Insya-Allah..hari ini,kita akan diperlihatkan suatu hal yang tenggelam timbul dari
pemikiran manusia.
Tidak kira tua atau muda..miskin atau kaya...pada setiap tahun,kesemua jemaah Haji akan disenaraipendekkan dan dipilih menjadi tetamu Allah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan haji.
Maka,dengan itu...bertuahlah kepada mereka(jemaah haji) kerana dapat menyempurnakan rukun Islam yang kelima tersebut sebelum ajal tiba.
Namun,ada suatu perkara yang ingin ana bicarakan.
Pada suatu ketika di dalam kelas...
Seorang guru menanyakan kepada anak muridnya tentang perancangan hidup mereka dalam melayari bahtera kehidupan kelak.
Kemudian,bangun si murid A.
Murid A mula berbicara mengenai perancangannya pada masa hadapan setelah tamat SPM.
Murid A : Perkara yang pertama saya lakukan selepas SPM ialah mencari pekerjaan part-time di mana-mana premis samada kedai top-up mahupun restoran bagi mengisi cuti 3 bulan yang ada.
Setelah mendapat result yang cemerlang,saya ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam kos Business Studies.Dijangka 5 tahun selepas itu,saya dapat segulung ijazah di universiti luar negara tersebut.
Sekembalinya ke Malaysia,saya ingin mencari pekerjaan tetap sebelum memasang niat untuk meminang anak dara orang.Setelah berkahwin,saya akan menstabilkan kedudukan kewangan saya bagi menampung kos sara hidup sekeuarga dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang seterusnya samada di universiti tempatan mahupun luarnegara.Sejurus menamatkan pelajaran,saya ingin membuka sebuah syarikat perniagaan yang berlandaskan syariah.
Saya juga akan work-hard untuk melebarkan empayar perniagaan saya di seluruh Malaysia kemudian ke luar negara.Semoga impian saya tercapai.Sekian.
Murid B : Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor.Insya-Allah saya akan menjadi part-timer sebagai pembantu doktor di mana-mana farmasi ataupun klinik sebelum keluarnya result SPM.Hal ini membolehkan saya mendapat secebis pengalaman dalam bidang perubatan.Selepas keluarnya keputusan SPM,saya bercadang memohon scholarship bagi menampung kos pembelajaran saya di Mesir kelak.Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi menjadi seorang doktor dalam tempoh 7 tahun belajar.Saya pulang ke Malaysia berbekalkan ilmu kedoktoran penuh di dada beserta pentauliahan menjadi seorang doktor.
Setelah itu,saya ingin berkahwin terlebih dahulu memandangkan umur pun sudah limit bagi anak bujang.Kemudian,saya akan bekerja sebagai seorang doktor di mana-mana pusat perubatan seperti hospital dan klinik.Mungkin apabila saya kedudukan kewangan saya kukuh,saya mempunyai impian untuk membuka sendiri sebuah klinik bagi membantu orang ramai terutama di kawasan kampung.Saya akan mengenakan bayaran yang rendah dari klinik biasa.Saya juga akan membuka cawangan klinik di tempat lain dengan menggaji doktor-doktor muda bagi meneruskan usaha murni saya di klinik-klinik saya.Doakan ia berhasil.Sekian.
Murid C : Saya tidaklah mempunyai cita-cita dan perancangan hidup sehebat murid A dan murid B.Cuma saya ingin mendalami ilmu Usul Fiqh.Dalam pemikiran saya,tidak ada lain melainkan ingin membantu masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang kekurangan pakar ilmu Fiqh sehingga timbul banyaknya persoalan Fiqh yang tidak boleh dijawab ilmuwan Fiqh yang ada.Cuti tiga bulan ini,saya ingin mengisinya dengan bekerja sebagai Ustaz di sekolah rendah saya dahulu.'Ilmu yang dibahagi akan bertambah'.Sebelum menuntut ilmu Fiqh dengan lebih mendalam,semoga ilmu yang diajarkan kepada anak murid saya nanti akan mengundang kefahaman yang lebih jelas dalam bab Fiqh yang saya pelajari selama ini.Insya-Allah setelah kembali ke tanah air dari Jordan,saya akan mengajar murid sekolah dalam subjek Fiqh.
Meskipun ilmu yang diajar(silibus) adalah sama setiap tahun,saya tidak akan jemu demi menjaga kemaslahatan ummah.Saya juga akan menyertai muzakarah atau perbincangan mengenai masalah Fiqh dengan para ilmuwan.Sebelum usia melewati 30-an,saya akan berkahwin.Saya juga berhasrat untuk menjadi pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia di bahagian FIFA (Fiqh dan Fatwa) di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang.Moga ilmu yang dicurahkan sentiasa mengalir dalam diri pelajar saya dan mereka mengamalkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka.Mudah-mudahan ia menjadi kenyataanSekian.
Alhamdulillah..
Cukup hebat mereka menterjemahkan perancangan mereka satu persatu apabila disoal oeh guru mereka.
Mereka mempunyai idea yang kreatif serta tidak hanya memikirkan diri sendiri.
Cita-cita yang menggunung itu,mudah-mudahan dapat direalisasikan dengan baik.
Akan tetapi,mari kita melihat similarities (persamaan) antara ketiga-tiga murid tersebut.
Selepas SPM,bekerja untuk mendapat pengalaman serta pekerjaan tersebut berkait rapat dengan cita-cita mereka.
Kemudian,meanjutkan pelajaran masing-masing ke luar negara.
Yang terakhir,berkahwin seterusnya bekerja di bawah agensi tertentu dan juga membuka perusahaan sendiri.
Seperkara lagi yang tertinggal oleh murid-murid tersebut dalam menongkah arus kehidupan.
Bilakah mereka semua akan mengerjakan haji yakni merupakan salah satu daripada rukun Islam ?
Pada tahun berapakah mereka akan berangkat ke tanah suci ?
Adakah betul-betul di penghujung nyawa,baru mereka memikirkan hal tersebut sedangkan mereka mampu lakukannya pada usia muda ?
Atau mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ibadah Haji ?
Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran ana sewaktu mendenngar tentang perancangan sahabat-sahabat ana ketika berbual-bual dengan mereka.
Ana berdoa mudah-mudahan antum semua tidak melupakan kewajipan ini.
Bagi yang belum ada akaun Tabung Haji,wujudkanlah ya.
Sematkanlah di dada kita untuk menyempurnakan kelima-lima rukun Islam dengan baik.
Tak salah kita menabung di Tabung Haji walaupun sedikit.
'Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit'
Ingatlah,alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak sempat mengerjakan ibadah Haji sepanjang hidup biarpun mempunyai kesempatan dan kemampuan.
Tambahan pula, ana seringkali mendengar orang yang sudah tua mengatakan :
''Harap-harap meninggal di sana''
Masya-Allah...
Riwayat: (Muslim)
Kategori: Akidah
Hadith: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami semua serta bersabda. Wahai manusia sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kamu ibadat haji. Maka hendaklah kamu semua mengerjakannya. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya, Adakah wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?. Baginda hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, sehingga lelaki itu bertanya tiga kali, Rasulullah s.a.w. bersabda, Jika aku menjawab ya, Ibadat haji akan menjadi wajib pada setiap tahun, tentu kamu semua tidak terdaya mengerjakannya. Seterusnya baginda bersabda, Janganlah bertanya lagi kepadaku tentang perkara ini, apa sahaja yang aku tidak menyebutnya maka tinggalkan sahaja. Sesungguhnya orang yang sebelum kamu itu menjadi rosak disebabkan terlalu banyak mengemukakan pertanyaan mereka, kemudian mereka menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Oleh yang demikian apabila aku memerintahkan kepada kamu semua dengan sesuatu perkara, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan kamu. Sebaliknya jika aku melarang kamu semua dari melakukan sesuatu perkara itu hendaklah kamu tinggalkan.
Huraian Hadith:
1. Ibadat Haji adalah merupakan rukun Islam yang kelima. Maka adalah menjadi kewajiban kepada semua umat Islam untuk mengerjakannya, jika sudah memenuhi dan mencukupi semua syarat-syaratnya.
2. Allah S.W.T sekali-kali tidak memberatkan hambanya di dalam mengerjakan ibadat yang wajib atau pun sunat kerana setiap hukum yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan juga hadith adalah berdasarkan kemampuan seseorang hamba itu sendiri.
3. Islam melarang kita mempersoalkan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti perkara yang wajib, sunat, makruh, harus, haram dan sebagainya kerana semakin banyak pertanyaan yang timbul maka akan menyebabkan banyak kesusahan dan kesulitan yang berlaku sehingga kadangkala berlaku perkara saling menyalahkan orang lain.
4. Islam mengajar umatnya supaya mentaati pemimpin-pemimpin mereka selagi mereka tidak menyuruh melakukan perkara-perkara maksiat serta melanggar perintah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.
[sumber hadith:JAKIM]
Pada zaman ini,orang kaya dan yang berkemampuan tidak mengambil peluang yang ada.
Alhamdulillah...perdana menteri Malaysia yang ke-6 sedang mengerjakan haji di Baitullah ketika ini.
Walaupun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab ke atas negara,namun pemimpin ini telah menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya.
Akhir kata,ana berharap kesedaran antum tentang rukun Islam yang kelima meningkat dan ana mendoakan semoga antum dipilih menjadi tetamu Allah sebelum tiba ajal masing-masing.
Sekian,wallahua'lam.
(= Selamat Hari Raya Aidiladha =)