if u like this blog.just click

Monday, March 28, 2011

Menuju Ke Menara Gading



Assalamualaikum...
Alhamdulillah...berakhirlah sebuah penantian yang mendebarkan semua calon SPM 2010..
Setelah mengambil keputusan SPM masing-masing,pelbagai reaksi yang ditunjukkan oleh calon yang cemerlang,kurang cemerlang dan sederhana..
Tidak kiralah apa pun yang semua calon dapat,itulah yang sudah tertulis di atas slip tersebut.
Korang sudah buat yang terbaik.
Mungkin ada yang tidak puas hati dan berpuas hati.
Yang tak puas hati itu,anda boleh menyemak semula.
Itu,kalau nak la.

SPM MENINGKAT!!!
Seramai 9,239 calon berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lepas berbanding 7,987 calon pada 2009 iaitu peningkatan seramai 1,252 calon. Keputusan itu adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd. Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009 dan calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun," katanya. Katanya bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran pula katanya, menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009.
"Jadi calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi adalah masih terlalu sedikit berbanding bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran iaitu 2,773 calon," katanya. Abd Ghafar berkata pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.
Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki. Mengenai pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, 39 lagi stabil dan sembilan menurun. Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus.
- Putrajaya, 23 Mac 2011

 Walaubagaimanapun,calon mestilah redha dengan keputusan masing-masing.
Banyak lagi rintangan yang harus ditempuh pada masa hadapan...
Solat hajat,bangun malam,yaasiin..jangan korang lupa lak...
Teruskan doa untuk kecemerlangan di dunia pada hari-hari mendatang..dan doa untuk kejayaan di akhirat kelak.


Hidup perlu diteruskan...yang berlalu biarkan ia berlalu..

Nak tanya korang.Da isi ke?
upu?..scholarship?..uitm?.. 


Korang just klik je..link yang ak bagi ni..
upu = 1) baru nak mohon
2) nak semak
3) nak kemaskini
Ingat!!Deadline upu,4 April ini.

uitm = baru nak mohon
jpa = program ijazah luar negara


Scholarship
 untuk mengetahui tentang scholarship...
Di web bawah ni..banyak scholarship yang korang boleh isi.
http://afterschool.my/scholarship/

 Kelayakan di universiti terpilih
Pastinya ramai di antara kalian yang sudah melawat web ini.
Apilikasi ini memudahkan korang untuk menyemak kos mana yang korang layak.
http://imascu.upu.mohe.gov.my/?l1=Semak%20Syarat 
Hah..korang perlu ingat...ada kebarangkalian sistem ini kurang tepat.
Itupun,hasil eksperimen aku.
Dan setelah ke Karnival Pengajian Tinggi Negara 2011 di Ipoh,

terdapat beberapa kesilapan dalam syarat-syarat kelayakan bagi aku la.
Tak tahu pula,kalau korang punye betul.
Bagi aku la,aku nasihatkan korang pergi ke karnival tersebut.
Itu lebih baik untuk pastikan korang layak mengikuti universiti pilihan korang.

Kesempatan ini,aku ingin mengucapkan terima kasih kepada KPTN kerana bagi beg yang smart.
 
dan cenderahati ini.
Kalau agak-agak tak sempat,lawatlah laman web di bawah ini.

 Universiti
 Universiti Malaya
  http://www.um.edu.my/ 
Universiti Sains Malaysia
http://www.usm.my/
 Universiti Kebangsaan Malaysia
http://pkukmweb.ukm.my/v3/ 
Universiti Putra Malaysia
 http://www.upm.edu.my/
Universiti Teknologi Malaysia
http://www.utm.my/ 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
http://www.iium.edu.my/
Universiti Utara Malaysia
http://www.uum.edu.my/w10/ 
Universiti Malaysia Sarawak
http://www.unimas.my/
Universiti Malaysia Sabah
http://www.ums.edu.my/webv3/
Universiti Pendidikan Sultan Idris
http://www.upsi.edu.my/ 
Universiti Teknologi MARA
http://www.uitm.edu.my/index.php/en
Universiti Malaysia Terengganu
http://www.umt.edu.my/v8/
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
http://www.uthm.edu.my/v2/
Universiti Sains Islam Malaysia
http://www.usim.edu.my/usim/
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
http://www.utem.edu.my/
Universiti Malaysia Pahang
http://www.ump.edu.my/
Universiti Malaysia Perlis
http://www.unimap.edu.my/
Universiti Sultan Zainal Abidin
http://www.unisza.edu.my/
Universiti Malaysia Kelantan
http://www.umk.edu.my/my/
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
http://www.upnm.edu.my/


Yayasan
hmmm..bagi anak-anak kelahiran Malaya..
Korang bolehlah isi borang dermasiswa mengikut negeri kelahiran masing-masing..
Ikut negeri asal korang la..kalau perak,ada borang disediakan..Di negeri lain,tak tahu la.
Perak
http://www.yayasanperak.com.my/
Terengganu
http://www.ytrg.terengganu.gov.my/ 
Selangor
http://www.yayasanselangor.org.my/
Perlis
-cari sendiri- he3..
Kedah
 -cari sendiri- he3..
Kelantan
http://www.yakin.kelantan.gov.my/pelajaran.htm
Pahang
http://www.yp.org.my/
Melaka
 http://tapem.melaka.gov.my/main/index.php
http://www.yayasanmelaka.gov.my/web2012/mainpage.php
Negeri Sembilan
 http://www.yns.gov.my/v6/
Johor
 http://www.johordt.gov.my/ypj/index.php?option=com_content&view=article&id=17&Itemid=29
Sabah
 http://www.sabah.edu.my/default.asp?do=se&sho=bi
Sarawak 
http://yayasansarawak.org.my/
Pulau Pinang
http://jaipp.penang.gov.my/prosedur_biasiswa.htm
http://www.pemenang.org.my/biasiswa/biasiswa.html
Yayasan Tuanku Abdul Rahman
http://www.yayasantar.org.my/BTAR.html
Yayasan Telekom Malaysia
http://ytm.tm.com.my/english/sponsorship/
Yayasan Bank Rakyat
http://www.yayasanbankrakyat.com.my/

Zakat
  Kepada antum semua,pelajar merupakan salah seorang asnaf zakat yakni,korang layak mendapat bantuan daripada pusat zakat negeri masin-masing..Namun,ia bergantung kepada syarat-syarat yang telah diputuskan.
Contoh:-
Selangor
http://www.e-zakat.com.my/program-asnaf/
Kuala Lumpur
http://maiwp.gov.my/index.php/berita-maiwp-informasi-28/377-baitulmal-maiwp-sedia-rm37-juta-untuk-biasiswa.html

Baitulmal Perak
http://www.maiamp.gov.my/maiamp/maipk/index.php/profil/yoomenu/ajk-baitulmal
Akhirul kalam,jangan terlalu asyik nak berfacebook..
Sehingga lupa Allah walau sesaat..
Dan jangan lupa isi apa-apa yang patut..
Rezeki Allah yang bagi..


Friday, March 18, 2011

PMG !!! aPaKaH iTu??

Assalamualaikum...semua..oleh kerana desakan bertalu-talu daripada fren aku..
Lalu,tertulislah entri ni.
PMG..?!! aPakah??
Dalam entri kali ini,aku hendak menceritakan.
Ceh,bajet penglipur lara.
Sebenarnya,PMG itu merupakan singkatan bagi Perkampungan Menara Gading.
Wow?..bila masa pula menara gading ada kampung.hahaha..
Shhh...diam..cerita sudah bermula..
Pada suatu ketika...

SITUASI 1st
Sesampainya di rumah selepas balik dari tempat kerja..
''Aman,ambil surat sekejap.'',kata ibu kepadaku.
Aku pun pergi ke peti surat.
Sambil membongkokkan badan aku.
Wah,ada surat la.
''kepada: Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin''.

Eh,ni macam nama ak jep.Surat PLKN sudah sampai ke??
..dup dap dup dap..

Rupanya..surat jemputan untuk menjadi peserta Perkampungan Menara Gading anjuran Kesatuan Pelajar Islam Perak(KPIP).
Program tersebut berlangsung selama 3 hari 2 malam.
Dari 11 hingga 13 Mac 2011.
o000..Patutlah..Aku yang bagi nama budak ex-sis kepada abang Ukasyah hari tuh.Terlupa lak.
Pergh..macam best je..ceramah-ceramah ini.
Ada pula menara 1,menara 2..
Menara 1 di KLCC.Menara 2 di Menara Condong...
Takkan macam tu kot..Banyak duit kaw..Bayar rm20 jep.

SITUASI 2nd
Di pagi hari yang cukup nyaman udaranya..
Tiba-tiba,telefon bimbit aku bergetar.
Ini menunjukkan apa??..ini menunjukkan bahawa ada mesej diterima.
New message from Haziq.
''Aman,bila ko nak beli tiket??''
Aku pun bingkas bangun lalu mencapai kain tualaku.
Apa lagi...siap-siaplah.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Tepat pukul 12 seteng..alhamdulillah..kami pun sampai di Stesen Bas Taiping yang lawa tu.
''So,macam mana ni aman??"
''Nah,ambil nombor ni..hang contact la dengan akak ni." ''Aku xdak enset.''

Tetiba haziq dengan amin dapat mesej.
haziq: ''Tunggu di situ diam-diam.Nanti ada la orang datang ambil kome.Jangan merayap.''
amin : ''Amin,ni acos ni..aku dengan adnin sedang ondaway ambil kome.okey."

Aduh,gawat seyh.Mana satu yang nak kutip kita orang bertiga ni??
Tunggu punya tunggu...Ada orang calling.
haziq:''Assalamualaikum..adik kat mana?..Abang da sampai stesen bas taiping..!!''
amin:''amin,kome kat ne?..aku hantar adnin cari kome..kami dah sampai.''

Slowtalk la kami bertiga dengan abang fesi tu.Kami pun decide hendak naik kereta acos.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dipendekkan cerita..
Kami bersolat jumaat di Masjid Kampung Expo.
Setelah itu,kami lunch setrusnya bersiap-siap di rumah asyraf untuk ke Kompleks Rakan Muda.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Dalam masa yang sama,kawan aku yang lain pun ondaway gak..ke KRM Taiping.
Pergh naik unser tu.Aku pun naik bas jep.Maklumlah,kawan sudah ada lesen kereta.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Manakala Hamzi and the geng naik bas KBP.
Lawa giler bas yang deme naik.Biasalah..bas baru.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Jom daftar.
Lebih kurang dalam seramai 26 orang budak lepasan SPM Sekolah Izzuddin Shah menghadiri kem ini.
Antara sekolah lain ialah Maahad Ummah Chemor(MUC) , Sekolah Raja Perempuan Takyah(SERATA)..
Setelah selesai mendaftar sebagai peserta kem,kami diberi taklimat oleh abg Hibatul Wafi.

Macam-macam karenah semasa taklimat.Ehem2....budak izzuddin..kot.siapa tak kenal.

Terbenamlah matahari Jumaat..
Setelah selesai solat Maghrib,masa terluang kami diisi dengan kuliah oleh Al-Akh Amirul Ghazali a.k.a meli.
Dalam kuliah tersebut,beliau ada menceritakan tentang suasana di Mesir ketika berlaku demonstari jalanan oleh pemuda di sana.

Malam ni..kami dipecahkan mengikut kumpulan masing-masing.
Lelaki = 5 kumpulan.Wanita = 6 kumpulan.

Kami semua dikurniakan dengan fesi-fesi yang sempoi-sempoi.

Kumpulan aku,abg mirul.
Loghat perak tu...Ate,teman orang perak.Berseloroh la abg mirul uh dalam group 3.hahaha..

Rata-rata fasilatator menyatakan bahawa peserta PMG kali ini yang paling ramai setakat ini.
Inginkan bukti?
Lihatlah gambar yang di bawah sekali tu.

Selepas ta'aruf dan berkenal-kenalan dan bermesra dengan fasilatator masing-masing...
Kami di 'inform' kan bahawa pada malam ini,akan diadakan qiamullail secara berjemaah di surau.
Itulah makanan rohani kami di sini.
Bukan itu sahaja,kami juga membaca Al-Ma'thurat.
Hurmm...kiranya..seperti di izzuddin jugak la..
Ceh,izzuddin lagi!!
----------------------------------------------------------------------------------------------
Sabtu
Di pagi hari setelah solat Subuh,kami beriadah.
Riadah bermodul.
Penghulu,saudara adib asyraf mengetuai aktiviti memanaskan badan hari ini dan esok.
Telatah si penghulu membuatkan 'stretching' ini nampak hidup dengan jenakanya.
BhaHahAhaHa...

Dua aktiviti dalam sesi senaman ini iaitu...
Belon Terbang a.k.a Flying Balloon..
 

Dan Kaki Gajah..
Kaki Gajah??
Bukan kaki kami jadi besar macam kaki gajah uh..Cuma..
Kaki kami diikat dengan rakan di sebelah...
So,bertambah beratlah..
o0oOo0oO....
Dah la kaki kena ikat...
Kena tawaf kerusi lak..
Fuhh..mencabar gak uh..
Apa yang penting??

Kerjasama..!!!..betul tu.

Kemudian,kami breakfast.
Lepas makan-makan..,Mandi...,Kami bersiap-siap ke dewan.
 Kali ini,kami disediakan sehelai kertas yang putih lagi bersih bersaiz A4..
Buat apa ea?
Hah,kami diberi 30 minit untuk menulis@melukis tentang apa yang kami inginkan untuk
perpustakaan peribadi kami,apabila kami sudah dewasa kelak.
O0Oo0o..gitu..

Dan setelah itu,kami diberikan kertas manjung.
Eh,silap!!kertas mahjong.Manjung tu,daerah tempat tinggal aku.
Di atas kertas tu,setiap kumpulan mesti menulis pasal cabaran dalaman dan cabaran luaran di menara gading dan apakah resolusinya..

Selesai solat Zohor,bermulalah Sidang Pleno.
Ini merupakan aktiviti kemuncak sepanjang kami berada di sini.
Hot giler..tyme uh.
Pelbagai resolusi yang menarik perhatian fc-fc dan para peserta yang lain.

 
Sidang Pleno berakhir dengan minda kami telah disaji dengan semangkuk pengetahuan mengenai alam universitas.

Pada sebelah petangnya pula,hujan lebat tidak menghalang kami untuk 'Kembara IPT'.
Semasa aktiviti sedang berjalan..hujan sudah mula reda..

Yang menariknya...setelah tamat Kembara IPT kami diberi peluang untuk menghayun sehelai kain pelikat...
Nak buat apa hayun kain pelikat/batik uh?..
 

 OH!!..beginilah caranya..untuk membuat aiskrim...
Dan inilah hasilnya..
 
Sedap tu..rugi kalau korang tak rasa..
Malam itu,selepas Maghrib..kuliah maghrib di sampaikan oleh Ustaz Ahmad dari INTIM.

Di dewan pada malam tersebut..setiap kumpulan dikehendaki membina sebuah
Menara yang hanya menggunakan kepingan kad sahaja dalam slot Menara Qudwah..

 

Bermacam-macam idea ada.
Menara yang hanya menggunakan kepingan kad sahaja tu.
Tanpa stepler,gunting,gam dan selefontep.

 

 Lihatlah menara di bawah ini.
Lawanya..

 

It looks so beautiful.Right..?
Better la.kan..
Malam itu,satu babak sedih telah berlaku..
Di mana,al-akh Hibatul Wafi telah menitiskan air matanya
kerana sukar menerima untuk berpisah dengan kami.
Walaupun hanya sekali bersua...
Walau sedetik..
''Sedetik Bersama, Seabad Terasa''

Seluruh audiens turut hiba dengan perpisahan ini.
Lalu...tersingkaplah kemesraan peserta dengan fasilatatornya dalam...
Agenda suap-menyuap biskut.

 
adib : ''nah,mamam la bang..
biskut kering je..''
akhi wafi : ''asal suap aku...aku bukan budak kecil..
hurmm..alang-alang dia nak suap
mamam je la.."

Terciptalah satu memori di mana..
Pihak peserta lelaki mewakili semua peserta telah membuat persembahan khas buat fasilatator sekalian.
 

Nak tengok video persembahan kami?
klik lah link di bawah ini.
Sebelum itu,pastikan korang log in fb dulu yerk..

----------------------------------------------------------------------------------------------
Ahad

Pengisian selepas pula ialah kuliah Subuh oleh ketua warden SABK Maahad Al-Ummah.
Setelah itu,kami sekali riadah bermodul.
Si buta dan Si celik.
Kemudian,kami bersarapan sebelum kembali ke bilik untuk kemas-kemas..
 

Ermmm...sebahagian besar daripada budak lepasan SIS,
ramai yang balik awal kerana ada hal.
Namun begitu,program diteruskan lagi dengan ceramah oleh pegawai UniKL.
Dan dari KISDAR.
 
Terima kasih kerana bagi ceramah.

Sebelum tamat program ini,kami dihidangkan dengan dua video dalam slot persembahan multimedia.
Nak tengok video ni,stop dahulu lagu di bawah blog ni..keyh..baru feeling..

video

Dan ini pula...video penghargaan kepada fasilatator yang bertungkus-lumus menjayakan perkampungan menara gading kali ini.

video

Akhirnya,tamatlah sudah..hikayat PMG.
Ceh..
Kisah mengenai Perkampungan Menara Gading anjuran KPIP.
Semoga para peserta mendapat input-input yang berguna daripada program ini.
Syukran ila semua fc.
Peserta juga dijemput untuk nenghadiri PMG Kebangsaan di UIA pada 22 April-24 April ini.
To All Participants,
.SEE U DI IPT.

.Insya-Allah.
amiiin...
Inilah gambar kenangan kami bersama di PMG.



Tuesday, March 15, 2011

khutbah:Membudayakan Gaya Hidup Sihat (11 MAC 2011 / 6 Rabiul Akhir 1432 H)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “MEMBUDAYAKAN GAYA HIDUP SIHAT.

Muslimin yang di Rahmati Allah,
Umat manusia diciptakan dengan memiliki kelebihan tersendiri berbanding dengan makhluk-makhluk yang lain kerana ianya dibekalkan dengan akal fikiran dan anggota badan yang sempurna. Kerana kelebihan itulah, menjadi tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menjaga akal fikiran dan anggota badan dengan sebaik mungkin dengan mengamalkan cara hidup yang sihat serta mengelak diri dari melakukan perkara yang memudaratkan. Antara perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan oleh Allah SWT terhadap hambanya ialah seperti melakukan perkara yang boleh merosakkan diri, harta benda, kesihatan, kekayaan dan hubungan sesama manusia. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah Ayat 195 :

bermaksud : Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
                 
Membudayakan gaya hidup sihat berkait rapat dengan kesihatan jasmani dan rohani. Gabungan kesihatan fizikal dan kerohanian akan menentukan prestasi pekerjaan dan tempoh hayat seseorang. Dengan demikian, kesihatan menjadi harta yang amat bernilai dalam kehidupan seseorang. Faktor pemakanan yang berlebihan atau kandungannya yang tidak seimbang sering menyumbang kepada pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit jantung, darah tinggi, penyakit buah pinggang, kanser dan sebagainya. Untuk mengawal keadaan ini ke arah mengekalkan prestasi kesihatan yang lebih baik, maka Islam menggalakkan umatnya bersederhana dalam pengambilan makanan dan minuman.Mengikut pakar perubatan kita digalakkan mengambil banyak sayur sayuran dan buah buahan dan mengelak daripada makanan yang berkolesterol serta lemak yang tinggi. Kita juga perlu memberi perhatian kepada pengambilan gula agar ianya tidak berlebihan dengan memilih makanan dan minuman yang kurang manis.
Muslimin Yang Di Rahmati Allah,
Selain pemakanan, bersukan atau beriadah juga adalah sebahagian daripada amalan gaya hidup sihat. Islam menggalakkan umatnya supaya mengamalkan aktiviti latihan jasmani yang bersesuaian dengan Islam. Ini bertepatan dengan saranan Saidina Umar RA yang menggalakkan bersukan dan latihan jasmani dengan katanya yang bermaksud:Ajarlah anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda. Seruan ini adalah jelas bahawa Islam meletakkan kepentingan beriadah dalam melatih umatnya dan menjadikan badan mereka sihat dan cergas dan bertepatan dengan pepatah Melayu yang menyebut: “Minda Yang Cerdas Bermula Dari Badan Yang Sihat.”
 Gaya hidup sihat dalam Islam juga dapat diperolehi dengan melakukan ibadah-ibadah khusus seperti berwudhuk, bersolat, berpuasa dan sebagainya. Orang Islam digalakkan bersuci dengan berwudhuk dan membersihkan badan. Berwudhuk boleh menghilangkan jangkitan kuman dan habuk-habuk daripada terus melekat di badan atau di dalam rongga-rongga. Sesungguhnya amalan berwudhuk lima kali sehari ini selari dengan tuntutan ilmu kesihatan.
Namun persoalan besar timbul pada hari ini ialah ramai daripada umat Islam tidak mengambil berat dan mengabaikan apa yang dituntut oleh Islam tentang menjaga kesihatan diri. Ada juga dari kalangan kita yang melakukan perkara-perkara yang ditegah serta diharamkan dalam Islam sehingga menyebabkan boleh merosakan diri sendiri, harta benda dan hubungan sesama manusia. Mereka ini terlibat dalam pengambilan perkara-perkara yang memudaratkan dan haram seperti mengambil minuman beralkohol, meminum arak dan pengambilan dadah. Perkara yang memudaratkan ini sebenarnya memberi kesan kepada kehidupan terutama kepada tubuh badan dan akal fikiran. Rasulullah SAW telah berpesan pada seorang sahabat, Abu Musa al-Asy’ari yang telah bertanyakan kepada Baginda SAW tentang hukum minuman memabukkan yang berasal daripada madu yang diperap, dan minuman memabukkan yang diperah daripada bijirin. Jawab Baginda SAW dengan ringkas:

Maksud  :Setiap yang memabukkan itu adalah  haram (Hadith Riwayat Muslim)

Sebenarnya persoalan dadah sehingga ke hari ini tiada kesudahannya dan ianya masih menjadi bebanan atau liabiliti kepada negara. Banyak wang negara terpaksa diperuntukkan untuk membasmi gejala ini. Sebagai contohnya melalui Agensi Anti Dadah Kebangsaan, pihak Kerajaan telah menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih dadah dan yang terbaru dengan Klinik Pulih dan Prihatin 1Malaysia. Kesemuanya ini atas dasar keperihatinan dan rasa tangggungjawab pihak Kerajaan bagi membasmi gejala ini serta memulihkan mereka yang terjebak agar kembali kepada gaya hidup yang sihat.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa kerosakan yang dibawa oleh gejala dadah sangat besar. Sedarlah, bukan hidup penagih sahaja yang terjejas. Bukan setakat kesihatan, kewangan si penagih, tetapi yang paling malang gejala ini akan menghilangkan ketawa riang dari anak-anak dan isteri serta akan di warnai dengan tangisan yang berpanjangan. Kerosakan dadah tidak terkongkong hanya pada seorang individu sahaja, akan tetapi, kerosakan ini akan dirasai oleh ahli keluarga dan siapa yang menyayanginya. Akan ranap harapan ibu bapa, akan musnah impian saudara-mara dan akan hancur masa depan anak-anak dan isteri di bawah tanggungannya serta akan musnah sesebuah bangsa dan negara.
Muslimin Yang Di Rahmati Allah,
Satu perkara lagi yang membimbangkan kita pada hari ini ialah gejala menghisap rokok dan syisya yang bahan asalnya adalah daripada tembakau. Ramai daripada generasi muda kita pada hari ini terpengaruh dengan tabiat ini. Mimbar ingin menyatakan bahawa tabiat  merokok dan syisa tidak memberi faedah kepada kehidupan serta ianya boleh memudaratkan kesihatan. Menurut pakar-pakar perubatan, terdapat 40 penyakit yang dikaitkan dengan merokok dan sebahagian penyakit-penyakit berbahaya tersebut boleh dicegah sekiranya individu tersebut tidak merokok. Pertubuhan Kesihatan sedunia (WHO) telah memberi amaran sekiranya tabiat dan budaya ini tidak dapat di ubah maka di jangkakan 10 juta orang di dunia akan mati akibat penyakit berkaitan menjelang 2020.
Mimbar berpesan, sebagai seorang Islam menghisap rokok dan syisya adalah tabiat yang negatif kerana ianya boleh mendedahkan kepada kemudaratan. Menghisap syisya mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan ianya boleh mendorong kepada perbuatan mengambil dadah. Mimbar mendapati ramai daripada kalangan remaja termasuk anak-anak gadis tidak segan silu melakukan perbuatan ini di khalayak ramai, mereka seolah-olah merasa bangga dengan cara sebegini dan merasakan kepuasan apabila diri mereka menjadi perhatian. Ada juga yang mencampurkan bahan-bahan yang mengkhayalkan seperti ganja dan dadah.
          Mengambil kesempatan sempena peringatan Hari Anti Dadah Kebangsaan yang disambut setiap tahun, mimbar menyeru kepada sidang Jumaat dan umat Islam sekalian marilah sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga kesihatan diri kita, tubuh badan, akal fikiran dengan mengambil makanan yang berkhasiat, berzat lagi halal dan menjauhkan segala perkara yang memudaratkan serta diharamkan. Mudah-mudahan dengan cara ini hidup yang kita lalui mendapat keberkatan Allah SWT. Ruangkanlah sedikit masa dengan memberi perhatian kepada anak-anak kita agar hidup mereka tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat. Ajaklah mereka untuk berkongsi pandangan, masalah dan disiplinkan hidup mereka dengan solat secara berjamaah, mesrakan hidup mereka dengan makan  dan beriadah bersama. Di samping itu berilah sedikit perhatian dengan memastikan siapa mereka berkawan, ke mana mereka pergi dan bila mereka pulang. Didiklah mereka dengan didikan agama, mudah-mudahan mereka sentiasa berada dalam landasan yang benar dan diredai Allah SWT. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Isra’ ayat 7:

Maksud : Jika kamu berbuat kebaikan, maka faedahnya adalah untukmu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji kali kedua, Kami datangkan musuh-musuh kamu untuk memuramkan muka kamu; dan untuk memasuki masjid sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Saturday, March 5, 2011

..Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah..(The Ending)

Saya percaya ,itulah yang terbaik buat saya dan dia.
Dengan kekuatan itulah saya terangkan kepadanya,dan alhamdulillah dia faham.
Amat faham.
Walaupun air matanya seakan air sungai yang tidak berhenti mengalir ,

tetapi dia tahu itulah yang terbaik buat kami.
Dia meminta maaf kepada ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak sah dengan saya,tetapi ummi memberi isyarat ,janganlah bimbang.
Andai ada jodoh kamu berdua , insya-Allah ,Dia akan temukan kamu dalam keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada apa yang menggusarkan hati saya lagi.
Hidup saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa dihantui oleh perasaan berdosa.

Bagi saya dan dia,inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan yang telah kami buat.
Inilah saat untuk kami kejar kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak mulia dan berperibadi tinggi.

Inilah masanya kami insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan memohon moga-moga Allah sudi memaafkan kami.
Sesungguhnya Ya Allah,aku insan yang sangat lemah.
Aku tidak mampu melawan godaan syaitan yang tidak pernah jemu,juga hambatan nafsu yang tidak pernah lesu.
Ampunkanlah aku. 

Walaubagaimanapun,perpisahan ini hanya untuk sementara.
Saya telah berjanji dengan diri saya sendiri,dialah yang akan jadi teman hidup saya nanti.
Sesungguhnya pencarian saya untuk seorang calon isteri telah berakhir.
Insan seperti dia hanya satu dalam seribu.

Mana mungkin saya melepaskan apa yang amat berharga yang pernah hadir dalam hidup saya.
Insya-Allah,sekiranya Allah s.w.t panjangkan umur,sebaik sahaja saya tamatkan pengajian saya di sini,saya akan kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk menjadi permaisuri di hati saya.
Insya-Allah,saya akan setia menunggu saat itu,dan saya akan berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkan kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup kita,janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu bilakah pula kita akan bertemu dengan insan seumpamanya."
Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu...Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...

Sekian,tamatlah sudah kisah aku tinggalkan cintaku kerana Allah...
Insya-Allah..di lain masa..aku akan coretkan kisah yang bertajuk : Buih-Buih Cinta.okeyh.

Thursday, March 3, 2011

khutbah:"AKAUTABILITI TERHADAP AMANAH"(4 MAC 2011 / 29 RABIULAWAL 1432 H)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: AKAUNTABILITI TERHADAP AMANAH. ”
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Manusia adalah hamba Allah SWT yang diamanahkan menjadi khalifah di muka bumi ini. Tugas khalifah begitu amat luas yang meliputi segala aspek dalam menyempurnakan kehidupan umat manusia dan seluruh alam. Justeru kita diwajibkan bertanggungjawab terhadap amanah tersebut. Bagi membolehkan melaksanakan tugas yang begitu berat, maka Allah SWT memberi satu pedoman kepada kita dengan  menurunkan al-Quran dan Rasul- Nya agar dijadikan rujukan dan panduan untuk kita mentadbir alam ini. Justeru, maka kita sebagai khalifah diwajibkan mentaati segala peraturan dan panduan yang telah ditetapkan itu demi kesejahteraan semua manusia dan seluruh alam. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anfal ayat 27:

Maksudnya:Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Ketahuilah bahawa manusia yang benar-benar beramanah ialah Nabi Muhammad SAW yang telah menunaikan seluruh kewajipannya sebagai penegak agama, penyelamat  ummah, pembela dhuafa’,  pendidik masyarakat. Baginda juga sebagai ketua keluarga, sebagai ketua negara dan sebagai pemimpin seluruh alam. Selaras dengan itu, Rasulullah SAW memperingatkan kita agar memelihara dan bertanggunjawab ke atas setiap amanah yang di pikul setiap manusia sebagaimana sabdanya:

Maksudnya:Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu. ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Anugerah amanah ini bukan sekadar suatu penghormatan dan penghargaan ke atas kebijaksanaan dan kemampuan manusia berbanding dengan makhluk Allah yang lain, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Justeru itu, demi memastikan amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik, kita haruslah bersikap jujur terhadap amanah ini dan melakukan dengan bersengguh-sungguh untuk tujuan mencapai kebenaran serta dengan dasar yang jelas dan benar.  
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan soal hak, amanah dan tanggungjawab. Penegasan tentang hak dan amanah ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW  dalam sebuah  hadithnya yang bermaksud:“Sesungguhnya darah-darahmu, harta-hartamu dan maruahmu adalah haram atasmu semua seperti kesucian harimu ini, di negerimu ini dan dalam bulanmu ini. Dan engkau semua akan menemui Tuhanmu lalu Dia akan menanyakan kepadamu semua perihal amalan-amalan kamu. Ingatlah!, maka janganlah kamu semua kembali menjadi orang-orang kafir selepasku, sebahagiannya menetak leher sebahagian yang lain (berbunuhan tanpa dasar kebenaran).(Muttafaqun ‘Alaih)
Mimbar ingin menegaskan bahawa persoalan hak dan amanah sebenarnya berkait dengan  hak-hak Allah SWT yang wajib ditunaikan, hak-hak manusia yang perlu dilaksanakan termasuklah kepada diri sendiri, anak-anak, keluarga, jiran-tetangga dan masyarakat keseluruhan. Ingatlah bahawa beriman kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya adalah suatu amanah, menyeru kepada kebaikan adalah amanah, mendidik anak-anak juga adalah amanah. Menunaikan solat, puasa, zakat dan sebagainya merupakan sebahagian dari amanah.dengan kata lain semua persoalan hidup ini adalah amanah.  Rasulullah SAW telah berpesan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim dari Mu’az bin Jabal RA katanya: Saya mengekori Nabi SAW yang sedang menunggang seekor keldai. Tiba-tiba Baginda bertanya kepada saya:”Wahai Mu’az, adakah engkau tahu hak Allah ke atas hamba-Nya?”. Saya menjawab:”Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Baginda bersabda:”Hak Allah ke atas hamba-Nya ialah mereka wajib mengabdikan diri mereka kepada-Nya dan tidak mensyirikan sesuatu apapun dengan-Nya. Ibnu Mas’ud pernah  berkata: Ingatlah bahawa solat itu adalah amanah, wuduk itu juga adalah amanah, mandi wajib adalah amanah, timbang menimbang adalah amanah dan yang paling berat sekali ialah wadi’ah iaitu barang simpanan orang yang dipercayakan kepadamu untuk menyimpannya.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Mengikut pemerhatian mimbar bahawa tahap akuantibiliti terhadap pelaksanaan amanah di kalangan sesetenggah anggota masyarakat pada hari ini amat membimbangkan. Banyak tanggungjawab yang diabaikan samada berkaitan hubungan dengan  Allah SWT atau sesama manusia. Kita dapat melihat ramai di kalangan kita yang mengabaikan solat, memandang remeh kewajipan berzakat, kikir untuk mengeluarkan sedikit harta untuk bersedekah. Ramai juga dikalangan kita yang mengabaikan tanggungjawab terhadap rumah tangga, anak-anak diabaikan. Betapa banyak kes anak-anak yang lari dari rumah yang dilaporkan. Gejala sosial semakin menjadi, kecurian berlaku di mana saja sehingga ada di kalangan mereka yang sanggup mengambil harta benda dan tabung jemaah di masjid.
Mimbar juga dimaklumkan bahawa akauntabiliti pengurusan agensi kerajaan dalam sektor awam dan swasta pada masa ini juga pada tahap membimbangkan. Seringkali dilaporkan berlaku kejadian pecah amanah, penyelewengan kuasa, rasuah, membazir masa dan sebagainya yang merugikan negara. Satu lagi yang membimbangkan ialah tentang elemen keselamatan perlindungan rahsia negara. Ramai dikalangan penjawat awam pada hari ini mengabaikan dengan tidak mengambil berat tentang hal ini, sehingga berlaku kebocoran maklumat rahsia negara. Perlu difahami  rahsia negara merupakan sebahagian aset negara dan ianya mesti  dilindungi secara menyeluruh daripada pelbagai ancaman. Apa jua bentuk tindakan untuk membocorkan rahsia negara ianya merupakan jenayah yang akhirnya meruntuhkan dan menghancurkan negara. Justeru mimbar menyeru sebagai seorang Islam, marilah sama-sama kita menghayati prinsip integriti, akauntibiliti, sentiasa beramanah, jujur, telus dengan penuh rasa tanggungjawab di samping menyerlahkan sifat-sifat mahmudah yang lain seperti rajin, tekun, berdisplin dan mengutamakan kualiti dan kesempurnaan dalam setiap tugasan.
Mengakhiri khutbah, mimbar mengingatkan wahai umat Islam sekalian bahawa Allah SWT akan mengadili semua tugas yang diamanahkan walau sekecil manapun tugas tersebut. Ingatlah jika kita sekali mengkhainati amanah yang diberikan nescaya seribu kali kita sukar untuk mendapat kepercayaan orang lain. Jika sekiranya kita terlibat dalam penyelewengan dan penipuan, maka rezeki yang kita perolehi adalah haram, makanan dan minuman adalah haram, pakaian yang dipakai juga haram kerana datang dari sumber yang haram. Oleh itu, marilah sama-sama kita mengamalkan sikap jujur dan bertanggunjawab serta ikhlas dalam melaksanakan segala amanah yang diberikan ini. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa ayat 58:

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, supaya kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...