...betul tak??
BerHenti makan sebelum kenyang
itulah pesan nabi.
"Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang."(Hadis Abu Daud)
"Dari Miqdam bin Ma'dikarib ra menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya.Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya.Jika tidak ada cara lain ,maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya,sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas."(Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)
tapi,
bile kita sedang apar,kita makan sampai tak ingat dunia...bertimbun nasi dalam pinggan...last-last tak habis makan...betul tak??
BerHenti buat maksiat sebelum malapetaka datang
Riwayat:
(Bukhari dan Muslim)
(Bukhari dan Muslim)
Hadith:
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
Huraian Hadith:
Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
tapi,
Anak-anak Adam sekarang ini terus-menerus bergelumang dengan maksiat...walaupun kita tidak melakukan maksiat sekalipun...Sebagai muslim yang bertanggungjawab terhadap saudaranya yang lain,kita hendaklah mereka akan azab siksa yang akan menimpa mereka jika terus 'istiqamah' dalam melakukan perkara yang mungkar...
"Berilah peringatan.kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman"
Realiti ramai umat Islam hari ini ,berbuat dosa...betul tak??
Aku harap korang bermuhasabah apa yang kita lakukan setiap hari sebelum kita tidur..k..
No comments:
Post a Comment
komen ea