Dalam masa beberapa bulan saya belajar
di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah,bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh di Ipoh.
Lantaran itu,saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t,dia menjadi pembantu saya.
Dari situlah perkenalan kami bermula dan kisah saya juga bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,bersopan-santun dalam mengatur langkahnya,wajah senyumannya,dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.
Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.
Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa panjang-panjangkan.
Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia,saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.
Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.
Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana,saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,saya mengambil peluang.......
untuk berbual-bual dengan dia.
Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.
Alhamdulillah,dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun,apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas,dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.
Selepas itu,barulah saya tahu,sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.
Seamasa saya di Jordan,saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah,dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap.
Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walaubagaimanapun,....
Bersambung...
ble nk smbung lg??
ReplyDeletelah,,igtkn k0 td,,huhu
ReplyDelete