( 26 SYAABAN 1434H / 5 JULAI 2013)
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kini kita berada di
akhir bulan Syaaban. Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Detikakhir Syaaban adalah proses pecutan terakhir menghadapi bulan Ramadhan. Bulan yang mulia ini
merupakan peluang kita untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan juga sebagai
ruang yang besar untuk kita memohon maghfirah yang diluaskan oleh Allah SWT
ketika Ramadhan. Rasulullah SAW telah mengajar umatnya untuk menantikan
kehadiran bulan Ramadhan dan mengharapkan ketibaanya dengan penuh kegembiraan
di samping itu Baginda berdoa. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, apabila tiba bulan
Rejab Rasulullah SAW berdoa:Maksudnya:“ ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (Riwayat Ahmad dan Tabrani)
Dan Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Apabila masuknya bulan Ramadhan, terbukalah pintu-pintu syurga, tertutuplah pintu-pintu neraka, dan dirantailah syaitan-syaitan.”(Riwayat al-Bukhari)
Begitu juga, Rasulullah SAW memberi galakkan kepada para sahabat untuk menanti dan mengharapkan kehadiran Ramadhan. Baginda menyebut-nyebutkan kelebihan bulan Ramadhan yang menimbulkan kerinduan para sahabat terhadap bulan yang mulia itu. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: Di dalam syurga mempunyai sebuah pintu yang digelar ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat. Tidak akan masuk kedalamnya seorang pun melainkan mereka sahaja. Dipanggil: ‘Siapakah orang yang berpuasa?’ Lalu orang yang berpuasa pun bangun. Tidak ada yang memasuki syurga melaluinya selain dari mereka. Apabila mereka semua telah masuk, ia ditutup. Maka tidak ada lagi yang akan masuk melaluinya walaupun seorang.(Riwayat al-Bukhari)
Muslimin
Yang di Rahmati Allah,
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran pahala nescaya diampunkan baginya segala dosa yang terdahulu”(Riwayat Bukhari)
Oleh itu, menjelang Ramadhan ini, para jemaah dan umat Islam sekalian diseru memberi tumpuan kepada tawaran daripada Allah SWT, bukannya terpengaruh dengan promosi-promosi komersial yang mengaitkan dengan nama Ramadhan.
Yakinlah, ibadah Puasa yang dilakukan dengan sempurna pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa kita menjadi lebih tenang dan membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Ingatlah ketika berpuasa kita bukan sahaja menahan diri dari keinginan makan dan minum malahan mestilah memelihara mata daripada melihat perkara yang diharamkan, telinga daripada mendengar umpatan, lidah daripada menuturkan fitnah dan cacian, tangan daripada melakukan dosa dan permusuhan, kemaluan daripada melakukan kemaksiatan dan kaki daripada melangkah ke arah kejahatan dan kemungkaran.Cerminlah diri kita wahai jemaah sekalian, adakah selama ini anggota tubuh yang dimiliki kita gunakan untuk beribadah dan memberi manfaat kepada masyarakat, agama dan negara. Ataupun hanya kita gunakan untuk melakukan kerosakan, kehancuran dan memecahbelahkan ummah. Muhasabahlah, jika selama ini kita terlanjur perbuatan, kembalilah ke pangkal jalan. Selain itu, Kita juga dituntut memperbanyakkan amal ibadah dan bertaubat di atas dosa-dosa yang dilakukan dengan mengisi ruang-ruang yang ada bagi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT didalam usaha mencari keredhaannya. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nuur ayat 31:Maksudnya:
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru, marilah
kita sama-sama menyambut kehadiran Ramadhan kali ini dengan penuh ketakwaan dan
membuat persiapan dengan sebaik mungkin. Ambillah kesempatan apa yang telah
Allah SWT janjikan sepanjang bulan Ramadhan dengan menjana kekuatan jati diri
kita untuk beribadat kepada-Nya. Bulan barakah ini merupakan anugerah
Allah SWT kepada hamba-Nya yang hanya datang setahun sekali. Penuhilah ruang
dan masa dengan melakukan perkara-perkara kebaikan kerana mungkin bagi tahun
yang mendatang kita tidak merasainya lagi. Mimbar juga mengambil kesempatan
sempena dengan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa kali ke 55 yang
diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur yang
bermula 29 Jun hingga 6 Julai 2013, menyeru para jemaah sekalian untuk
sama-sama kita memenuhi dewan tersebut bagi memeriahkan majlis. Dan marilah
sama-sama kita membudayakan al-Quran dalam kehidupan. Mengakhiri khutbah
marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah an-Nahl ayat 97:Maksudnya: “ Sesiapa yang beramal salih, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sungguh Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan”.
No comments:
Post a Comment
komen ea