Bismillahirrahmanirrahim..
Pada hari ini ana ingin kongsikan sebuah cerita yang dikatakan benar-benar terjadi. wallahu'alam.
Pada suatu malam, gadis ini dalam perjalanan balik ke rumah
dari tempat kerjanya. Kebetulan dia telah tersilap dengan melalui jalan yang
singkat untuk pulang di atas sebab-sebab tertentu. Laluan yang pilih itu pula
agak tersorok dan kebetulan, tidak ramai orang yang lalu lalang pada masa itu.
Kerana malam yang lewat dan keadaan yang sunyi, laluan itu
agak gelap dan keadaannya agak menyeramkan. Ini membuatkan gadis itu agak
gelisah dan berasa takut kerana berjalan sendirian.
Tiba-tiba gadis itu ternampak ada seorang lelaki kulit putih
berbangsa Amerika sedang bersandar di dinding di tepi lorong itu. Gadis itu
menjadi semakin takut dan berasa tidak sedap hati. Tetapi, apa yang boleh
dilakukan hanyalah berdoa kepada Allah, memohon keselamatan atas dirinya. Gadis
itu pun berdoa dan membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah swt
membantunya di saat itu.
Semasa melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat
menoleh dan sempat mengecam wajah lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak
endah dan gadis itu selamat sampai ke rumahnya.
Keesokkan paginya, gadis itu terbaca dalam akhbar tempatan
Amerika berkenaan seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang
tidak dikenali di kawasan yang dilaluinya semalam. Masa kejadian pula hanya 10
minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Seteleh menatap wajah perogol yang
dipaparkan, gadis itu yakin bahawa perogol tersebut adalah lelaki kulit putih
yang dijumpainya semalam.
Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat
aduan. Gadis itu dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas
siasatan dilakukan, pihak polis juga mendapat bukti bahawa lelaki tersebut
adalah perogol bersiri yang amat dikehendaki.
Namun, gadis itu berasa amat hairan kerana perogol itu tidak
menjadikannya mangsa. Padahal dia keseorangan pada masa itu dan sebaliknya
perogol itu memilih perempuan yang lalu selepas dia. Gadis itu ingin sangat
mengetahui akan sebabnya. Oleh itu, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap
dengan perogol tadi sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain.
Dia pun bertanya kepada perogol itu :
Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m
alone ?
Mengapa kamu tidak rogol atau melakukan apa-apa terhadap saya pada malam
tersebut sedangkan kamu tahu saya sedang berjalan bersendirian ?
Perogol tu menjawab :
No, you are not alone ! That night I saw two young men walking with you.
One on your right side and the other one was by your left side.
If you were alone of course you will be my victim
Tidak, kamu tidak bersendirian. Malam itu saya nampak dua lelaki muda berjalan
bersama kamu. Seorang di sebelah kanan dan seorang lagi di sebelah kiri kamu.
Jika bersendirian sudah tentu kamu yang akan menjadi mangsa saya kerana kamu
yang saya jumpai lebih dahulu.
____________________________________________________________________
Masya-Allah betapa kasihnya Allah kepada hambaNYA. Peristiwa ini juga memberitahu kita akan kelebihan membaca ayat Kursi.