if u like this blog.just click

Sunday, January 30, 2011

Hanya untuk umat Islam

alhamdulillah...baru ade mase hari ni..sabtu dan ahad semalam...aku pergi kursus Perkongsian Bijak Cemerlang di Akademi Pembangunan Belia Malaysia di Batu Gajah,Perak..
Pada mulanya hati aku berat untuk tinggalkan laman blog ni..akan tetapi..setelah satu slot di kursus ini bermula dengan penceramah dan juga pengedar HPA paling ngetop di Malaysia telah menyedarkan aku mengenai betapa
lekanya kita dengan permainan duniawi sehingga melupakan saudara-saudara kita di Palestin..
Setiap hari,mereka mendengar dentuman bom yang sentiasa 'attack' mereka...
Setiap hari,mereka ketakutan untuk keluar dari rumah sendiri...
Setiap hari,terdapat darah para syahid Palestinians yang mengalir ke tanah air mereka...
PJM Murad juga mengingatkan salah satu cara untuk kita menolong umat Islam selain daripada doa ialah dengan memboikot produk-produk yang di bawah penguasaan orang yahudi!!
Berikut merupakan barang yang perlu wajib kita boikot
Sanggupkah kita minum darah umat Islam sendiri??
Sanggupkah kita makan daging umat Islam sendiri??
hmmm...itulah kata-kata PJE Rahaizan...kepada peserta pbc kali ini...
Aku tersentak seketika..memikirkan nasib umat Islam di sana..
Sama-samalah kita membantu saudara kita yang sedang kesusahan dalam apa jua bentuk skongan dan pertolongan seperti doa,boikot dan derma...
Berbalik kepada kursus tadi..
Kami dibahagikan dua kumpulan...lelaki dan perempuan..Setiap kumpulan diberi 2 soalan..
Malangnya,kumpulan lelaki yang dibarisi anak-anak muda telah kalah dengan kumpulan perempuan yang dibarisi ibu-ibu..
Walaupun begitu,kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya.kami mendapat ilmu serba sedikit mengenai HPA dan perubatan jawi seperti mendiagnos penyakit melalui tapak tangan..
Sekian,wassalam...



berhenti sebelum....??

BerHenti kenderaan sebelum garisan putih
itulah undang-undang jalanraya yang sangat kita kita patuh semasa latihan menjalani lesen...
tapi,
bile dah dapat lesen,undang-undang itulah yang kita selalu ingkar...di traffic light...betul tak??
BerHenti makan sebelum kenyang
itulah pesan nabi.
"Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang."(Hadis Abu Daud)
"Dari Miqdam bin Ma'dikarib ra menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya.Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya.Jika tidak ada cara lain ,maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya,sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas."(Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)
tapi,
bile kita sedang apar,kita makan sampai tak ingat dunia...bertimbun nasi dalam pinggan...last-last tak habis makan...betul tak??

BerHenti buat maksiat sebelum malapetaka datang


Riwayat:
(Bukhari dan Muslim)
Hadith: 
Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAw),beliau berkata," (Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda,:La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi SAW bersabda: "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".
Huraian Hadith: 
Hadith di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi dan segala maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya juga akan menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.
tapi,
Anak-anak Adam sekarang ini terus-menerus bergelumang dengan maksiat...walaupun kita tidak melakukan maksiat sekalipun...Sebagai muslim yang bertanggungjawab terhadap saudaranya yang lain,kita hendaklah mereka akan azab siksa yang akan menimpa mereka jika terus 'istiqamah' dalam melakukan perkara yang mungkar...
"Berilah peringatan.kerana sesungguhnya peringatan itu berguna bagi orang yang beriman"
Realiti ramai umat Islam hari ini ,berbuat dosa...betul tak??
Aku harap korang bermuhasabah apa yang kita lakukan setiap hari sebelum kita tidur..k..

Friday, January 28, 2011

khutbah : “ MENANTI DI ALAM KUBUR ”

 (28 JANUARI 2011 /23 SAFAR 1432H)

Sidang Jumaat Yang di Rahmati Allah,
Setiap yang bernyawa pasti akan mati, begitu jugalah dengan manusia tiada seorang pun boleh lari dari ajalnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Apabila ajal seseorang itu telah sampai malaikat Izrail tetap akan mencabut nyawanya tidak kira di mana seseorang itu berada. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Jumu’ah ayat 8:

Maksudnya : " Katakanlah: Sebenarnya maut yang kamu larikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).  

Begitulah apabila nyawa seseorang telah terpisah daripada jasadnya, maka tinggallah segala apa yang dimilik sama ada ahli keluarga,anak-anak,  saudara mara, pangkat,harta benda dan sebagainya. Jasad yang terbujur kaku akan diurus dan dihantar ke kubur untuk dikebumikan. Pada saat itu, terpisahlah ia ke alam lain iaitu alam kubur atau alam barzakh sementara menunggu hari hisab dan pembalasan di akhirat.
Menurut kamus Lisanul Arab oleh Ibni Manzur, makna alam kubur ialah suatu tempat di antara dunia dan akhirat sebelum dihimpunkan di padang Mahsyar daripada waktu mati hinggalah dibangkitkan atau ia juga bermakna dinding pemisah antara dua alam sejak dari waktu kematian seseorang sehinggalah dia dibangkitkan. Jadi sesiapa yang mati bermakna dia telah memasuki alam barzakh atau alam kubur.  Alam kubur  juga  merupakan tempat permulaan seorang manusia itu dihukum segala amalannya semasa hidup di dunia ini. firman Allah SWT dalam surah al-An’am ayat 62:

Maksudnya : " Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar. Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum dan Dialah secepat-cepat Penghitung.

Ketika berada di alam kubur seseorang itu dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras)."
Bagi orang yang beriman kehidupan mereka di alam kubur dipenuhi dengan segala macam kenikmatan kurniaan Allah SWT. Sebaliknya bagi orang yang syirik, kufur dan ingkar terhadap suruhan dan perintah Allah sudah pasti seksaan dan azab kubur diterima sebagai tanda hukuman yang akan diterima di hari akhirat. Sahabat Nabi bernama Ubaid bin Umair al-Laitsi berkata, “ setiap mayat yang hendak meninggal, pasti liang lahad di mana mayat itu di kubur memanggilnya, “Akulah rumah yang gelap gelita, sunyi dan sendiri. Jika waktu hidupmu kau taat kepada Allah SWT maka aku hari ini akan menjadi rahmat bagimu. Jika kau derhaka, maka hari ini aku akan menjadi seksa bagimu. Siapa memasukinya dengan taat, akan keluar dengan bahagia. Dan sesiapa masuk dengan derhaka, dia akan keluar dengan penuh penyesalan.

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Sesungguhnya nikmat dan azab kubur adalah sesuatu yang wajib kita percayai dan yakini kewujudannya kerana ia dapat meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW memerintahkan kita agar sentiasa memohon pelindungan daripada Allah SWT dari azab kubur sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang menyuruh para sahabat agar mengamalkan doa seperti berikut:

Bermaksud: “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku mohon berlindung dari azab api neraka dan aku mohon berlindung dari azab kubur.”(Riwayat Muslim)

Kita wajib berlindung diri dari azab kubur, kerana alam kubur merupakan persinggahan sementara untuk kehidupan selanjutnya. Jika di alam kubur kita mendapat kenikmatan, itulah tanda bahawa kita akan mendapat kemudahan dan kebahagiaan di alam akhirat nanti. Sebaliknya, apabila mendapat azab kubur, itulah petanda bahawa orang tersebut akan mendapat kesulitan di akhirat sebagaimana Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesungguhnya kubur itu, adalah singgahan pertama ke akhirat, sekiranya yang singgah itu terselamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih mudah lagi. Dan jika tidak selamat, maka perjalanan selepas daripada itu lebih sukar lagi.” (Riwayat at-Tirmizi)

Sidang Jumaat yang di Rahmati Allah.

Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar, ramai umat manusia pada hari ini melupai tentang hakikat sebenar kehidupan dengan gagal mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Ramai daripada kita leka dengan kehidupan dunia. Jika ada di kalangan kita yang mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa tanpa merasa takut dan gentar akan kedasyatan azab alam kubur  ini. Mengapa ini berlaku, hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya.
Ingatlah bahawa  jalan Allah SWT tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan dan kesucian hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan melaksanakan beberapa perkara seperti berikut: Pertama: Gunakanlah masa yang berkualiti ini dengan sentiasa membaca al-Quran dan berzikir.Kedua: Bersikap tawaduk dan sentiasa merendah diri di hadapan Allah SWT. Ketiga: Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Keempat: Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan. Kelima: Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah  cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras.  Rasulullah SAW bersabda:

Bermaksud: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”  (Riwayat Muslim)

Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita menghitung diri kita, bagaimana nasib kita di alam kubur nanti, adakah kita sebahagian dari umat yang akan dirahmati atau akan di azab oleh Allah SWT. Renungilah kehidupan kita selama ini, adakah kita sudah bersedia untuk meninggalkan alam dunia ini, bagaimana dengan amalan kita? adakah sudah mencukupi untuk bertemu dengan Alllah SWT di akhirat kelak. Ingatlah segala amalan kita akan diperhitungkan samada ia berpahala atau berdosa dan semuanya terserah kepada neraca keadilan yang telah ditentukan oleh Allah SWT. lngatlah wahai  muslimin sekalian bahawa setiap pergerakan kita sentiasa diawasi oleh dua malaikat iaitu Raqib dan Atid. Elakkan daripada terjerumus ke dalam dosa termasuk melemparkan tuduhan, prasangka buruk serta bercakap bohong. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Zalzalah ayat 7 dan 8:

Maksudnya: " Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat dzarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! . "

si tanggang!!

Si Tanggang merupakan antara dongeng yang paling popular dalam kalangan orang Melayu. Ia diceritakan melalui lisan secara turun-temurun. Kanak-kanak akan didedahkan dengan cerita ini. Ini kerana dongeng ini mengandungi pengajaran penting yang merupakan salah satu pantang larang dalam adat Melayu: jangan derhaka kepada orang tua. Pengajaran ini juga selaras dengan ajaran Islam yang menghormati kedudukan ibu bapa. Kanak-kanak yang tidak mahu menurut suruhan ibu atau bapa akan cepat-cepat diusik dengan panggilan "Si Tanggang" untuk mengingatinya mengenai kisah tersebut.Aku pun sama..My mom selalu ingatkan...jangan jadi anak derhaka seperti si tanggang.

Ikuti kisah...si tanggang...
Si Talang dan Si Deruma merupakan bapa dan ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Si Tanggang. Mereka hidup sebagai keluarga nelayan di tepi pantai (dalam sesetengah versi: sungai). Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Dia selalu berkhayal untuk menjadi kaya dan terkenal. Akan tetapi, keadaan hidupnya yang serba kekurangan dan ketiadaan peluang menjadi penghalang kepada cita-citanya.
Pada suatu hari, ketika sudah meningkat usia, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pun pergi mencuba nasib, dia berjumpa dengan nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya. Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang bersampan dan bekerja.
Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal nakhoda itu, mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda. Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang memiliki kecekapan dalam berniaga. Dia menjadi kaya raya dan namanya menjadi terkenal. Namanya sampai ke telinga Sultan dan dijemput ke istana. Tidak lama kemudian, Sultan mengahwini puterinya dengan Si Tanggang. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka pun memberitahu kepada orang tuanya.
Gembira dalam hati, Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal Nakhoda Tanggang. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya. Si Tanggang malu melihat keadaan ibu dan bapanya yang daif di hadapan isterinya.

 Si Talang dan Si Deruma memanggil-manggil Si Tanggang, akan tetapi dia berpura-pura tidak kenal mereka. Isterinya bertanya mengenai mereka, tetapi dia mengatakan bahawa ibu dan bapanya sudah tiada.
Si Tanggang menghalau ibunya dengan biadap. Si Talang dan Si Deruma berdayung ke tepi dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit dan memengangkat kedua-dua belah tangannya, kemudian berseru, "Oh, Tuhan! Tunjukkanlah kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya."
Tiba-tiba petir berdentum dan angin bertiup kencang. Kapal Si Tanggang terumbang-ambing akibat air yang bergelora. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, dia berteriak kepada ibunya supaya diampun. Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah akibat dipukul oleh ombak yang kuat. Apabila ribut reda, Si Tanggang, isterinya, kapalnya, dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-sekali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ''ah'' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan-perkataan yang mulia."  (surah al-israq:23)
tanggang moden 

astaghfirullahalazim...sanggup kita menderhakai ibu bapa kita sendiri??

“Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku lah kembalimu” (Surah Luqman: ayat 14).

aku harap...korang tak menjadi tenggang moden...hormatilah ibubapa kome...dan berbaktilah kepada mereka...seperti sabda Rasulullah..

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas’ud beliau berkata: “Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah SWT? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian berbakti kepada kedua orang tua. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).

Wednesday, January 26, 2011

JAKIM ade tv??

betul ke jakim ade tv??betul..tapi bukan tv macam tv3 tu...cume ade di website jakim...
Jakim.Tv telah dilancarkan oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom pada 11 Januari 2011 Bersempena Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertempat di Auditorium Kompleks D, Putrajaya.Majlis perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh 13 ketua agensi di bawah Menteri serta kakitangan agensi menjadikan Auditorium telah diadakan dengan penuh kemeriahan dan kehadiran penuh.
jom ziarah website tv.jakim...macam ade...antaranya..bicara mufti...al-bayan..tilawah interaktif dan banyak lagi


solat dalam kenderaan

pada suatu hari...kawan aku dapat mesej dari kawan dia...kawan kepada kawan aku tanye bagaimana hendak solat dalam kenderaan kerana dia berada dalam bas...dia bertolak pukul 6.30ptg..dari ipoh ke lumut..so,dia merasakan tak sempat solat maghrib..kerana perjalanan dari ipoh ke lumut 2jam..jadi,dia hantar la mesej kat kawan aku tu...aku pun tertanye-tanye..macam mane nak solat dalam kenderaan??kene ade whudu' ke??
hmm..sebenarnye kite solat menghormati waktu sahaja..tak payah whudu' pun takpe...tp,kite kene qada' balik  solat tersebut apabila sampai ke destinasi yang dituju..kalau ianya solat fardhu..

Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Nabi Muhammad SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah).
 Islam mewajibkan kita melakukan solat malah haram ke atas kita meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak. Sekiranya kita berada dalam musafir sekalipun kita juga diwajibkan solat. Terdapat berbagai-bagai kaedah dan pilihan yang telah digariskan termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan sama ada kereta, perahu, kapal selam, kapal terbang mahupun dalam kapal angkasa. Dalil yang membolehkannya selain daripada hadis di atas ialah hadis yang diriwayatkan daripada
Abdullah ibnu Umar r.a. Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi SAW :Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu ? Nabi SAW menjawab: Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam.
 Hadith di atas adalah sebagai dalil keharusan bersolat di atas kenderaan tanpa mengira apa jua jenis tersebut kerana ia bukanlah berkenaan hukum perahu tetapi ialah keharusan melaksanakan solat di atas kenderaan seperti mana Nabi SAW dan para sahabat yang pernah bersolat secara duduk di atas binatang tunggangan mereka. Baginda memberi isyarat yang sujud lebih rendah daripada rukuk. Solat sebegini adalah sah jikalau benar-benar menghadapi kesukaran.

surat dan mesej berantai

mana mungkin surat ade rantai..setahu aku,manusia yang bernama wanita sahaja yang ade rantai..
bukan surat tu ade rantai..cuma,surat@mesej tersebut..berangkai...contohnye....

AssalamualaikumWarahmatullahi Wabarakatuh ini adalah surat wasiat dari penjaga makam Nabi Muhammad SAW iaitu Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia).pada suatu malam ketikamembaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW.selepas membaca laluhamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orangyang meningga ldunia di zaman ini tiada seorangpun yang matinya dalam keadaan beriman.(a)isteri tidak mendengar kata suami.(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.Oleh itu wahai Sheikh Ahmad,hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan(Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit,sesudah itu matanari akan turun di ataskepala.PESANAN HAMBA INI(a) berselawat - untuk junjunganNabi kitaMuhammad SAW.(b) bertaubatlah - dengan segerasementaraPintu Taubat masih terbuka.(c) Bersembahyanglah(d) berzakat - janganditinggalkan.(e) Menunaikan Fardhu haji - bilaberkemampuan.(f) Jangan menderhaka kepadakedua ibubapa.UNTUK MAKLUMAN1.seorang saudagar dari bombaytelahmenerima surat ini dan beliautelah mencetaksebanyak 20 salinan danmengirimkan kepadaorang lain, dia kemudiannyadianugerahi Allahdengan mendapat keuntunganyang besar dalam perniagaannya.2.seorang hamba Allah telahmenerima suratini tetapi tidakmengendahkannya danmenganggap wasiat ini palsu,maka selangbeberapa hari kemudiananaknya meninggaldunia.3.Pada tahun 1977 Tun DatoMustapha bekasKetua Menteri Sabah menerimawasiat inikemudian mengarahkansetiausahanyamencetak sebanyak 20 salinandanmenghantarnya kepada oranglain, makaselang beberapa hari kemudiandia telahmendapat hadiah dari kebajikanmasyarakat dimalaysia timur.4.tan sri ghazali jawi, bekasmenteri besarperak secara tidak langsungdipecat darijawatannya kerana apabila beliaumenerimawasiat ini beliau terlupamencetak 20 salinanuntuk disebarkan kepada oranglain tetapibeliau telah menyedarikesilapannya lalubeliau mencetak semula wasiatini danmengirimkannya kepada oranglain, beberapahari kemudian beliau telahdilantik menteriKabinet Perdana Menteri.5.Zulfikar Ali Bhuno telahmenerima suratwasiat ini dan tidak percaya akankebenarannya jugamenganggap palsu lalumembuangnya ke dalam tongsampah.seminggu kemudian beliau telahdijatuhkanhukuman pancung sampai mati.6.Di Terengganu, seorang pekerjabengkelkenderaan telah menerimawasiat ini daripengirim yang tidak dikenaliyang datangnyadari Perak lalu beliau membuatsebanyak 20salinan seperti yang dituntut.Alhamdulillah diadianugerahkan oleh Allahseorang gadisberakhlak mulia seperti yangdituntut olehIslam.Baginya anugerah ini palingagung dantidak ada tandingannya.7.Di Terengganu juga, seoranghamba Allahtelah menerima surat ini dariorang yang tidakdikenali tetapi beliau tidakmengendahkannyadengan mengatakan ianyabohong belaka dansengaja mengada-adakan untukmenakutkanorang yang membacanya.Beberapa harikemudian dia telah mendapatpenyakit ganjildan penderitaanya amatmenyedihkan.setelahtiga minggu mendapat rawatanrapi di hospital,penyatkitnya sukar juga diubatioleh doktor.Akhirnya beliau teringat akanwasiat ini danmengedarkannya kepada oranglain.Semingukemudian barulah beliauberansur sembuhsehingga sekarang.Banyak lagi contoh-contohorang yangmenerima wasiat ini tetapi tidakmempercayainya dan tidakmengedarkannyaatau menyampaikan kepadaorang lain.dimanamereka mendapat malapetaka.setelahkejadian yang menggembirakandanmenyakinkan ini anda janganlupamenyampaikan 20 salinanwasiat dalam masa96 jam dari masa andamenerimanya.InsyaAllah anda akanmemperolehi sesuatudari YANG MAHA KUASAdengan penuh keyakinan pasti iaakan menerangi hidup andadengan nikmat kebahagiaanhidup. ISNYAALLAH.PERHATIANsetelahmembaca wasiat ini hendaklahditulis atau dicetak dandisampaikan kepdaorang lain sebanyak 20 salinan.sekiranya telah dilakukan andaakandianugerahkan sesuatu nikmatatau hajat anda akan dikabulkanoleh ALLah.katasheikh ahmad lagi. jika apa yanghamba katakan ini tidak benar,biarlahhamba mati dalam kekufurandan hamba tidak mendapatperlindungan dansyafaat Rasulullah SAWnaaauzubillah. Oleh itu hendaklahditulis ataudicetak dan disampaikan kepadaorang lain.insyaAllahdalam masa 2 minggu andaakan berolah kebahagiaan daningatlah lakukanini dengan hati yang ikhlas danjanganlah diabaikan ataudibiarkanTLG SEBAR KAN KPD UMATISLAM.... SEBARKAN 20 SALINANWASIAT INI KPD UMAT ISLAM

mesej di atas memang sangat popular..hampir dua dekad yang lalu..apabila merujuk surat dan mesej tersebut kepada ustaz,mereka berpendapat bahawa isi kandungan surat berkenaan mempunyai unsur-unsur memesongkan akidah umat Islam..kita sepatutnya tidak boleh mempercayai..ugutan akan ditimpa musibah jika tidak sebarkan surat tu.Selain itu,ustaz tu jugak ade menyatakan bahawa surat berantai tersebut merupakan salah satu propaganda yahudi yang ingin menghancurkan umat Islam...
so,kalau korang dapat surat@mesej berantai seperti yang di atas..buang dan delete..tak payah bace!!
Sebab ade jugak mesej yang dimulakan dengan sumpah nama Allah.
>>Demi Allah,saya akan menyebarkan mesej ini ke 10 orang,jika tidak,saya akan ditimpa musibah....
Nauzubillahimin zalik.. 
silalah rujuk soaljawab dengan Dr Yusuf Qardhawi
aku harap kome lebih berhati-hati..k..

Tuesday, January 25, 2011

love sis,love fortyeight

sebut je sis,teringat beribu kenangan yang menyentuh emosi..tak kire la memori semanis madu mahupun sepahit cuka..semua itu kini sudah berlalu pergi meninggalkan bebudak especially batch 48.
video
inilah kali terakhir kami menyanyikan lagu sekolah...bagi aku,video nie sungguh nostalgik..apabila menonton video nie...rase hiba,sedih...dan nak menangis pun ade..terima kasih la pada mahyuddin coz rakam video nie..

Nabi Tak Khusyuk Solat


assalamualaikum semua pembaca blog aman..
ana ingin berkongsi sebuah hadis..
Diriwayatkan dari Aisyah katanya:Nabi s.a.w pernah solat memakai baju bergambar (bercorak-corak). Suatu ketika nabi s.a.w terlihat kepada gambar di baju itu. Setelah selesai solat, nabi berkata:Bawalah bajuku ini kepada Abu Jahm dan bawa kembali tukaran daripada Abu Jahm. Baju ini melalaikanku sebentar tadi dari solatku.
hmmm..rasulullah s.a.w pun pernah lalai dalam solat..apatah lagi kita yang hanya manusia biasa!!..tentu banyak solat kita yang tidak khusyuk..namun,mencari kekhusyukan dalam sememangnya penting.Solat adalah sah jika menepati segala rukun dan syarat yang telah ditentukan oleh syarak walaupun memakai pakaian yang ada gambar (bergambar). Walau bagaimanapun dari segi adab dalam beribadat, perkara ini tidak digalakkan kerana ia mungkin mengganggu penumpuan kita atau orang lain terhadap solat kecuali tidak ada pakaian yang lebih baik ketika itu. Sesungguhnya dalam beribadat, bukan sahaja rukun dan syarat perlu diikuti tetapi adab juga mesti diutamakan. Memakai pakaian yang sopan dan selayaknya dipakai mestilah dititikberatkan apalagi ketika behadapan dengan Allah Ta'ala. Itulah yang dinamakan sifat ihsan iaitu merasakan bahawa Allah Ta'ala melihat ibadat yang sedang kita kerjakan. Jika kita tidak menjaga adab ini dikhuatiri ibadat kita tidak sempurna walaupun di sisi syarak ianya dianggap sah.sama-sama la kita berusaha khusyuk dalam solat yang kita kerjakan.

Monday, January 24, 2011

tesco,tesco,tesco...

dalam sejarah hidup aku,ini tesco kedua yang aku pergi..!!first tyme aku pergi tesco yang kat eypo dekat2 dengan jaya jusco.hmm..sudah sekian lame aku tak berjalan-jalan di pasaraya.dah masuk dalam tesco tu,aq usha2 la harga barang yang dikatakan naik.aku ingatkan naik seket jerk...rupenye.naik mendadak..
susu HL dulu rm3.90 je...tapi,sekarang dah mencecah rm4.40..ayoyo...makin meningkat uh..
walaupun kebanyakan harga barang naik,ade jugak harga yang dikawal kerajaan 1Malaysia..iaitu minyak masak.aku  respect la kerajaan kerana dapat mengekalkan harga minyak masak..diharapkan,kerajaan mengenakan tindakan terhadap pemborong yang menyorokkan barang kawalan..

aku dan kawan


>>aku upload gambo nie...coz ia nye...penuh kenangan...aku ngn budak nie satu sekola rendah dulu...sekolah rendah islam at-ta'alim...di seri manjung,perak...dari darjah satu aku kelas ngn dye...kami memang sudah ditakdirkan bersame...tyme darjah satu...kami kelas 1 fathonah...n then darjah 2 bukhari,3 bukhari,4 bukhari,5 bukhari,6 bukhari....tyme darjah 6,khas untuk budak upsr...sekola rendah aku ade provide hostel buat calon upsr...kami due dok hostel...gak...bilik un same...name dorm nye....s 12...hahaha...
>>nak dipendekkan citer...aku,izmul n kawan2 laen dapat tawaran masuk ke sekolah izzuddin shah,ipoh....so,seramai 8 orang(if aq x silap)...budak lepasan taklim mendaftarkan diri di dewan tan sri ghazali jawi..sebagai pelajar sis...
>>sedang sebuk mengemas  loker baru..tetibe suare yang macam pena aku denga...menegur aku dari belakang..."assalamualaikum aman"...rupenye izmul...yang tegur aku..aqku un berjabat tangan dengan dea...dalam seminggu di sis selepas minggu orientasi,...ade placement test untuk membahagikan pelajar tingkatan satu mengikut kelas masing2..
>>result nye,aku sekelas dengan izmul lagi...1 ibnu sina...same gak tyme f2(2 ibnu sina) n f3(3 ibnu sina)...aku ingat...bile f4...msty ramai yang pindah termasuk izmul...rupenye idak...izmul x pindah dari sis...
>>sekali lg aq same kelas dengan dea...4 pengajian islam 2..n 5 pengajian islam 2...at the end of 2010..itu lah kali terakhir aku bersame dengan dea..
>>harap2...ukhuwah yang terjalin kami berdue sekian lama tidak putus begitu sahaja...amiiiiin....ya rabbal alamiiin...

alhamdulillah

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya,aku telah berjaya create sebuah blog..
tak lupe jugak kepade sabri sebab tolong aku seket2...just that only from me...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...