if u like this blog.just click

Monday, August 15, 2011

Qiyamullail pada malam sabtu dan ahad sahaja ?


Assalamualaikum...
Kaifa halukum ?
Moga-moga antum sihat selalu..

Dari pemerhatian ana sejak sekolah rendah sehinggalah di universiti,kebiasaannya
Qiyamullail secara berjemaah memang akan dilaksanakan pada hari sabtu dan ahad atau hari cuti sahaja.
Dan ada juga segelintir yang melakukan ibadah Qiyamullail hanya pada bulan Ramadhan.
Mengapa hal sedemikian berlaku ?

Apakah mereka faham bahawa Allah hanya melihat hamba-Nya beribadah pada malam hari cuti dan bulan Ramadhan sahaja ?

Bagi ana,tidak sama sekali..
Mari kita faham maksud Qiyamullail terlebih dahulu.

Definisi Qiyamullail

Perkataan Qiyamullail memang sudah tidak asing lagi sebutannya dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang suka untuk beramal.Asal maknanya ialah ''bangun malam'', iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T melalui sembahyang sunat,berzikir,membaca Al-Quran,bertasbih dan berdoa.

Firman Allah S.W.T :-

Maksudnya : ''Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ''Sembahyang Tahajjud'' padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu;semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu - pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'' (Surah Al-Isra' : 79)

Rasulullah S.A.W menyuruh umat Islam bangun beribadat di tengah malam (Qiyamullail).Dalam hal ini Baginda melakukannya dengan bersungguh-sungguh sebagaimana hadis daripada Aishah r.a :

Maksudnya : ''Bahawasanya Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam bersembahyang sehingga bengkak kedua kakinya maka aku(Aishah) berkata kepada Baginda,mengapa Ya Rasulullah S.A.W lakukan ini semua,bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian ? Sabda Baginda bukankah aku ini hamba yang bersyukur''.

Subhanallah...
Sedangkan Nabi yang maksum dan dijamin syurga pun bangun malam,apatah lagi kita yang lemah ini.
Renungkanlah bersama...

Bangun sembahyang dan bertasbih di sebahagian malam adalah membawa kesan iman yang mendalam dan berkesan bacaannya seperti mana Firman Allah,

Maksudnya : ''Sesungguhnya bangun beribadat di tengah malam itu adalah sangat berkesan(dalam hati) dan lebih betul bacaannya.'' (Surah Al-Muzammil : 6)

Jabir r.a mengatakan aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : ''Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah kabulkan doanya.Keadaan ini ada pada tiap malam''. (Riwayat Muslim)


Sudah jelas bahawa bahawa Allah melihat amal hamba-NYA pada tiap malam.
Bukan malam sabtu,bukan malam ahad dan bukan pada bulan Ramdhan sahaja.
Oleh itu,ana menggalakkan antum semua melakukan ibadah ini tidak mengira hari mahupun bulan tertentu atau   
semasa kita menghadapi sebarang masalah sahaja.
Sekian,Wallahu'alam.


3 comments:

komen ea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...