if u like this blog.just click

Sunday, February 27, 2011

Fakta>>Bantal Busuk

Assalamualaikum...
Pada hari ini,insya-Allah aku hendak menceritakan pasal bantal busuk.
Seindah namanya.Seharum baunya.
Hahaha...wangi ke,bantal busuk??
Terkenang masa dahulu kala,saat bantal busuk menjadi teman semasa tidur.
Tidak kira malam atau siang.
Aku yakin,korang semua mesti ada sekurang-kurangnya satu bantal favourite a.k.a nama manjanya,bantal busuk.

Info
Pakar Psikologi Kanak-kanak dari Institut Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa, Dr. Mastura Badzis berkata tabiat tidak mahu renggang dengan bantal ini dipanggil clinging behaviour atau tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu benda dan tidak mahu berenggang dengannya.
Ia tidak terhad kepada bantal atau anak patung sahaja, sesetengah kanak-kanak menjadikan kain selimut tertentu, sapu tangan dan seumpamanya sebagai objek selesa mereka.
Tingkah laku pautan (clinging behaviour) adalah sikap biasa yang sering terjadi kepada bayi dan kanak-kanak diperingkat awal, katanya.
Biasanya tabiat itu bermula di rumah dan berlaku kepada kanak-kanak yang kurang stimulasi dan mahukan sesuatu atau peneman untuk menenangkan diri mereka.
Kanak-kanak yang begini akan memegang bantal, kain atau anak patung sebelum tidur kerana rasa ingin ada seseorang bersama mereka, katanya.
Menjelaskan lebih lanjut, beliau berkata perlakuan menggentel bantal atau kain ini seakan memberi kanak-kanak tadi ketenangan dan keselesaan sehingga menjadikan mereka asyik. Dek keasyikan menggentel bantal tadi membuatkan mata mereka mudah terlelap dan perkara ini berulang-ulang sehinggalah ia menjadi satu tabiat yang sukar dikikis.
Kata beliau lagi, sesetengah kanak-kanak ini juga berbual dengan bantal atau anak patung kesayangan mereka.
Ini merupakan satu cara untuk mereka berkomunikasi dan ia dipanggil teman imaginasi (imaginary friends). Sebenarnya mereka mahukan seseorang untuk meluahkan perasaan, namun disebabkan kesibukan ibu bapa atau pengasuh, luahan itu terpaksa disalurkan kepada teman imaginasi tadi, kata beliau.
Selamat
Menurut Dr. Mastura, satu lagi punca tingkah laku yang bergantung kepada sesuatu ini juga disebabkan oleh rasa ingin selamat (sense of secure).
Kanak-kanak kecil belum memahami konsep kehilangan sementara, katanya.
Jelasnya, mereka tidak faham bahawa sesuatu benda yang hilang itu akan muncul kembali dan kerana itu mereka mahukan ada sesuatu yang menjadi peneman mereka.
Dengan melakukan perlakuan demikian seperti menggentel bantal, kain dan sebagainya membuatkan mereka rasa selamat dan tidak ditinggalkan keseorangan, jelasnya.
Risau
Dr. Mastura berkata, sebenarnya ibu bapa tidak perlu terlalu risau dengan tabiat mengendong bantal atau anak patung ini kerana ia bersifat sementara.
Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan untuk mengelakkan tabiat ini daripada berterusan, katanya.
Ibu bapa atau pengasuh katanya perlu cuba memisahkan anak dengan rakan karib mereka ini secara perlahan-lahan.
Masa yang terbaik untuk memisahkan kanak-kanak ini katanya adalah ketika umur mereka mencecah tiga tahun. Sebaliknya jika dibiarkan perlakuan ini mungkin akan berterusan sehingga mereka dewasa.
Namun, terdapat juga kanak-kanak yang boleh berpisah dengan teman akrab mereka ini dengan sendirinya selepas memasuki taska kerana malu kepada rakan-rakan yang lain.
Aktiviti seharian di taska yang banyak juga mengurangkan kebergantungan kanak-kanak tadi terhadap bantal atau anak patung mereka, katanya.
Bantal busuk hingga dewasa
Memiliki bantal busuk hingga dewasa bukan perkara yang mustahil.
Memanglah tidak ada kesan sampingan, tetapi tabiat ini boleh berlarutan hingga dewasa dan sukar dikikis jika tidak dikawal, kata Dr. Mastura.
Sesetengah individu sukar berpisah dengan tabiat ini disebabkan ibu bapa mereka terlalu mengikut kehendak anak yang mahukan bantal busuk sentiasa ada bersama.
Dalam hal ini katanya, peranan ibu bapa dan pengasuh perlu ada untuk mengelakkan tabiat ini berterusan.
Apa??..sampai dewasa pun ada?..isk3..hahaha..siapalah orang bertuah itu.
Entah2..orang yang sedang baca post ni,masih mempunyai bantal busuk..he3..

Saturday, February 26, 2011

..Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah..(Episod 3)


Walaubagaimanapun,sewaktu saya pulang ke Malaysia bulan lepas,ummi dapat menghidu perhubungan kami.
Saya tahu ummi tidak berapa suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak pernah menjangka ummi akan menghalangnya.
Tetapi perhitungan saya silap,amat silap.

Buat pertama kali,adik perempuan saya memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan ummi tidak suka.
Saya tidak pernah menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada satu hari.
Saya masih ingat lagi kata-kata ummi yang buat saya tak mampu membalas walau sepatah.

''I haven't found any entry in Islam that permit what you are doing right now.
I haven't heard from anyone that love before marriage is permitted.
But I know there's no relationship between male and female except for what is very important and official between them.
So,may I know what kind of relationship you are having now and I want to hear it from your mouth that is legal in what you have been learning untill now."

''Not a single phrase,nor a word."
 "My sweetheart,if you want to build a family,a faithful one,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us.
A happy and blessed family come from Allah,and you don't even have anything to defend it as blessed if the first step you make is by stepping into what He has prohibited.
You can't have a happy family if Allah doesn't help you so,and you must know in every family that stands until  
their dying day , they have Allah on their side.
You can't except Him to help you if you did the wrong step from the very beginning.''

Saya tiada kata untuk membalas kerana semuanya benar.
Saya tahu kebenaran itu sudah lama dulu,tetapi saya tak mampu untuk melawan kehendak nafsu saya sendiri.
Saya akui,saya tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah,dan apa yang dipanggil sebagai keperluan manusia.

Cinta tidak pernah membawa kita ke mana,andai cinta itu bukan dalam lingkungan yang Allah redha.

Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya.

Itulah apa yang telah saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang saya baca,tiada satu pun yang menghalalkannya.
Saya tahu kebenaran ini sudah lama dahulu,tetapi saya tidak kuat untuk mengakkannya.

Saya tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati saya.
Dan kata-kata ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan saya selama ini.
Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like this,but Allah tells you so.
Saya percaya......bersambung..
Insya-Allah the ending...nantikan pada bulan mac. 

Thursday, February 24, 2011

Khutbah:“ MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN ” (25 Februari 2011/ 22 Rabiul Awal 1432 H)


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari Jumaat yang berkat dan di dalam masjid yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat yang menjadi tetamu Allah sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi umat yang terbaik, umat contoh dan memperolehi kebahagian di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk:  “MENSYUKURI NIKMAT KEAMANAN”
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Keamanan adalah anugerah tuhan dan merupakan satu kenikmatan yang tinggi nilainya di dalam kehidupan manusia samada di peringkat individu, masyarakat atau bernegara demi kebaikan umat sejagat. Dalam sejarah ketamadunan manusia sendiri telah menunjukkan betapa nikmat kemanan memberi kesan untuk kemakmuran dan kesejahteraan  dunia. Keamanan bererti kita bebas dari  bahaya, bencana, malapetaka, bebas daripada kejahatan, kecelakaan, dan lain-lain. Dengan keamanan kita dapat melakukan urusan kehidupan dunia tanpa merasa takut, gerun dan dengannya juga boleh membawa banyak kebaikan serta rezeki kepada manusia itu sendiri dan negara. Firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 112 :

Maksudnya: Dan Allah memberikan satu misalan; Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram, yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat, tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Memelihara keamanan adalah suatu yang dituntut dalam kehidupan tanpa mengira anutan agama, bangsa atau keturunan. Nabi Ibrahim AS semasa meneroka pembukaan Mekah sebagai pusat ibadah dan tanah suci telah mendoakan agar Mekah dikurniakan Allah SWT dengan keamanan dan kemakmuran. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 126 :

Maksudnya :Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdo'a dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman:"(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan mengheretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.

Ayat ini menegaskan bahawa keamanan adalah asas utama dalam menegakkan agama Allah SWT dan mengimarahkan sesebuah negara. Perlu kita insafi betapa rugi dan malangnya negara-negara yang dilanda kekacauan, persengketaan dan perpecahan. Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan material serta spiritual, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam. Justeru itu, Islam menolak keras gerakan-gerakan yang menggunakan kekerasan untuk mengancam keamanan sesebuah negara seperti melakukan rusuhan, pemberontakan dan peperangan. Soal ancaman ini perlu di ambil perhatian oleh semua pihak kerana ia membabitkan masalah keselamatan rakyat. Sekiranya perkara ini tidak dipenuhi, maka akan jatuh sesebuah bangsa dan akan hancurlah sesebuah negara.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Anugerah keamanan dan keharmonian negara mestilah disyukuri dan dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh seluruh warganegara. Dalam hal ini, Islam menuntut bahawa cintakan keamanan negara sebagai tanda orang yang beriman dan bersyukur. Segala bentuk perjuangan mempertahankan keamanan dan keselamatan adalah sebahagian daripada ibadah dan tanda jihad kita di jalan Allah. Dalam konteks kesyukuran terhadap nikmat Allah SWT ini, secara realitinya kita dapat bandingkan dengan negara-negara lain di dunia yang sentiasa terdedah kepada pelbagai ancaman seperti bencana banjir, gempa bumi, kemarau, letupan gunung berapi, ribut taufan, peperangan, rusuhan, kelaparan serta kemiskinan.
 Oleh demikian, kita sepatutnya memetik gugusan hikmah tersebut agar kita tidak lupa diri dan sentiasa mensyukuri nikmat keamanan dan kedamaian yang dilimpah dan dianugerahkan kepada negara kita ini dan seterusnya berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mematuhi dan melaksanakan semua perintah-Nya serta meninggalkan segala larangan-Nya. Firman Allah SWT dalam Surah al-Anaam ayat 82:

Maksudnya :Orang yang beriman dan tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman, bagi mereka itulah keamanan dan merekalah yang mendapat petunjuk.
         
Sejarah telah membuktikan runtuhnya tamadun umat-umat terdahulu seperti kaum Thamud, A’ad dan Firaun adalah kerana kekufuran dan kezaliman yang telah dilakukan oleh mereka sendiri. Golongan ini tidak mensyukuri nikmat keamanan yang diberikan oleh Allah SWT. Manakala tegahan syarak pula tidak segan silu dilanggari. Mereka membelakangi panduan para Nabi sehingga menyebabkan hancurnya negara mereka. Mereka menjadi sombong dan angkuh dengan apa yang telah dikurniakan oleh Allah SWT sedangkan apa yang mereka miliki itu hanyalah bersifat sementara sahaja.
Muslimin yang di Rahmati Allah,
Di negara kita dengan nikmat keamanan ini rakyat dapat hidup dengan aman damai, dapat melakukan proses pendidikan sepanjang hayat tanpa rasa takut untuk ke sekolah, kuliah atau masjid dan sebagainya. Kita juga dapat melakukan ibadat kepada Allah SWT dengan sempurna sepanjang masa, hidup bermasyarakat dengan mengamalkan sistem muamalat dan munakahat secara teratur tanpa ada kekacauan dan penindasan antara kita. Dengan keamanan kita juga mendapati peluang kerjaya yang begitu luas lagi halal samada dalam sektor Kerajaan atau Swasta. Lihatlah berapa ramai rakyat negara asing yang datang ke negara ini semata-mata untuk mencari pekerjaan dan mendapat pendapatan yang lumayan. Kita juga bebas daripada wabak penyakit disebabkan sistem pengurusan kesihatan yang amat baik. Rakyat negara kita juga bebas bergerak ke mana saja samada siang atau malam tanpa merasa takut atau gerun untuk melaksanakan pelbagai urusan kehidupan.
Bagi memastikan keamanan ini terpelihara sepanjang masa maka rakyat di negara ini khususnya umat Islam dituntut mengamalkan cara hidup bertoleransi antara kita dengan mengambil kira kepentingan semua kaum samada dari segi agama, budaya, politik, ideologi dan lain-lain. Namun dalam pada itu umat Islam juga diingatkan agar tidak terpengaruh dengan aliran-aliran pemikiran baru yang boleh memecah-belahkan umat Islam dan memesongkan aqidah mereka seperti plurarisma agama atau wahdatul adyan yang menyamakan antara agama di dunia ini. Walaupun negara kita mengamalkan kebebasan beragama dan membenarkan agama-agama lain diamalkan, namun persoalan aqidah tidak boleh dikompromi antara kaum di negara ini. Ingatlah bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan hendaklah kita mematuhi dan mengiktiraf hak masing-masing sebagai mana yang termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara.
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan khususnya kepada Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara, Agensi-Agensi kerajaan lain dan kepada pihak-pihak yang terlibat di atas usaha membawa pulang rakyat dan pelajar Malaysia yang berada di negara Mesir. Mengikut laporan Kementerian Luar Negeri sehingga kini seramai 8,341 rakyat dan pelajar kita selamat pulang ke tanah air. Sesungguhnya usaha ini adalah usaha yang tulus ikhlas daripada pihak kerajaan di dalam mempastikan keselamatan dan keamanan kepada rakyat terjamin walaupun di mana mereka berada. Mimbar ingin mengingatkan kepada kita semua khususnya kepada umat Islam, ambillah iktibar apa yang berlaku di luar sana dengan sama-sama kita menjaga keamanan dan ketenteraman negara kita ini bagi memastikan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat terus berkekalan. Kita juga berdoa semuga keamanan di negara-negara yang sedang bergolak akan pulih seperti sedia kala dan mengharap mudah-mudahan pelajar Malaysia yang pulang dapat kembali untuk meneruskan pengajian mereka dengan selamat. Ingatlah bahawa mensyukuri nikmat keamanan merupakan sebahagian daripada tuntutan Islam. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Naml  ayat 89:

Maksudnya:“ Sesiapa yang datang dengan kebajikan maka ia akan beroleh yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh keamanan pada hari kiamat.


Monday, February 21, 2011

..Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah..(Episod 2)

Dalam masa beberapa bulan saya belajar
di sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,banyak perkara yang telah saya pelajari.
Yang paling penting buat saya ialah,bagaimana saya mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya kerana saya sejak dari sekolah rendah belum pernah bergaul secara langsung dengan seorang wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya bersekolah di sebuah sekolah menengah agama lelaki berasrama penuh di Ipoh.
Lantaran itu,saya tidak pernah punya hati untuk memberi cinta atau menerima cinta walaupun peluang itu hadir beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-sama terpilih untuk mengendalikan sebuah organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t,dia menjadi pembantu saya.
Dari situlah perkenalan kami bermula dan kisah saya juga bermula.
Dia seperti yang telah saya ceritakan,bertudung labuh dan sentiasa mengambil berat tentang auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya tertarik padanya.
Dia amat berhati-hati dalam mengatur butir bicaranya,bersopan-santun dalam mengatur langkahnya,wajah senyumannya,dan tidak pernah ke mana-mana tanpa berteman.
Suaranya amat sukar kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak sebelum itu.
Saya melihat dia sebagai seorang mukminah solehah yang amat menjaga peribadinya dan maruah dirinya.
Saya tidak pernah bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa panjang-panjangkan.

Saya seorang yang amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal untuk berbual-bual seperti kata teman saya,tetapi dengan dia,saya menjadi amat pemalu dan amat menjaga.
Bagi saya,itulah wajah sebenar seorang wanita solehah.
Dia mampu mengingatkan orang lain dengan hanya menjadi dirinya,tanpa perlu berkata-kata walau sepatah.

Pada hari terakhir saya di sana,saya punya tugas terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan dia.
Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai itu siap,saya mengambil peluang.......
untuk berbual-bual dengan dia.
Saya bertanya perihal keluarga dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya untuk waktu yang amat sekejap itu.

Alhamdulillah,dia memberikan respon yang baik dan dari situlah saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa sebenarnya pembantu saya ini.
Namun,apa yang memang boleh saya nampak dengan jelas,dia amat pemalu dan dia amat kekok semasa bercakap dengan saya.
Selepas itu,barulah saya tahu,sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-bual dengan dia bukan atas urusan rasmi sebegitu.

Seamasa saya di Jordan,saya menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah,dia menerima dengan baik dan hubungan kami berjalan lancar selama empat bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap.
Semua itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walaubagaimanapun,....
Bersambung...

Sunday, February 20, 2011

Kembara Kinabalu


''  Di kala senja itu...
Ku termenung sendirian..
Mengenangkan diriku..
Yang jauh dari rahmat Tuhan..
Dosa yang aku lakukan..
Menerjah ruang fikiran..
Pastikah ada untukku..keampunan.. ''

Ceyh,bernasyid pulak!!
Sebenarnya,pada minggu lepas..

Aku bersama Fadzly(pele),Amin dan Akmal(minah).
Telah mengembara ke sebuah 'Gunung' yang tidak asing lagi.
Perjalanan dari rumah akmal ke 'kinabalu' mengambil masa kira-kira 4 minit sahaja.
Sesampainya di sana,kami pun membaca doa mendaki bukit.
Setelah itu,bermulalah cabaran pendakian 'kinabalu'.
Itulah peribahasa yang menguatkan lagi semangat kami untuk terus mendaki ke puncak.
Di bawah merupakan sebuah video tentang pendakian kami

Wah...penat seyh..mendaki 'kinabalu'..
Berbekalkan doa ibu bapa kami di rumah,kami tidak pernah patah semangat.
Alhamdulillah..itulah kalimah pertama yang terpacul dari mulut kami semua di puncak.
Inilah ragam kami setelah sampai ke puncak 'kinabalu'.
Perasaan gembira jelas terpancar di wajah-wajah sahabat aku sekalian.
hahaha..
Kami juga tidak lupa akan Tuhan yang menciptakan alam ini.
Kalaulah ada air,sudah lama kami bersolat sunat di atas puncak.
Solat??...Mana ada solat selepas waktu Asar...ha3..
*Sekadar gambar hiasan.
Sejuk mata memandang alam ciptaan Allah.
View di puncak 'kinabalu' cukup cantik.
Kalaulah kami membawa kamera DSLR...
Tentu banyak foto yang menarik dapat di snapshot.
Gambar di bawah ini sahaja yang nampak lawa sikit.
The Wonderful Sunset.
Okeyh kan,gambar di atas ni?..sekian sahaja buat hari ini.

Saturday, February 19, 2011

khutbah:“PENGIMARAHAN MASJID MELALUI PROGRAM TAKMIR” (18 FEBRUARI 2011 / 15 RABIULAWAL 1432H)


Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Pada kesempatan hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian, marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk: “PENGIMARAHAN MASJID MELALUI PROGRAM TAKMIR

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Masjid pada zaman Rasulullah SAW merupakan pusat kegiatan kaum muslimin. Ia bukan setakat tempat ibadat dan solat bahkan merangkumi juga sebagai pusat perbincangan, pendidikan, pentadbiran, penyatuan ummah, siasah, sosial dan sebagainya. Selari dengan peranan masjid yang menjadi nadi kekuatan umat itu, 
maka Baginda menjadikan masjid sebagai pusat pentadbirannya.  Langkah Rasulullah SAW ini adalah bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 18:
Maksudnya:Hanyasanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah itu ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.”

Masjid juga dijadikan oleh Rasulullah SAW tempat Baginda menerima rombongan-rombongan yang datang menemui Baginda. Di sinilah tetamu-tetamu Rasulullah SAW di tempatkan dan bermalam.  Daripada sinilah juga rombongan dihantar ke perkampungan kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah. Imam Bukhari meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah SAW masjid menjadi tempat berkumpul para sahabat untuk solat berjemaah, mendengar pengajaran dari Baginda selepas solat atau sebelumnya. Di sinilah, para Sahabat telah dididik dan tradisi inilah yang diteruskan oleh mereka.
 Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sejarah kegemilangan Islam menyatakan bahawa kecemerlangan umat Islam melalui budaya ilmu adalah berpangkalan di masjid. Sebagai contoh masjid Kufah di Iraq menjadi pusat perkembangan ilmu hingga terkenal yang menghasilkan graduan seperti Imam Abu Hanifah. Masjid Amru al-As di Mesir  yang terkenal hingga sekarang. Antara tokoh yang masyhur dikaitkan dengan masjid ini ialah Imam Syafie. Menurut satu riwayat, masjid ini pernah mengadakan 40 halaqah pengajian pelbagai ilmu pengetahuan. Di Tunisia, masjid Kairouan telah menjadi tumpuan ulama’ dan penuntut seluruh dunia untuk menimba ilmu pengetahuan. Antara graduan terkenal yang dihasilkan oleh masjid ini ialah al-Khindi, pakar perubatan dan juga seorang jurutera yang  termasyhur. Universiti al-Azhar di Mesir adalah asalnya sebuah masjid (Jamiul Azhar). Ia telah didirikan sejak tahun 976 masihi dan dianggap universiti tertua di dunia yang mengeluarkan ratusan ribu graduan dalam pelbagai jurusan.
          Kedatangan Islam ke Tanah Melayu pada abad ke 12 Masihi turut menjadikan masjid sebagai mercu tanda kepesatan penyebaran dan perkembangan agama Islam. Masjid dijadikan pusat kegiatan perkembangan ilmu, kemasyarakatan dan pentadbiran.  Boleh dikatakan pada ketika itu di mana wujudnya Istana Raja di situlah juga dibina sebuah masjid. Secara umumnya kepesatan pembinaan masjid di negara kita menjadi petunjuk kepada peningkatan nilai-nilai ketamadunan Islam dan ia lebih bermakna lagi dengan adanya kesemarakan dan kesedaran kepenggunaan masjid sepenuhnya demi menjunjung kasih dan kecintaan kepada Islam sebagai ad-din di negara ini.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Di negara kita pengimarahan masjid melalui program keilmuan dilaksanakan dengan pengisian program-program takmir masjid dan surau yang telah berjalan semenjak tahun 1986 . Program ini diadakan bertujuan untuk mengimarahkan masjid dan surau  dengan kegiatan keilmuan Islam secara sistematik dan menyeluruh yang bertepatan dengan peranan masjid itu sendiri. Pada tahun ini pihak kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM32.6 juta bagi membayai program ini dan sehingga kini seramai 3,692 guru takmir disediakan. Setelah 25 tahun program ini  berlangsung ternyata ianya memberi manfaat besar dan kesan yang amat positif terhadap usaha mengimarahkan masjid dan surau dengan kegiatan keilmuan Islam demi untuk melahirkan umat Islam yang cintakan masjid, sayangkan agama dan sentiasa bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubat ayat 108:

Maksudnya: “Kerana sesungguhnya masjid (Qubaa), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula lebih patut engkau sembahyang di dalamnya. Di sana ada lelaki yang suka membersihkan dirinya; dan Allah Mengasihi orang yang membersihkan diri mereka

          Namun persoalan besar timbul di sini bahawa terdapat segelintir daripada masyarakat kita yang kurang berminat untuk menghadiri kelas-kelas  pengajian agama yang diadakan di masjid. Ada juga dikalangan mereka yang tiada maklumat langsung tentang adanya kelas-kelas pengajian seperti ini. Kelas-kelas pengajian agama dipandang remeh dan ianya dianggap sekadar sampingan sahaja. Justeru, mimbar menyeru umat Islam sekalian, agar meluangkan sedikit masa untuk mendekati diri dengan masjid serta menghadiri program-program keilmuan yang telah disediakan ini demi kesejahteraan dunia dan akhirat.
 Ingatlah bahawa Rasulullah SAW mengasuh umatnya mendekati dan cintakan masjid, kerana  mereka yang hatinya sentiasa terpaut dan cintakan masjid dapat menyelamatkan diri di hari akhirat kelak. Nabi SAW dalam salah satu sabdanya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah RA bahawa di antara orang yang mendapat perlindungan Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang hatinya terikat dengan masjid. Sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Dan seorang lelaki yang mana hatinya terpaut dengan masjid.”(Riwayat al-Bukhari)

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Sempena dengan Multaqa Guru takmir seluruh negara dan pelancaran Sambutan  Jubli Perak 25 tahun program takmir masjid dan surau, mimbar ingin mengajak semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru takmir agar sama-sama kita memperkasakan dan menjenamakan semula program takmir ini agar ianya selari dengan peredaran zaman dan lebih segar serta  dapat menarik minat umat Islam khususnya para generasi muda untuk mengikutinya. Bagi masjid-masjid yang mampu, semarakkanlah lagi program-program pengimarahan masjid dalam pelbagai bentuk dan aktiviti yang melibatkan pelbagai peringkat umur. Gunakanlah sebahagian daripada sumbangan awam yang diperolehi melalui tabung masjid bagi tujuan yang murni ini supaya amal jariahnya dapat diperluaskan.
Mimbar menyeru marilah sama-sama kita melakukan usaha yang bersepadu bagi mempromosi dan menyemarakkan kembali program ini agar mendapat tempat di hati segenap lapisan masyarakat. Bagi para jemaah yang mempunyai kebolehan dan kepakaran tertentu adalah dipohon bersama masjid menyumbangkan tenaga untuk kebaikan  anak kariah dan masyarakat setempat. Ingatlah bahawa masjid adalah paksi kehidupan masyarakat Islam. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam  surah an-Nur ayat 36:

Maksudnya: (Nur hidayah bersinar) di rumah-rumah ibadat yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.



Thursday, February 17, 2011

..Aku Tinggalkan Cintaku Kerana Allah..(Episod 1)


Insya-Allah,aku akan siarkan kisah ini 4 episod.

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri,apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri.
Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah S.W.T tetapkan kepada saya dan kita semua orang beriman dengan-Nya.
Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Saya sama seperti orang lain,punya keinginan untuk menyayangi dan disayangi.
Walaubagaimanapun,tidak mudah bagi saya untuk jatuh hati pada seorang wanita.
Saya tidak mencari seorang wanita untuk dijadikan kekasih tetapi saya mencari seorang teman pendamping hidup saya hingga ke akhir hayat saya.
Seseorang yang boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa, dan yang paling penting wanita yang amat saya percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak dan generasi yang akan lahir daripada keluarga kami nanti.

Untuk itu,sejak di bangku sekolah lagi saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah orangnya yang saya nantikan.

Dalam masa beberapa bulan........bersambung.....

GiGi Oh GiGi..!!!


Assalamualaikum...
Jom santai-santai jap..
he..he..

Sepasang suami isteri warga emas datang ke restoran Radix Fried Chicken(RFC)

 dan saling berpegangan tangan.
Mereka duduk di sebuah bangku panjang bersebelahan dengan seorang pemuda.
Si datuk segera memesan makanan iaitu seketul burger,sepeket kentang goreng dan segelas minuman Radix Cola.
 

Setelah mendapat makanan,si datuk duduk di sebelah nenek,membahagi burger menjadi dua bahagian,menghitung kentang goreng dengan cermat dan membahagi adil dengan si nenek.
Kemudian,si datuk mengambil dua straw minuman,menaruh gelas minuman di tengah-tengah meja.

Si pemuda memerhatikan tingkah laku si datuk dan si nenek itu dengan penuh minat.
Si datuk kemudian mula memakan bahagiannya,sementara si nenek pula hanya memerhatikan.
Si pemuda merasa kasihan,akhirnya mendekati pasangan tersebut dan berkata:
''Tok,boleh saya belikan makanan yang lain?''
Si datuk menjawab:''Tak payah.Terima kasih.''Kami memang selalu berkongsi makanan yang sama. 
Sehingga si datuk itu selesai makan,mengelap mulut dengan tisu,si nenek masih menunggu tanpa menyentuh makanannya.Si pemuda mendekati pasangan itu lagi dan berkata:
''Nek,boleh saya belikan makanan yang lain,mungkin nenek tidak suka makanan ini?''
Si nenek menjawab : ''Tidak,terima kasih nak.''
Si pemuda berasa pelik dan terus bertanya lagi."Kalau begitu,kenapa makanan nenek tidak dimakan,kan nenek dan datuk berkongsi makanan?''
Kata si nenek,''Nenek sedang menunggu gigi palsu datuk...giliran nenek untuk makan selepas datuk!!!
huhuhu..

Wednesday, February 16, 2011

Larut dalam air


Seorang ahli fizik,biologi dan kimia pergi bercuti di pantai buat kali pertama.
Ahli fizik merenung pantai di hadapannya dan terpesona dengan kehadiran ombak yang bertalu-talu.
Dia memberitahu dua orang rakannya yang dia ingin mengkaji tentang dinamik cecair pada ombak dan terus berjalan.
Tiba-tiba dia terjun dan terus menyelam.
Ahli biologi pula memberitahu ahli kimia yang dia ingin mengkaji tentang flora dan fauna di dasar laut.
Dia juga menyelam dan tidak timbul-timbul.
Ahli kimia menunggu agak lama dan kemudian dia menulis pemerhatiannya dalam diari yang dibawa bersamanya= Ahli Fizik dan Biologi larut dalam air.

Tuesday, February 15, 2011

Kecundang Di Malam Valentine

Hadith: 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga.
Riwayat: 
 (at-Tirmidzi)
Huraian Hadith: 
1. Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya.
2. Khalwat yang diharuskan oleh Islam adalah khalwat dalam ertikata ˜mengasingkan diri daripada orang ramai untuk tujuan beribadah kepada Allah S.W.T' sepertimana yang berlaku pada Rasulullah s.a.w. yang berkhalwat di Gua Hira'. Baginda menjauhkan diri daripada masyarakat jahiliyah untuk melakukan ibadah kepada Allah.
3. Syaitan merupakan makhluk yang bijak. Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.



Astaghfirullahalazim...
Apakah yang berlaku pada umat Islam zaman kini?
Tidak mengenali identiti sendiri atau tidak memahami Islam itu sendiri? 
Tarikh 14 Februari setiap tahun menjadi tarikh yang ditunggu-tunggu oleh pasangan bercinta sebagai hari untuk memperingati dan meluahkan cinta sejati kononnya kepada pasangan masing-masing. Amalan songsang seperti ini sudah menjadi taqwim tahunan remaja dan semestinya penganut agama Kristian. Lantas, remaja Islam di Malaysia diseru agar tidak terpengaruh dan meraikan sambutan Hari Kekasih (Valentine Day) yang disambut pada 14 Februari ini. Sudah jelas bahawa sambutan Hari Kekasih ini salah di sisi agama Islam dan bercanggah dengan aqidah Islam itu sendiri.
Perbuatan untuk meraikan sambutan Hari Kekasih amat bercanggah dengan syara’ kerana ianya mempunyai unsur kepercayaan agama kristian dan menjurus kepada kebobrokkan akhlak. Selain itu, sambutan yang tidak berfaedah ini dirai dengan penuh adegan maksiat seperti berdua-duaan, berpeleseran hatta membawa kepada perbuatan seks bebas. Hari yang dianggap “hari berbulan madu” bagi remaja sehingga mereka sanggup menggadaikan maruah demi membuktikan cinta mereka kepada kekasih masing-masing. Sesungguhnya budaya meniru budaya barat yang terpesong dan mencampurkan perkara aqidah mengikut kepercayaan agama lain adalah salah di sisi Islam.
Dalam erti lain umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agama Islam dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6 )
Nabi SAW dengan tegas telah melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam hadis yang bermaksud, “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”
Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 1/2006 pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam”.
Para mufti di Malaysia juga telah bersepakat untuk memutuskan bahawa amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 yang lalu.
Melalui sejarah Valentine, jelas ianya dapat disabitkan dengan budaya Kristian yang menyatakan Valentine’s Day bermula dari kematian tragis seorang Paderi yang bernama St. Valentine yang dibunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II (268-270M ).
Bermula dari kisah ini mereka telah mengabdikan St. Valentine sebagai seorang tokoh yang hebat dalam mempertahankan cinta dan dianggap sebagai simbol ketabahan, keberanian dan kepasrahan dalam menghadapi cubaan hidup. Maka, 14 Februari dijadikan sebagai hari perlambangan dalam memperingati kematian St.Valentine dan dianggap sebagai upacara keagamaan masyarakat Kristian.
Justeru, Islam menyeru seluruh umat Islam khususnya remaja-remaja Islam agar tidak meraikan sambutan Hari Kekasih dan menghindari perkara-perkara yang boleh membawa kepada sikap untuk meraikannya. Berikut adalah sikap-sikap yang perlu dihindari oleh remaja Islam pada Hari Kekasih :
1- Sikap untuk keluar berfoya-foya sesama kekasih dan mengadakan majlis untuk menyambut hari tersebut dengan mengadakan parti atau majlis seumpamanya.
2- Menghantar kad-kad ucapan yang tertera kata-kata Valentine Day dan pada kad-kad tersebut terdapat gambar pari-pari yang mempunyai dua sayap yang menjadi simbol kepercayaan agama kristian.
3- Menulis ucapan kata-kata cinta di dalam kad yang diutuskan dengan menyatakan keinginan cinta kepada kekasih kerana ianya juga sikap mempamerkan rasa gembira dan percaya akan hari tersebut.
4- Kebanyakan negara-negara Barat, parti-parti diadakan sempena hari tersebut disambut dengan pesta seks dan tari-menari. Kebanyakan mereka menghantar hadiah-hadiah seperti bunga ros dan sekotak coklat kepada sesiapa yang mereka cintai.
5- Menghantar pesanan ringkas (SMS) kepada kekasih untuk meluahkan rasa sayang bersempena dengan Hari memperingati kekasih (Valentine Day) sebagai tanda percaya akan “keajaiban” hari tersebut.
Namun, segelintir pihak sanggup menaja majlis sambutan Hari Kekasih dan menjual barang-barang cenderahati untuk mempengaruhi remaja memperingati hari tersebut sehingga mengheret ke lembah makisat. Ironinya, remaja menganggap sambutan ini sebagai simbol kecintaan dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi kepada pasangan. Islam melarang umatnya berlebih-lebihan dalam bercinta sehinggakan sanggup menyerahkan maruah kepada pasangan yang dicintainya.
Sesungguhnya perbuatan ini juga bercanggah dengan syara’ kerana ianya juga menyumbang berlakunya perkara maksiat dan zina. Firman-Nya:“ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kepada kerosakan.” 9Surah Al-Isra’ ;32)
Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting untuk mengawasi anak-anak mereka agar tidak meraikan hari tersebut dan melalukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Selain itu, pihak pentadbiran sekolah dan institusi pengajian tinggi juga agar lebih proaktif untuk memastikan tidak wujud program sambutan kepada hari tersebut serta aktiviti bertukar-tukar bunga ros, kad-kad ucapan dan sebagainya.
Secara kesimpulannya, Islam memberi garis panduan yang jelas dan membenarkan hubungan kasih sayang sesama manusia dalam kerangka syariat. Hubungan kasih sayang kepada ibu bapa, sahabat dan sesama masyarakat boleh dilakukan setiap hari dan tujuh golongan manusia yang akan mendapat lindungan `Arasy ialah salah satunya mereka yang berkasih sayang ( bertemu dan berpisah ) kerana Allah SWT.
Firman Allah SWT : 'Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.' Surah al-Ghaafir: 39


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...