if u like this blog.just click

Sunday, November 27, 2011

Senarai Pemenang Contest Saya Seorang Muslimah !


Assalamualaikum semua...

Pertamanya,saya ingin memohon maaf atas kelewatan saya.
Okay.Insya-Allah pada hari ini,saya akan mengumumkan peserta Contest Saya Seorang Muslimah !

Berikut adalah senarai pemenang :-

Tempat Pertama
http://namakumasyitah.blogspot.com
Tempat Kedua
http://khadijah6232.blogspot.com
Tempat Ketiga
http://pulau92.blogspot.com

Ranking yang lain
4) http://lalavanylla.blogspot.com
5) http://eymaviolet.blogspot.com
6) http://suhailasellaginella.blogspot.com
7) http://princessgrapess.blogspot.com
8) http://kenkarin.blogspot.com
9) http://miranis298.blogspot.com
10) http://syayewawatif.blogspot.com
11) http://taipsanataipsini.blogspot.com
12) http://menulistanpaseni.blogspot.com
13) http://nursyafikateciq.blogspot.com

Alhamdulillah...selesai sudah contest ini.
Terima kasih kepada yang menyertai contest ini,diharap anda menjaga maruah sebagai seorang muslimah sebaiknya !
Keputusan adalah muktamad !
Kepada pemilik blog di atas,sila hantar link facebook anda di ruangan komen di bawah ini...
Sekian,Wallahua'lam.

Saturday, November 5, 2011

Jangan lupakan ia...


Assalamualaikum kepada semua pembaca dan blogger di luar sana.
Insya-Allah..hari ini,kita akan diperlihatkan suatu hal yang tenggelam timbul dari
pemikiran manusia.
Ketika menjelangnya Hari Raya Aidiladha,

umat Islam akan memandang
dan melihat umat Islam yang lain pergi menunaikan rukun Islam kelima yakni 
mengerjakan haji di Baitullah samada melalui televisyen mahupun realiti.

Tidak kira tua atau muda..miskin atau kaya...pada setiap tahun,kesemua jemaah Haji akan disenaraipendekkan dan dipilih menjadi tetamu Allah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan haji.
Maka,dengan itu...bertuahlah kepada mereka(jemaah haji) kerana dapat menyempurnakan rukun Islam yang kelima tersebut sebelum ajal tiba.

Namun,ada suatu perkara yang ingin ana bicarakan.
Cuba kita flashback zaman silam kita mahupun sekarang.Fikirkan situasi ini :-

Pada suatu ketika di dalam kelas...
Seorang guru menanyakan kepada anak muridnya tentang perancangan hidup mereka dalam melayari bahtera  kehidupan kelak.

Kemudian,bangun si murid A.
Murid A mula berbicara mengenai perancangannya pada masa hadapan setelah tamat SPM.
Murid A : Perkara yang pertama saya lakukan selepas SPM ialah mencari pekerjaan part-time di mana-mana premis samada kedai top-up mahupun restoran bagi mengisi cuti 3 bulan yang ada.
Setelah mendapat result yang cemerlang,saya ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam kos Business Studies.Dijangka 5 tahun selepas itu,saya dapat segulung ijazah di universiti luar negara tersebut.
Sekembalinya ke Malaysia,saya ingin mencari pekerjaan tetap sebelum memasang niat untuk meminang anak dara orang.Setelah berkahwin,saya akan menstabilkan kedudukan kewangan saya bagi menampung kos sara hidup sekeuarga dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang seterusnya samada di universiti tempatan mahupun luarnegara.Sejurus menamatkan pelajaran,saya ingin membuka sebuah syarikat perniagaan yang berlandaskan syariah.

Saya juga akan work-hard untuk melebarkan empayar perniagaan saya di seluruh Malaysia kemudian ke luar negara.Semoga impian saya tercapai.Sekian.

Murid B : Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor.Insya-Allah saya akan menjadi part-timer sebagai pembantu doktor di mana-mana farmasi ataupun klinik sebelum keluarnya result SPM.Hal ini membolehkan saya mendapat secebis pengalaman dalam bidang perubatan.Selepas keluarnya keputusan SPM,saya bercadang memohon scholarship bagi menampung kos pembelajaran saya di Mesir kelak.Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi menjadi seorang doktor dalam tempoh 7 tahun belajar.Saya pulang ke Malaysia berbekalkan ilmu kedoktoran penuh di dada beserta pentauliahan menjadi seorang doktor.

Setelah itu,saya ingin berkahwin terlebih dahulu memandangkan umur pun sudah limit bagi anak bujang.Kemudian,saya akan bekerja sebagai seorang doktor di mana-mana pusat perubatan seperti hospital dan klinik.Mungkin apabila saya kedudukan kewangan saya kukuh,saya mempunyai impian untuk membuka sendiri sebuah klinik bagi membantu orang ramai terutama di kawasan kampung.Saya akan mengenakan bayaran yang rendah dari klinik biasa.Saya juga akan membuka cawangan klinik di tempat lain dengan menggaji doktor-doktor muda bagi meneruskan usaha murni saya di klinik-klinik saya.Doakan ia berhasil.Sekian.

Murid C : Saya tidaklah mempunyai cita-cita dan perancangan hidup sehebat murid A dan murid B.Cuma saya ingin mendalami ilmu Usul Fiqh.Dalam pemikiran saya,tidak ada lain melainkan ingin membantu masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang kekurangan pakar ilmu Fiqh sehingga timbul banyaknya persoalan Fiqh yang tidak boleh dijawab ilmuwan Fiqh yang ada.Cuti tiga bulan ini,saya ingin mengisinya dengan bekerja sebagai Ustaz di sekolah rendah saya dahulu.'Ilmu yang dibahagi akan bertambah'.Sebelum menuntut ilmu Fiqh dengan lebih mendalam,semoga ilmu yang diajarkan kepada anak murid saya nanti akan mengundang kefahaman yang lebih jelas dalam bab Fiqh yang saya pelajari selama ini.Insya-Allah setelah kembali ke tanah air dari Jordan,saya akan mengajar murid sekolah dalam subjek Fiqh.

Meskipun ilmu yang diajar(silibus) adalah sama setiap tahun,saya tidak akan jemu demi menjaga kemaslahatan ummah.Saya juga akan menyertai muzakarah atau perbincangan mengenai masalah Fiqh dengan para ilmuwan.Sebelum usia melewati 30-an,saya akan berkahwin.Saya juga berhasrat untuk menjadi pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia di bahagian FIFA (Fiqh dan Fatwa) di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang.Moga ilmu yang dicurahkan sentiasa mengalir dalam diri pelajar saya dan mereka mengamalkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka.Mudah-mudahan ia menjadi kenyataanSekian.

Alhamdulillah..
Cukup hebat mereka menterjemahkan perancangan mereka satu persatu apabila disoal oeh guru mereka.
Mereka mempunyai idea yang kreatif serta tidak hanya memikirkan diri sendiri.
Cita-cita yang menggunung itu,mudah-mudahan dapat direalisasikan dengan baik.

Akan tetapi,mari kita melihat similarities (persamaan) antara ketiga-tiga murid tersebut.
Selepas SPM,bekerja untuk mendapat pengalaman serta pekerjaan tersebut berkait rapat dengan cita-cita mereka.
Kemudian,meanjutkan pelajaran masing-masing ke luar negara.
Yang terakhir,berkahwin seterusnya bekerja di bawah agensi tertentu dan juga membuka perusahaan sendiri.

Seperkara lagi yang tertinggal oleh murid-murid tersebut dalam menongkah arus kehidupan.
Bilakah mereka semua akan mengerjakan haji yakni merupakan salah satu daripada rukun Islam ?
Pada tahun berapakah mereka akan berangkat ke tanah suci ?
Adakah betul-betul di penghujung nyawa,baru mereka memikirkan hal tersebut sedangkan mereka mampu lakukannya pada usia muda ?
Atau mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ibadah Haji ?

Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran ana sewaktu mendenngar tentang perancangan sahabat-sahabat ana ketika berbual-bual dengan mereka.
Ana berdoa mudah-mudahan antum semua tidak melupakan kewajipan ini.
Bagi yang belum ada akaun Tabung Haji,wujudkanlah ya.

Sematkanlah di dada kita untuk menyempurnakan kelima-lima rukun Islam dengan baik.
Tak salah kita menabung di Tabung Haji walaupun sedikit.
'Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit'
Ingatlah,alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak sempat mengerjakan ibadah Haji sepanjang hidup biarpun mempunyai kesempatan dan kemampuan.
Tambahan pula, ana seringkali mendengar orang yang sudah tua mengatakan :
''Harap-harap meninggal di sana''
Masya-Allah...

Riwayat: (Muslim)
Kategori: Akidah
Hadith: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami semua serta bersabda. Wahai manusia sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kamu ibadat haji. Maka hendaklah kamu semua mengerjakannya. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya, Adakah wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?. Baginda hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, sehingga lelaki itu bertanya tiga kali, Rasulullah s.a.w. bersabda, Jika aku menjawab ya, Ibadat haji akan menjadi wajib pada setiap tahun, tentu kamu semua tidak terdaya mengerjakannya. Seterusnya baginda bersabda, Janganlah bertanya lagi kepadaku tentang perkara ini, apa sahaja yang aku tidak menyebutnya maka tinggalkan sahaja. Sesungguhnya orang yang sebelum kamu itu menjadi rosak disebabkan terlalu banyak mengemukakan pertanyaan mereka, kemudian mereka menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Oleh yang demikian apabila aku memerintahkan kepada kamu semua dengan sesuatu perkara, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan kamu. Sebaliknya jika aku melarang kamu semua dari melakukan sesuatu perkara itu hendaklah kamu tinggalkan.
Huraian Hadith: 
1. Ibadat Haji adalah merupakan rukun Islam yang kelima. Maka adalah menjadi kewajiban kepada semua umat Islam untuk mengerjakannya, jika sudah memenuhi dan mencukupi semua syarat-syaratnya. 
2. Allah S.W.T sekali-kali tidak memberatkan hambanya di dalam mengerjakan ibadat yang wajib atau pun sunat kerana setiap hukum yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan juga hadith adalah berdasarkan kemampuan seseorang hamba itu sendiri.
3. Islam melarang kita mempersoalkan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti perkara yang wajib, sunat, makruh, harus, haram dan sebagainya kerana semakin banyak pertanyaan yang timbul maka akan menyebabkan banyak kesusahan dan kesulitan yang berlaku sehingga kadangkala berlaku perkara saling menyalahkan orang lain.
4. Islam mengajar umatnya supaya mentaati pemimpin-pemimpin mereka selagi mereka tidak menyuruh melakukan perkara-perkara maksiat serta melanggar perintah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.
[sumber hadith:JAKIM]

Pada zaman ini,orang kaya dan yang berkemampuan tidak mengambil peluang yang ada.
Alhamdulillah...perdana menteri Malaysia yang ke-6 sedang mengerjakan haji di Baitullah ketika ini.
Walaupun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab ke atas negara,namun pemimpin ini telah menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya.

Akhir kata,ana berharap kesedaran antum tentang rukun Islam yang kelima meningkat dan ana mendoakan semoga antum dipilih menjadi tetamu Allah sebelum tiba ajal masing-masing.
Sekian,wallahua'lam.

(= Selamat Hari Raya Aidiladha =)

Sunday, October 9, 2011

Lagenda Tiga Abdul


ألسلام عليكم
Hmmm...pasti korang terfikir sejenak..apa yang ingin ana tulis kali ini.
3 Abdul???...macam cerita yang dilakonkan oleh Seniman Agung P.Ramlee.
Hah,itulah yang ana nak ceritakan kali ini.3 Abdul zaman moden.
Akan tetapi,3 Abdul ini bukan adik-beradik mahupun mempunyai kaitan persaudaraan.
Mereka ini merupakan 3 jejaka yang tidak asing lagi dalam Batch ana.
Siapa ea?
Cuba try usha gambar di bawah ini.
First,nama diberi Abdul Muiz Bin Abdul Hakim.
Yang di tengah itu bernama Abdul Hakim Bin Radzuan.
Dan di sebelah kanan pula ialah 'Abdul Halim Bin Bohari.

Mereka ni,semuanya baik-baik.
Ceyh,ayat mengampu pula.
Masing-masing telah melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Muiz sedang belajar di Islamic Science University of Malaysia (USIM) di bawah program
Tamhidi of Syariah And Law..
Manakala Halim pula di Centre For Foundation (CFS) International Islamic University of Malaysia di Nilai jugak.
Halim mengambil kos Human Science.
Dekat je dengan Muiz.
Tapi,untuk semester hadapan,semua budak UIA nilai akan belajar di UIA petaling jaya.
Hah..yang lagi seorang ni,di mana pula ye ?
Alhamdulillah,Hakim sedang mengikuti kursus sijil tahfiz Al-Quran di Darul Quran,Kuala Kubu Bharu,Selangor.

Hurmm..sebab pe lagenda ?

oo..kerana mereka bertiga merupakan orang yang berwibawa,berkarisma,mempunyai sifat daya saing yang tinggi dan fikiran yang matang.
Ana begitu kagum dengan mereka.
Walaupun dibebani tugas yang banyak di sekolah,mereka tetap fokus terhadap pelajaran.
Itulah yang ana ingin contohi.
Semoga ukhuwah yang terjalin antara kami akan berkekalan hingga akhir hayat.
Amiiiin..
Sekian,wassalam..

Monday, August 29, 2011

Ucapan raya paling simple =)

Assalamualaikum...
Di kesempatan ini,ana ingin membuat ucapan raya kepada semua muslimin dan muslimat
Terutama sekali kepada rakan-rakan akaun sekalian.

Cukup sebulan kita menjalankan BUSINESS ramadhan.

Telah banyak amalan yang kita lakukan tetapi tidak pasti samada ia DEBIT ataupun CREDIT.

Adakah BALANCE atau wujud SUSPENSE pada TRIAL BALANCE ramadhan kali ini ?

Biarlah ALLAH yang menentukan INCOME STATEMENT anda dapat NET PROFIT  atau NET LOSS.

Dan diharapkan BALANCE SHEETS ibadah kita diterima walaupun kurang tepat.

Wal khulasoh,
Salam Eidul Mubarak
Dan
Maaf zahir batin dari
Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin.
Tutorial 3,
Lecturer 1,
Tamhidi of Accounting And Muamalat,
Islamic Science University of Malaysia.
Sumber rujukan :-

Thursday, August 25, 2011

Senarai Peserta Contest : Saya Seorang Muslimah


Assalamualaikum..
Berikut adalah senarai blog yang menyertai contest saya seorang muslimah !

Seramai 15 penyertaan telah diterima.
Memandangkan ana sedikit sibuk belajar,keputusan pertandingan akan diumumkan beberapa hari lagi.
Insya-Allah sebelum atau selepas raya tiba.
http://diaryofshoefeecar.blogspot.com/2011/06/contest-saya-seorang-muslimah.html

Monday, August 15, 2011

Qiyamullail pada malam sabtu dan ahad sahaja ?


Assalamualaikum...
Kaifa halukum ?
Moga-moga antum sihat selalu..

Dari pemerhatian ana sejak sekolah rendah sehinggalah di universiti,kebiasaannya
Qiyamullail secara berjemaah memang akan dilaksanakan pada hari sabtu dan ahad atau hari cuti sahaja.
Dan ada juga segelintir yang melakukan ibadah Qiyamullail hanya pada bulan Ramadhan.
Mengapa hal sedemikian berlaku ?

Apakah mereka faham bahawa Allah hanya melihat hamba-Nya beribadah pada malam hari cuti dan bulan Ramadhan sahaja ?

Bagi ana,tidak sama sekali..
Mari kita faham maksud Qiyamullail terlebih dahulu.

Definisi Qiyamullail

Perkataan Qiyamullail memang sudah tidak asing lagi sebutannya dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang suka untuk beramal.Asal maknanya ialah ''bangun malam'', iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T melalui sembahyang sunat,berzikir,membaca Al-Quran,bertasbih dan berdoa.

Firman Allah S.W.T :-

Maksudnya : ''Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ''Sembahyang Tahajjud'' padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu;semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu - pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'' (Surah Al-Isra' : 79)

Rasulullah S.A.W menyuruh umat Islam bangun beribadat di tengah malam (Qiyamullail).Dalam hal ini Baginda melakukannya dengan bersungguh-sungguh sebagaimana hadis daripada Aishah r.a :

Maksudnya : ''Bahawasanya Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam bersembahyang sehingga bengkak kedua kakinya maka aku(Aishah) berkata kepada Baginda,mengapa Ya Rasulullah S.A.W lakukan ini semua,bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian ? Sabda Baginda bukankah aku ini hamba yang bersyukur''.

Subhanallah...
Sedangkan Nabi yang maksum dan dijamin syurga pun bangun malam,apatah lagi kita yang lemah ini.
Renungkanlah bersama...

Bangun sembahyang dan bertasbih di sebahagian malam adalah membawa kesan iman yang mendalam dan berkesan bacaannya seperti mana Firman Allah,

Maksudnya : ''Sesungguhnya bangun beribadat di tengah malam itu adalah sangat berkesan(dalam hati) dan lebih betul bacaannya.'' (Surah Al-Muzammil : 6)

Jabir r.a mengatakan aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : ''Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah kabulkan doanya.Keadaan ini ada pada tiap malam''. (Riwayat Muslim)


Sudah jelas bahawa bahawa Allah melihat amal hamba-NYA pada tiap malam.
Bukan malam sabtu,bukan malam ahad dan bukan pada bulan Ramdhan sahaja.
Oleh itu,ana menggalakkan antum semua melakukan ibadah ini tidak mengira hari mahupun bulan tertentu atau   
semasa kita menghadapi sebarang masalah sahaja.
Sekian,Wallahu'alam.


Thursday, July 21, 2011

! Hati oh Hati ! (bahagian 3)


Assalamualaikum...
Hari ini ana ingin bicara tentang soal hati..
cewah,macam filem Soal Hati la pula..
Takda la,sebenarnya ana hendak sambung entri ! Hati oh Hati ! (bahagian 3)..

***

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kit. Macam mana hati kita  nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

***
Jangan Biar Hati Di'pateri'
Siapa tidak mahu menjadi orang beriman? Malah dalam situasi mencari jodoh, kita telah pun mengakui apa sebenarnya kehendak hati seorang manusia. Lelaki yang bergaya 'stylo' tetap mahukan calon isteri yang solehah seperti Nur dalam cerita Nur Kasih. Wanita yang berlagak ala Lady Gaga masih dambakan calon suami seperti Asyraf dalam Program Realiti Imam Muda.
Itu membuktikan, masih ada secebis cinta kepada agama jauh di lubuk hati. Tetapi, mengapa kehendak itu tidak membuka pintu hati kita untuk berusaha mendapatkan hidayah dari Allah? Sedang kita tahu, fitrah hati kita ini menginginkan kesejukan pandangan dan rohani yang damai dengan salju keimanan!
"Belum terbuka hati aku untuk berubah. Agaknya hidayah Allah belum sampai." Sebelum kita ucap sebaris kata-kata itu, cuba ambil beberapa saat untuk bertanya kepada diri. "Apa yang sudah aku usahakan untuk mencari sinar petunjuk dari Allah?". Jika kita hanya membiarkan kaki terus berjalan di atas landasan yang dicipta oleh syaitan, tidak mungkin kita dipilih Allah untuk mendapat hidayah. Hayati firman Allah SWT,
"Katakanlah (Wahai Muhammad SAW), Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara (ikhwan) kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah SWT dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya). Kerana Allah SWT tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (at-Taubah : 24)
Menurut Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam UiTM, Dr. Mohd Asmadi Yakob, antara punca-punca seseorang itu sukar mendapat hidayah adalah kerana mengikuti hawa nafsu dan syaitan. Manusia yang sentiasa menuruti kehendak nafsu dengan membelakangkan larangan dan suruhan Allah, hatinya sukar terbuka ke jalan kebaikan. Manakala, apabila dia menjadikan syaitan sebagai kawan, hatinya akan  terus terpesong. Ini dapat dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam hari ini yang mengamalkan susuk, sihir dan pemujaan syaitan dalam kehidupan. Telah Allah sebut di dalam surah al-Haj ayat 4, "yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka."
Selain itu, manusia yang berlaku zalim juga sukar memperoleh hidayah. Ia terbahagi kepada dua iaitu berlaku zalim terhadap diri sendiri dan zalim terhadap manusia lain. Seorang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, Allah akan 'memateri' hatinya! Hati menjadi keras, maka bagaimana sinar keimanan akan menyerap ke sanubarinya? Itu contoh zalim kepada diri sendiri. Manakala zalim terhadap manusia lain adalah dengan menganiaya orang tersebut. Doa orang yang teraniaya itu sesungguhnya amatlah mudah dimakbulkan Allah. Ini jelas menunjukkan Allah terlalu murka pada kezaliman.
Untuk memastikan diri tidak sukar diberi hidayah, jangan pernah biarkan hati menjadi keras. Ini boleh terjadi jika kita berkawan dengan rakan-rakan yang menghanyutkan kita dari mengingati Allah. Manusia yang melakukan maksiat dan dosa tetapi tidak bertaubat juga akan terus-terusan berada dalam keadaan yang sesat. Tanda hati telah menjadi keras juga apabila seseorang itu tidak suka mendengar perkara-perkara baik, majlis ilmu dan nasihat tentang keagamaan. Akhir sekali, apabila kita berperilaku melampaui batas-batas agama dan selalu berkata dusta, jangan dinanti hidayah mengunjungi segumpal darah di dalam tubuh! Beringatlah, apabila terdetik walaupun sebesar zarah kesedaran di dalam hati, segeralah mendekati Allah, mudah-mudahan hati dilimpahi hidayah yang berkekalan.
***
Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.
Hati yang Segar
Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan Allah, merasai Allah itu ada dihati kita. Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.
Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.
Hati yang dikuasai dengan kebaikan, akan melahirkan kebaikan yang banyak.
Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.
Allah swt sangat melihat kepada hati.
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 284)

 

Thursday, July 14, 2011

khutbah : ''Keistimewaan Pembaca Al-Quran Di Sisi Allah SWT''

(15 JULAI 2011 / 13 SYAABAN 1432 H)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Al-Quran ialah Kitabullah terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW dan merupakan senjata paling mujarab, ubat yang paling mustajab dalam menyelesaikan segala permasalahan kehidupan. Di dalamnya penuh dengan nur hidayah, rahmat dan zikir-zikir serta panduan. Sebagai kitab wahyu yang dipenuhi mukjizat dan keagongan yang tiada tolak bandingnya dengan kitab-kitab yang lain maka bagi mengekalkannya dalam kehidupan kita, ianya perlu dijaga dengan sentiasa membaca dan menghafal serta memahami isi kandungannya agar berada di dalam jiwa dan hati setiap muslim. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9:

Maksudnya: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur'an, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.

Rasulullah SAW menggesa umatnya agar sentiasa membaca al-Quran dan mendalami dari segi bacaannya. Abu Zar RA pernah berkata bahawa beliau meminta Rasulullah SAW memberi pesanan yang berpanjangan, Rasulullah SAW bersabda: Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber kepada amalan-amalan baik. Aku meminta supaya Baginda menambah lagi, Tetapkanlah membaca al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat. Kita dapati para sahabat RA seperti Uthman, Zaid bin Tsabit, Ibnu Mas’ud, Ubay bin Kaab dan lain-lain lagi, mereka ini sentiasa membaca al-Quran dan mengkhatamkannya setiap hari Jumaat. Begitu juga amalan tradisi orang-orang tua kita dahulu  juga mewajibkan pendidikan al-Quran kepada anak-anak. Anak-anak tidak dibenarkan keluar rumah selagi tidak membaca al-Quran dan mereka mengamalkan pembacaan al-Quran setiap malam selepas waktu maghrib secara beramai-ramai. Ini membuktikan mereka sangat mengambil berat tentang pembacaan dan pendidikan al-Quran.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Banyak hadith-hadith yang menjelaskan keistimewaan mereka yang sentiasa membaca al-Quran begitu tinggi dan mulia di sisi Allah SWT seperti dalam satu hadith Qudsi di mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Sesiapa yang sentiasa sibuk dengan al-Quran dan zikir mengingatiku daripada meminta-minta kepadaku, maka aku akan anugerahkan perkara yang lebih baik daripada Aku anugerahkan kepada mereka yang sentiasa memohon kepadaku itu. Dan kelebihan kalam Allah di atas segala kalam yang lain seperti lebihnya Allah di atas makluk-Nya. Dalam satu hadith lain yang bermaksud: Apabila seseorang dapat mengkhatamkan bacaan al-Quran satu kali, 60 ribu malaikat memohon keampunan dari Allah SWT untuknya. Mereka yang menjadikan al-Quran sebagai bacaan utama setiap masa akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Setiap huruf yang dibaca akan dikira sebagai sepuluh pahala. Sabda Rasulullah SAW:

Bermaksud:Sesiapa yang membaca satu huruf dari al-Quran, maka bagi-nya diberi sepuluh pahala dan ditambah sepuluh lagi kewajiban seumpamanya, tidak aku katakan( alif, lam, mim ) itu satu huruf, akan tatapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf. (Riwayat Tirmizi)

Mereka juga akan dinaikkan darjatnya di sisi Allah SWT sebagaimana yang dikatakan oleh Amr bin Ash: Barangsiapa membaca al-Quran maka mereka akan di naikkan ke darjat di kanan dan di kiri para nabi, melainkan tidak diturunkan wahyu kepada mereka sahaja. Muka pembaca al-Quran sentiasa berseri-seri, sentiasa dalam keadaan tenang dan kehidupannya dirahmati dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT. Ketika berada di alam kubur diluaskan kedudukannya serta mendapat syafaat di akhirat nanti. Hadith Rasulullah SAW:
ِ
Maksudnya: Bacalah kamu akan al-Quran, sesungguhnya (al-Quran) akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembaca-pembacanya.(Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW sentiasa mengutamakan para sahabat yang membaca al-Quran dan yang menghafal dibandingkan dengan sahabat yang lain. Ini dibuktikan dengan tindakan Rasulullah SAW apabila menghantar sesuatu utusan, baginda akan memilih darpada kalangan sahabat yang banyak menguasai al-Quran sebagai pemimpin. Begitu juga ketika berhimpunnya para syahid yang terkorban untuk dikebumikan, Rasulullah SAW sendiri menguruskannya sehingga ke liang lahad dengan mendahului para syahid yang hafaz di kalangan sahabatnya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sebagai umat yang beriman maka sewajarnya al-Quran dibaca, difahami dan dijadikan panduan dan sumber rujukan yang utama  dalam apa juga kegiatan hidup samada dari sudut akidah, syariat dan akhlak, khususnya dalam menangani pelbagai permasalahan, cabaran semasa  untuk mencapai kehidupan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.
Namun persoalannya pada hari ini terdapat segelintir umat Islam yang lemah iman, goyah pegangan akidah dan akhlaknya menjadi kaku bibir dan kelu lidahnya untuk menyebut ayat-ayat Allah SWT dan keras hati apabila terdengar ayat al-Quran. Mereka lebih gemar mengalunkan dan mendengar nyanyian lagu-lagu yang melalaikan berbanding ayat al-Quran. Tidak kurang pula ada dikalangan kita yang hanya berbangga dengan menggantung ayat-ayat al-Quran yang mahal-mahal sebagai hiasan tanpa memahami erti dan pengajaran darinya. Lebih-lebih lagi amalan menggantung ayat al-Quran tertentu, kononnya sebagai pelaris perniagaan.
Justeru, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjadikan budaya membaca al-Quran sebagai gaya hidup.kita mesti yakin bahawa al-Quran sahajalah yang mampu menjadi ubat dan penawar kepada segala jenis penyakit samada rohani atau jasmani yang sedang melanda masyarakat masa kini. Janganlah kita hanya membaca al-Quran pada masa-masa tertentu sahaja seperti ketika dalam kesusahan, ketika sakit, ketika menghadapi saat kematian atau pada hari tertentu sahaja.
Ibu-bapa perlulah memprogramkan penghayatan al-Quran dalam keluarga terutama kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa seperti selepas solat maghrib sebagai waktu membaca, mempelajari dan mentadabbur al-Quran. Mengambil usaha dengan menghantar anak-anak ke kelas pengajian al-Quran samada di surau dan masjid atau di kelas yang telah disediakan secara berguru. Di samping itu mempelajari al-Quran juga boleh dilakukan dengan cara mendengar bacaan di radio, kaset dan di media-media elektronik dan sebagainya

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengambil kesempatan sempena dengan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke53 yang akan diadakan di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur bermula dari 16hb hingga 23hb Julai 2011 bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, menyeru para jemaah sekalian untuk sama-sama menghadiri majlis tersebut bagi mendengar dan menghayati kandungan dan pengajaran daripada ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh para Qari dan Qariah dari seluruh dunia. Semuga dengan kehadiran kita ke majlis tersebut akan menyerikan lagi dan mendapat rahmat dari Allah SWT serta dapat meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini, marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Israa ayat 45:

Maksudnya: Dan apabila kamu membaca Al-Qur'an, Kami jadikan antaramu dan orang yang tidak beriman kepada hari akhirat itu, suatu dinding yang tertutup.

Sunday, July 10, 2011

Hayatilah Lirik Lagu Ini

ألسلام عليكم.
Insya-Allah..hari ini,ana ingin berkongsi sebuah lagu yang jika dihayati,pasti akan terkesan di hati setiap hamba Allah yang mendengarnya.

UNIC-HIJRAH

Lagu : Ummu Umar   Lirik : Tuan Haji Ismail Bin Ahmad

Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang
Berguguran airmata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kaki ku terasa lemah
Menyusuri kekasihmu Ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi hijrah
Bagaikan hujan menyuburi
hati
Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan
video

 Kepada sesiapa yang ingin berhijrah terutama melanjutkan pelajaran ke luar negara dan yang ingin berhijrah dari yang buruk kepada yang baik..
Pastikan hijrah anda kerana Allah..ye..
Janganlah kita berhijrah semata-mata ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Sekian,Wallahu'alam.

Thursday, June 23, 2011

khutbah ; ''Kebenaran Dalam Isra' Mikraj


(24 JUN 2011/22 REJAB 1432 H)
 ....السلام عليكم

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya. Mudah-mudahan dengan keimanan dan ketakwaan, kita beroleh rahmat dan keredhaan hidup di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan membincangkan tajuk khutbah mengenai Kebenaran dalam Isra’ Mikraj

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Kita kini berada di bulan Rejab. Bulan yang telah berlaku suatu peristiwa penting iaitu Isra’ dan Mikraj pada tahun kesebelas selepas kenabian Rasulullah SAW. Peristiwa ini  merupakan satu bukti tentang kebesaran, kekuasaan dan kehebatan Allah SWT dalam menjalankan diri Rasulullah SAW dari Masjidil Haram Mekah ke Masjidil Aqsa  Baitul Maqdis di Palestin dan seterusnya Nabi SAW diangkat ke langit untuk bertemu dengan Allah SWT dan  menjadi tetamu-Nya pada malam yang sangat bersejarah itu.  Firman Allah SWT  dalam surah al-Israa’ ayat 1:

Maksudnya: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah)  ke Masjid al-Aqsa (di Palastin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Peristiwa ini menguji tentang keimanan dan keyakinan umat Islam terhadap kekuasaan Allah SWT serta bukti kebenaran kenabian Nabi Muhammad SAW, kerana bagi pandangan orang-orang yang tidak beriman atau tipis imannya mereka menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj tidak mungkin akan berlaku dan tidak mempercayainya. Tetapi bagi orang-orang yang benar-benar beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap percaya dengan penuh keimanan dan keyakinan serta memperakukan kebenaran peristiwa tersebut seperti yang dilakukan oleh Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq dalam mempercayai Allah dan Rasul-Nya sehingga beliau digelar “as-Siddiq” yang membawa maksud orang yang benar.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Sepanjang perjalanan Isra’ dan Mikraj yang ditemani oleh Jibril, Baginda telah menyaksikan beberapa gambaran perilaku umat manusia sama ada yang telah berlaku dan yang akan berlaku. Ada gambaran yang mengembirakan dan ada yang menakutkan. Ini merupakan suatu mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Baginda. Antara gambaran perilaku tersebut ialah Rasulullah SAW diperlihat satu kaum lelaki dan perempuan yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada disisi mereka. Kata Jibril itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri dan suami. Persoalan besar timbul di sini siapakah sebenarnya golongan ini?. Mengikut pandangan ulama golongan ini ialah mereka yang tidak menjaga kemaluan dengan cara yang halal dan mereka ini tergolong dikalangan yang dicela serta tidak berjaya samada dalam kehidupan dan cita-citanya. Firman Allah SWT dalam surah al-Mukminun ayat 1-6:

Maksudnya:Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya,dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia .Mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan menunaikan zakat harta itu . Mereka yang menjaga kehormatannya kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah
Budaya hidup berzina terus menjadi isu panas di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kes-kes pelacuran, pengguguran kandungan, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan. Walaupun budaya keji  ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina. Hukuman keras ini amat waras kerana perbuatan berzina adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri, maruah dan moral manusia serta melahirkan status nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.

 Rasulullah SAW berpesan bahawa antara tanda-tanda akhir zaman ialah ramai orang yang jahil terhadap agama serta arak dan zina bermaharajalela. Mereka tahu tentang hukum haramnya namun masih tetap melakukan, kes-kes zina pada asalnya dilakukan secara tersembunyi, namun di akhir zaman nanti perzinaan dilakukan secara terang-terangan. Sabda Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh al-Tabarani yang bermaksud: Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina di jalanan sebagaimana keldai, Aku bertanya, Sesungguhnya itu akan terjadi? Jawab Baginda: Ya, nescaya akan terjadi. Di Padang Mashyar nanti golongan ini akan berjalan dengan kepala di bawah dan kaki ke atas langgit, mereka terasing daripada manusia, badannya sangat busuk serta darah dan nanah sentiasa mengalir dari kemaluannya kerana semasa hidup di dunia mereka ini berbuat zina, suka menyembunyikan maksiat kerana takutkan manusia bukannya takut kepada Allah SWT. Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat pedih di neraka Jahanam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan api yang ada di atas dunia ini.
          Dalam satu hadith disebutkan di akhirat kelak, Allah SWT tidak menegur orang yang berzina, tidak menyapanya dan tidak memandangnya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Ada tujuh golongan manusia yang Allah tidak akan melihat mereka pada hari kiamat dan tidak membersihkan mereka dari dosa bahkan Allah berfirman kepada mereka: Masuklah kamu ke dalam neraka bersama orang-orang yang dimasukkan ke dalamnya. Tujuh golongan tersebut ialah: mereka yang melakukan homoseks, mereka yang melakukan kahwin tangan (onani), mereka yang melakukan hubungan seks dengan binatang, mereka yang melakukan hubungan seks melalui dubur (liwat). mereka yang berkahwin antara ibu dan anak. mereka yang berzina dengan isteri jirannya dan mereka yang mengganggu jirannya.”(Riwayat al-Tabrani).
Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pintu-pintu menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah SWT. Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita misalnya turut terjebak dengan amalan perzinaan.

Mimbar ingin mengingatkan bahawa nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun perlepasan dan pembebasan hawa nafsu hendaklah dilakukan secara halal iaitu melalui pasangan yang sah yang diikat dengan perkahwinan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati wanita yang tidak sah pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati perzinaan. Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, menonton video lucah adalah mendorong kepada perzinaan. Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 32:

Bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.

 Sidang Jumaat Yang dirahmati Allah,

 Serangan gejala sosial dan keruntuhan moral dalam pelbagai bentuk di negara ini   menyebabkan kita kadang-kala hilang pedoman untuk mengatasinya. Mimbar amat yakin sebagai umat Islam sekiranya peristiwa dan kebenaran dalam Isra’ Mikraj ini ditauladani dan dipelajari serta dihayati sebaik mungkin, insyaallah kita mampu mengelakkan diri daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan dan kemungkaran serta terjerumus dengan gaya hidup berdosa. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa ini bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan satu ujian dalam proses pemisahan antara orang yang benar-benar beriman atau mereka yang tipis imannya dan yang kufur ingkar terhadap Allah SWT dan Rasul-Nya.
Bersempena memperingati peristiwa Isra’ Mikraj sebagai mukjizat yang besar ini, maka mimbar menyeru para jemaah dan umat Islam sekalian, marilah sama-sama kita melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan menjauhi segala larangan-Nya. Bagi mereka yang terjebak dengan lembah kemaksiatan, sedar dan insaflah serta kembalilah ke jalan yang benar. Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat, mudah-mudahan dengan cara ini kehidupan kita yang mendatang akan diberkati oleh Allah SWT. Mimbar juga menyeru marilah sama-sama kita mendidik dan membangunkan anak-anak serta keluarga kita menjadi insan yang soleh selari dengan kebenaran Isra’ dan Mikraj. Mimbar mengambil kesempatan pada khutbah minggu ini untuk menyeru seluruh umat Islam sekalian agar bersama-sama menjaga keamanan dan ketenteraman yang kita nikmati pada masa ini. Mimbar juga mengajak umat Islam sekalian agar mengelak diri dari terlibat dengan perkara yang boleh mencetuskan huru-hara seperti perhimpunan haram dan sebagainya. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 60:

Maksudnya: Dan tiadalah kami menjadikan ( pada malam Mikraj ) yang telah kami perlihatkan kepadamu melainkan sebagai suatu ujian bagi manusia ; dan (demikian juga kami jadikan) pokok yang dilaknat didalam al-Quran; dan kami beri mereka takut (dengan berbagai-bagai amaran) maka semua itu tidak manambahkan keimanan mereka melainkan dengan kekufuran yang melampau-lampau.

Sekian,wallahu'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...