if u like this blog.just click

Saturday, February 11, 2012

Jom Buat Blog !


السلام عليكم

memandangkan ramai di kalngan kawan-kawan ana yang ingin membina sebuah blog,
so,terciptalah entri tidak seberapa ini.hehe..
Blog ?
Ada banyak domain untuk blog seperti contoh,
blogspot.com
wordpress.com
dan banyak lagi.
Post/Entri ?
Yang antum baca ini adalah sebuah post/entri di blog ana.
Entri ini menerangkan tentang cara nak 'create' sebuah blog.
First of all,
search blogger.com


and then,click on 'create a blog'.


after that,click on get started.


next,fill up in the blanks with your own informations.
for example,


so,if you confirm with the information,click on continue.


fill up your desire blog title and blog address(URL).


and then,click on continue.
please choose which one you like more.
in my opinion,choose the simple one..keyh..


dah pilih,
click on continue.


alhamdulillah..blog antum sudah pun siap.
kliklah 'start blogging'.
buat entri pertama antum di blog antum sendiri.
seperti contoh:-


selepas itu,sila klik preview untuk melihat entri yang ingin dipos kan terlebih dahulu sebelum ianya di'publish' kan.


so,apabila antum da puashati dengan entri berkenaan,klik la publish post.
then,siaplah entri pertama antum.


akhirnya,


jikalau antum ingin mengubah design blog sedia ada,sila klik design.


klik customize .


selamat 'explore' design blog yang menarik untuk tatapan pembaca blog antum.
di blogger template designer ini,antum boleh memilih template yang antum berkenan,mengubah bentuk 'font' dan saiznya,menukar background dan sebagainya.


Akhir kalam,binalah sebuah blog yang berlandaskan syariat Islam.
Sebarkan berita yang sahih,tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan info yang bermanfaat.
Dan jangan terlalu asyik meluahkan perasaan di blog antum ye.

Sekian,wallahua'alam..



Wednesday, February 8, 2012

Secebis Memori Di Bumi Waqafan


....ألسلام عليكم
Alhamdulillah...
Bersua kembali dalam blog ini..
Now,I will story about my experience at 'Bumi Waqafan'.
Bumi Waqafan ?
Tak pernah dengar pun.
Hah !ni yang nak cite ni !
hahaha..
Nampak tak,gambar di atas ?
Inilah 'Bumi Waqafan'.
Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS) mempunyai sejarah tersendiri apabila digelar 'Bumi Waqafan'.
*SIS(Sekolah Izzuddin Shah) = Bumi Barakah.

Pada 13 Jun yang lalu,ana telah mendaftar sebagai pelajar Tingkatan 6 Bawah di KISAS.
Ana ditemani ibu bapa tercinta.

Pada jam 4.30 pagi,ibu mengejutkan ana supaya mempersiapkan diri ke Klang.

 Kami bertolak dari rumah pukul 5.00 pagi.
Kami solat Subuh di pertengahan jalan.
Alhamdulillah...
Kami selamat sampai di KISAS pada jam 7.30 pagi walaupun pendaftaran sebenarnya bermula pada 8.00 pagi.
So,dah terlebih awal..
Kami pekene sarapan di kantin sekolah.
Ada la seorang ustaz(ustaz Lah) nih,
''Muka macam pernah nampak,tapi di mana ye ?''
Lantas aku menjawab,''ooo..itulah namanya pelanduk dua serupa,ustaz''.
hehehe..
ermm..selepas itu,kami ke C.O.E untuk sesi pendaftaran.
''Aman,apa itu C.O.E ?
nanti ana cerita pe benda C.O.E uh.

Setelah selesai mendaftar apa yang patut,kami dibawa ke Dewan Ulul Albab bagi sesi taklimat bersama Tuan Pengetua KISAS,Tuan Haji Abdullah Bin Jusoh,

Kata-kata semangat yang dilontarkan telah membulatkan  tekad pelajar Tingkatan 6 Rendah untuk terus menggapai kejayaan.
Antara pesan beliau ialah ''Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian...Bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian...''.

Seterusnya,kami dibawa ke asrama putera di seberang jalan.

Ibubapa diminta meninggalkan anak-anak mereka setelah berkemas-kemas di asrama.
Ana menghuni di blok Thariq(warna hijau).

Maka,bermulalah program minggu jalinan kasih pada malam hari di Bilik Tayangan Utama(BTU).

Program ini berlangsung selama seminggu sahaja.
Antara kandungan program tersebut ialah pengenalan sejarah sekolah,sistem rumah,pengenalan infrastrukutur yang terdapat di KISAS dan sesi taaruf bersama pelajar tingkatan 4 dan 5 di Surau Ali.

Pada setiap pagi,kami(f6 sahaja) berhimpun di Dar Warisatul Anbiya' sebelum ke kelas kecuali hari Jumaat.

Pada hari Jumaat,kami berkumpul di Centre Of Excellence(C.O.E).

Yang menjadikan pelajar lelaki di sini kuat ialah mereka akan menggunakan jejantas merah a.k.a Red Flyover

Ke kelas,ke padang,ke dewan,ke kantin,ke KSK...
Untuk ke semua tempat di atas perlu melalui Red Flyover.hehehe..

Ustaz Abdullah,Penolong Kanan Tingkatan 6 ada mengajar kami menyanyikan lagu sekolah.
Bait-bait lagu tersebut adalah seperti berikut...

DENGAN KURNIA ALLAH YANG ESA

KOLEJ ISLAM TEGAK PERKASA

MEMENUHI HASRAT NAN BANGSA

TINGGI PENGAJIAN AGAMA

BERSENDIKAN ILMU DAN IMAN

MELAHIRKAN MANUSIA TAQWA

PENUH NILAI BUDI BAHASA

BENTUK MORAL FAHAM DUNIA

DI KALA ZAMAN PANCAROBA

KOLEJ ISLAM TERUS BERJASA

MEMBENTUK PERIBADI MULIA

BERKHIDMAT PADA NUSA DAN BANGSA

Dan akhirnya,sebelum ana keluar,ana sempat snap gambar bersama rakan-rakan f6 yang lain..

Kepada lower 6 KISAS 2011/upper 6 2012,selamat belajar ana ucapkan dan semoga kita semua berjaya di dunia dan di akhirat.
Sekian,wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...