if u like this blog.just click

Sunday, February 6, 2011

banjir...bencana atau bala...

Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 42,111 orang

JOHOR BAHARU 1 Feb. - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di seluruh negeri ini meningkat kepada seramai 42,111 orang daripada 10,095 keluarga setakat 6 petang ini berbanding 40,443 orang daripada 9,809 keluarga pada 2 petang.

Menurut laporan portal rasmi kerajaan negeri Johor www.johordt.gov.my, mangsa di daerah Segamat meningkat kepada 20,025 orang membabitkan 4,855 keluarga, diikuti Kluang dengan 6,840 orang daripada 1,756 keluarga.

Portal itu melaporkan seramai 29 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan di Johor Baharu, 3,706 orang (836 keluarga) di Muar, 3,268 orang (693 keluarga) di Batu Pahat dan 690 orang daripada 167 keluarga di Pontian.

Kota Tinggi pula mencatatkan 1,797 mangsa melibatkan 415 keluarga, Mersing (99 orang daripada 31 keluarga), Ledang (5,613 orang daripada 1,309 keluarga) dan Kulaijaya merekodkan 44 mangsa daripada 23 keluarga.

Menurut laporan portal itu, kini sebanyak 238 pusat pemindahan dibuka dengan 89 adalah di Segamat, Kluang (33), Johor Baharu (1), Muar (21), Batu Pahat (31), Pontian (11), Kota Tinggi (19), Mersing (1), Ledang (30) dan Kulaijaya (2).

Sehingga kini dua kematian dilaporkan membabitkan dua wanita dalam kejadian banjir di Segamat dan Kulaijaya pada Ahad lepas. - Bernama



Mangsa banjir di Melaka meningkat lebih 4,000 orang

MELAKA 1 Feb. – Jumlah mangsa banjir di tiga daerah di Melaka yang ditempatkan di 20 pusat pemindahan meningkat kepada 4,101 orang sehingga pukul tujuh malam ini berbanding 3,396 orang pada tengahari tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri Melaka berkata mangsa banjir di Melaka kini paling ramai ditempatkan di daerah Melaka Tengah, meningkat kepada 2,114 di lapan pusat pemindahan berbanding hanya 49 orang dan sebuah pusat pemindahan semalam.
Keadaan banjir di daerah Jasin pula mulai surut dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di lima pusat pemindahan ialah seramai 419 orang.
Di Alor Gajah, banjir juga semakin surut dengan bilangan mangsa yang masih berada di tujuh pusat pemindahan ialah seramai 1,568 orang.
Mangsa banjir di Jasin dan Alor Gajah mula ditempatkan di pusat pemindahan sejak Ahad lepas manakala di Melaka Tengah, mangsa berpindah sejak semalam.
Cuaca cerah dilaporkan di seluruh negeri ini hari ini dan dijangka keadaan banjir akan bertambah baik di Alor
Gajah dan Jasin, kata jurucakap itu lagi. - Bernama




Mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 1,941

KUANTAN 2 Feb. – Jumlah mereka yang terlibat dengan bencana banjir di dua daerah di Pahang kini meningkat kepada 1,941 orang berbanding 1,777 petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Rompin merekodkan pemindahan tertinggi iaitu seramai 1,778 orang daripada 222 keluarga membabitkan lima buah kampung.
Kampung-kampung terbabit ialah di Bukit Serok (1,499 orang), Kampung Rekoh (162), Kampung Kurnia Tanjung Gemok (85), Kampung Mekang Ibam (26) dan Kampung Lubuk Batu (6 orang), katanya ketika dihubungi pagi ini.
Jurucakap itu berkata di Temerloh, mangsa yang dipindahkan adalah seramai 163 orang daripada 44 keluarga di empat buah kampung, iaitu Kampung Insaf (83 orang), Kampung Batu Kapor (70), Kampung Sempadan (7) dan Kampung Rantau Panjang Lanchang (3).
Katanya, beberapa jalan turut ditutup kepada semua kenderaan melibatkan jalan Kampung Inoi, jalan Kampung Baru Bukit Ibam, jambatan Sungai Gayong Kedaik dan jambatan Kampung Lubuk Batu Kota Bahagia di Rompin.
Sementara itu, jalan di Km 5 Felda Selancar, Rompin, ditutup kepada kenderaan berat selepas berlaku runtuhan tebing manakala Jalan Hwa Li Cenderawasih dan Jalan Lam Trading Cenderawasih hanya boleh dilalui kenderaan pacuan empat roda, katanya.
Selain itu katanya, Km 22 Jalan Kemayan-Risda di Bera hanya boleh dilalui kenderaan berat selepas dinaiki  air sedalam 1.5 meter. – Bernama



Mangsa banjir di Negeri Sembilan terus meningkat

TAMPIN 31 Jan. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus meningkat dengan bilangan mereka yang dipindahkan kini mencecah 4,198 orang.
Setiusaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, jumlah berkenaan ialah sehingga 12.45 tengah hari tadi.
Katanya, 22 pusat pemindahan telah dibuka dan segala bantuan dari pelbagai agensi telah pun digerakkan.
Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Mansor yang juga Ahli Parlimen Tampin berkata, jumlah paling ramai dipindahkan ialah 1,500 orang di sekitar Gemas.
Ketika ini, usaha menyelamat mangsa banjir sedang dilakukan, katanya ketika ditemui di Balai Raya Parit Buluh, Air Kuning, Gemencheh, dekat sini. - Utusan



Banjir: Empat negeri semakin buruk

KUALA LUMPUR 1 Feb. - Keadaan banjir di Johor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan dilaporkan semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan semakin meningkat.
Setakat petang ini, mereka yang dipindahkan di 356 pusat pemindahan sementara di empat negeri terbabit kini mencecah 60,389 orang berbanding 46,206 semalam.
Di JOHOR, daerah Segamat mencatatkan jumlah mangsa tertinggi apabila 19,6111 orang ditempatkan di 88 pusat pemindahan.
Ia diikuti Kluang dengan 11,299 mangsa yang dipindahkan ke 48 pusat pemindahan.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, secara keseluruhan sebanyak 13,820 keluarga terlibat dalam bencana itu.
Berikutan itu, kementeriannya telah menggerakkan sepenuhnya jentera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa.
"Jaminan kami bekalan makanan serta keperluan lain kepada mangsa banjir ini adalah mencukupi dan kami memantau secara berterusan.
"Kementerian juga telah melakukan banyak persiapan dan kami bersedia sekiranya bencana banjir ini berlarutan," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Agama Labis hari ini.
Di NEGERI SEMBILAN , jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan di seluruh negeri ini kini menurun kepada 2,393 orang walaupun cuaca dilaporkan terus mendung dan hujan di sekitar daerah Gemas, Kuala Pilah dan Jempol.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, daripada jumlah itu, seramai 1,568 adalah penduduk di kawasan Gemas yang melibatkan 315 keluarga.
"Semalam, mereka yang dipindahkan akibat banjir di seluruh negeri ini ialah 4,198 orang.
"Pekan Gemas dan Taman Sungai Gemas paling terjejas dan air ketika ini masih belum surut sepenuhnya selepas ia mencecah sehingga paras bumbung rumah semalam," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman, Gemas.
Pada masa sama, daerah Tampin, Felda Sungai Kelamah dan Air Kuning Selatan turut terjejas, begitu juga Felda Jelai 4.
Di MELAKA, keadaan banjir tidak banyak berubah terutama bagi kawasan Melaka Tengah dan Alor Gajah ketika penduduk di daerah Jasin mula berpindah ke rumah masing-masing apabila air mulai surut.
Keseluruhan mangsa yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara yang dibuka di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin ialah 4,166 orang.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan Melaka Tengah terus mencatatkan peningkatan jumlah mangsa banjir daripada 316 orang semalam kepada 2,161 sehingga lewat petang ini.
Menurutnya, keadaan itu menyebabkan lima lagi pusat pemindahan sementara dibuka hari ini bagi menampung jumlah mangsa yang semakin meningkat di kawasan Melaka Tengah.
Beliau berkata, lima pusat pemindahan yang dibuka hari ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Mutahir, SMK Munshi, Bilik Bacaan Bertam Malim, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Malim dan Dewan Japerun.
''Keadaan banjir di kawasan Melaka Tengah nampaknya makin buruk dan jumlah mangsa dipindahkan pula semakin bertambah hingga kita terpaksa membuka lima lagi pusat pemindahan sementara.
''Di Alor Gajah pula masih terdapat kira-kira 380 keluarga membabitkan 1,568 orang yang kini ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
''Bagaimanapun, di Jasin banjir mulai surut sejak malam tadi dengan 10 pusat pemindahan telah ditutup dengan hanya lima lagi yang masih beroperasi dengan 93 keluarga membabitkan 437 orang setakat ini," katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di SMK Munshi, Batu Berendam.
Di PAHANG, keadaan banjir semakin buruk apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,777 orang membabitkan 226 keluarga.
Sehingga lewat petang ini, semua mangsa banjir yang dipindahkan terdiri daripada penduduk dari 12 kampung di daerah Rompin, Bentong, Raub dan Temerloh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang berkata, jumlah tersebut melibatkan 1,687 orang daripada 204 keluarga di Rompin dan 90 mangsa membabitkan 22 keluarga di Bentong.
Katanya, beberapa jalan di Bera dan Rompin ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air setinggi 1.5 meter hingga dua meter.
"Jalan tersebut ialah Jalan Ladang Hwali, Jalan Ladang Trading dan Jalan Kampung Baru Bukit Ibam di Bera.
"Turut ditutup ialah jambatan Sungai Gayung dan jambatan Kampung Lubuk Batu di Rompin serta jalan alternatif Kampung Pasal ke Felda Palong 8 dekat Muadzam Shah," katanya.
Sementara itu, tambah beliau, beberapa penempatan turut terputus hubungan apabila paras air meningkat  secara mendadak sehingga menjejaskan laluan utama.

Tak lupa juga banjir di Sabah dan Sarawak...
Dan tidak ketinggalan...banjir di Terengganu dan Kelantan..

Para pengkaji bencana alam mempertahankan bahawa faktor banjir merupakan sistem saliran yang tidak bagus...
Persoalannya kini..
Dulu-dulu..kita dengar..banjir hanya di Pantai Timur..pada musim tengkujuh setiap tahun..
Ketika itu..sistem saliran di negeri terbabit..tidak molek..

Sekarang,kita melihat..negeri-negeri selatan...pula dilanda banjir..
Apa faktor yang sama...
Walhal...Johor,Melaka,Negeri Sembilan Dan Pahang...sebelum ni..
tidak pernah@jarang berlaku banjir seteruk 2011..

Mari sama-sama kita renungkan...
Banjir...bencana@bala??..

No comments:

Post a Comment

komen ea

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...