if u like this blog.just click

Thursday, April 28, 2011

khutbah : ''Kudrat Dituntut'' (29 April 2011/25 Jamadil Awwal 1432H)



Muslimin yang di Rahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang dikasihi sekalian, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa serta melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kehidupan kita diberkati di dunia dan di akhirat. Tajuk khutbah Jumaat pada hari ini ialah: “KUDRAT DITUNTUT”.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Pada 1 Mei setiap tahun kita akan menyambut Hari Pekerja atau Hari Buruh. Hari yang memperingati tentang kejayaan ekonomi dan sosial bagi golongan pekerja. Seorang pekerja ataupun buruh ialah mereka yang bekerja dengan menerima upah atau ganjaran dalam pelbagai bentuk, sama ada ganjaran itu tinggi atau rendah, berpangkat atau tidak, hakikatnya kita semua adalah pekerja. Kita bekerja berdasarkan matlamat yang sangat penting iaitu membawa perubahan daripada negatif kepada positif, lemah kepada kuat, mundur kepada maju dan terbaik kepada cemerlang.
Justeru, kudrat pekerja dituntut demi menjamin kecemerlangan dan kemajuan sesebuah negara di masa depan. Persoalan besar timbul ialah bagaimanakah cara kita untuk membawa perubahan menuju kecemerlangan ini?.Mimbar ingin menegaskan bahawa kecemerlangan tidak akan datang bergolek tanpa usaha yang gigih, tidak datang melayang tanpa tekad dan azam yang kuat. kecemerlangan seluruh warga pekerja memerlukan cara tersendiri untuk mencapainya. Selari dengan ajaran Islam, Allah SWT telah menegur umat manusia supaya berani membuat perubahan dalam semua aspek kehidupan. Sikap ini dikenalpasti memajukan lagi prestasi dan kualiti keinsanan seseorang. Firman Allah SWT dalam surah ar-Ra’d ayat 11:

Maksudnya:Bagi setiap seorang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakangnya, yang menjaganya dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung bagi mereka selain daripada-Nya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Kecemerlangan sesebuah organisasi terletak pada aset utamanya iaitu modal insan,  modal insan mestilah berilmu, memiliki kemahiran yang bersesuaian dan berfikiran strategik supaya sentiasa relevan dengan peredaran masa dan perubahan persekitaran. Perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan adalah salah satu petanda positif. Pekerja mesti memiliki kemahiran yang bersesuaian bagi menghadapi cabaran semasa, tenaga kerja yang releven adalah satu daripada cabaran terbesar yang dihadapi oleh perkhidmatan masa kini.
Sebagaimana yang dimaklumkan bahawa tahap prestasi pekerja di negara ini amat membanggakan dan menuju sasaran ke sepuluh terbaik di dunia, namun penambahbaikan dari semasa ke semasa amatlah perlu bagi memperbaiki segala kelemahan yang dikenal pasti bagi mengekalkan kecemerlangan. Sebagai pekerja muslim kita mestilah menerapkan nilai-nilai Islam dalam pekerjaan seperti bersifat jujur, amanah, taat, tekun, dedikasi, bijak dan lain-lain lagi. Kita juga mestilah mempunyai tekad dan keazaman bagi menghadapi hari esok dengan lebih baik dari hari ini. Islam sentiasa mendorong, memberi motivasi dan menganjurkan umatnya bekerja, berusaha dan beriktiar dengan penuh ketekunan bagi mencapai kesejahteraan dan kegemilangan dalam kehidupan seharian. Ingatlah bahawa perubahan menuju hasanah (kebaikan) bermula dari dalam diri setiap individu. Para pekerja yang kurang berkemahiran perlulah mempertingkatkan keupayaan mereka. Jika tidak, mungkin ada di kalangan mereka yang kurang berkemahiran ini tidak lagi diperlukan dalam perkhidmatan.
Sebagai pekerja kita juga mesti berusaha seberapa daya untuk memberi sumbangan kepada kemajuan negara dan kesejahteraan masyarakat, kita mestilah memainkan peranan sebagai rakan  dalam mencapai kesejahteran bukan beban yang menyusahkan orang lain. Tingkatkan kemahiran, tambahkan pengetahuan hanya dengan cara inilah kita mampu untuk melaksanakan tugas sebenar sebagai khalifah di muka bumi ini. Allah SWT telah menetapkan dalam sunnah kehidupan bahawa kejayaan itu adalah hasil daripada kerja tekun dan dedikasi. Inilah antara maksud jihad yang dituntut oleh Islam. Hadith Rasulullah SAW  yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi:

Mafhumnya: Sesungguhnya Allah azza wajalla sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, apabila melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.

          Umumnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan, penghayatan dan pengamalan ilmunya serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang.  Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah sebagaimana firman Allah SWT  dalam surah al-Kahfi ayat 103-105:

Maksudnya: Katakanlah: Mahukah kami khabarkan kepada kamu akan orang yang rugi amal-amal perbuatannya?. Orang yang sia-sia usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul pada apa yang mereka lakukan. Merekalah orang yang ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan pertemuan dengan-Nya; maka gugurlah amal-amal mereka; maka Kami tidak akan memberi timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari Kiamat kelak.

Berdasarkan maksud ayat ini dapat difahami ‘mereka yang rugi’ itu termasuklah mereka yang tidak amanah. Sifat amanah adalah pakaian khalifah Allah SWT. Sebagai khalifah kita bertanggungjawab mengurus alam dan segala isinya supaya manfaat dan keberkatannya dapat dinikmati. Justeru, bagi memakmurkannya kualiti pengurusan dalam pelbagai aspek kehidupan sangat diperlukan. Kualiti tersebut adalah tuntutan bekerja secara profesional melalui perancangan yang strategik dari sudut masa, wang dan tenaga yang kesemuanya berteraskan nilai-nilai amanah dan integriti. Rasulullah SAW adalah contoh seorang pekerja dan pengurus yang unggul berkeperibadian tinggi yang sentiasa berusaha melakukan perubahan untuk maju dalam sektor pekerjaan.
Mimbar ingin mengingatkan bahawa sebagai individu yang menjadi warga kepada organisasi kita tidak dapat lari daripada menerima kesan perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran.Ingatlah bahawa bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi perlulah terlebih dahulu melakukan perubahan kearah kecemerlangan.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Mimbar mengajak saudara dan jemaah sekalian, marilah kita muhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini?. Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, organisasi, negara dan kepentingan agama kita?. Kita sebagai pekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang, bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai.

Sekali lagi mimbar menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya golongan pekerja, bersempena Hari Pekerja 2011 yang bertemakan: Pekerja Merealisasikan Tranformasi Negara, marilah sama-sama kita menanam tekad dan azam menghayati tujuan bekerja menurut Islam. Tingkatkan usaha ke arah yang terbaik, sentiasa memperbaiki prestasi kerja, berusaha melaksanakan pelbagai tugas, mempunyai sifat-sifat positif terhadap diri dan pandangan pihak lain, bersedia menerima teguran, saling menghormati dan bertolak ansur dan akhirnya peka kepada kehendak pelanggan serta perubahan persekitaran. Mudah-mudahan dengan cara ini segala kerja dan usaha kita diberkati dan diredai oleh Allah SWT. Mengakhiri khutbah pada minggu ini marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 105:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah SWT. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah SWT. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.”

Wednesday, April 27, 2011

~WoW PmGk~


Rangkap 1
'' Kita bertemu di hari ini,
Di perkampungan menara gading,
Kita menjadi saksi
Berhimpunnya anak-anak negeri,
Membawa bersama harapan ibu bapa,
Mencari secebis ilmu,
Buat bekalan di dada,
Dalam mencari keredhaanNya......''



Demikianlah serangkap bait-bait lagu tema Perkampungan Menara Gading samada negeri mahupun kebangsaan.
Lagu yang membakar semangat kami semasa berada di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sepanjang 2  hari 3 malam.

Nak pi ka tak?
Bermulanya al-kisah pmgk sejak aku di 'invite' oleh Syahmi Zaki melalui sebuah event di facebook.

Semenjak itu,awok dok pikior je..nak gi ke,taknak...
Ermm...setelah berdoa memohon petunjuk Ilahi,hatiku berniat untuk hadir ke PMGk..2011..
Dalam hati berbolak-balik bila hendak minta izin daripada my parents,
tetiba dapat mesej jemputan ke pmgk oleh saudara amirul mukminin.

Semakin hari,semakin ramai kawan aku yang tidak berhenti mengajukan soalan adakah aku pergi pmgk atau tidak..
Atas galakan abang dan kakak fasilatator pmg kpip dan ajakan halim serta fadhil,aku pun decide untuk pergi..

Confirmation
Aku pun kompem nama kat kak Siti.
Dapat la sepucuk emel tentang pmgk.
Wow,kene bawa payung?!!
Uish..tak pernah pikir nak bawa...ha3..

Yeah!Ayah aku da bagi lampu hijau untuk menjadi peserta PMGK 2011..
Dipendekkan cerita,budak perak berkumpul di Sekolah Izzuddin Shah pada 22/4/2011..
setelah selesai solat jumaat..
Kami bertolak pada jam 3.15 petang..
Dalam perjalanan pergi,kami singgah solat Asar di hentian jejantas sungai buloh.

International Islamic University of Malaysia

Dan,kami selamat tiba di UIA pukul 8.30 malam..

Eh,nak daftar dulu ke,solat dulu?
Sesampainya di sana,kami berjalan menembusi bangunan rektor untuk ke masjid.
Kami berpegang kepada prinsip,
''Allah diutamakan,Solat didahulukan"
Walaupun tidak mendaftar dan makan lagi,solat lagi penting,betul tak?


Wow,lawanya..masjid UIA!!
''Indahnya pemandangan di UIA di waktu malam'',getus hatiku..
Maklumlah,pertama kali menjejakkan kaki ke Garden of Knowledge and Virtue.


Setelah itu,rombongan wakil peserta KPIP terus ke Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws.
''Abang fesi,kami tak makan lagi''
''Tidak mengapa,masuk dulu okeyh!VIP dah sampai!!''
Dengan perut yang lapar gila tuh,kami pun masuklah ke dalam moot court.
Baru PMGk,belum berperang lagi...
Tahannya je la lapar tu..
huhuhu..


Syarahan 50 Tokoh : Menara Gading Titik Permulaan


Masuk je,wow!!
Ramai gile..
Penuh seat..tapi,seat depan macam biasa..takkan penuh..hahaha..
Tengok tu,sebelah yassin,tak penuh kan?
Program PmGk selamat dirasmikan oleh Presiden PKPIM,Saudara Faisal b. Abdul Aziz..
Kemudian,kami dihidangkan dengan kuliah 1 oleh Dr.Asyraf Wajdi,mantan presiden PKPIM..
Dr. telah menyatakan bahawa peserta pmgk yang mengambil kos ekonomi syariah,muamalat dan perakaunan
amat 'laku' apabila mereka sudah grade kelak..
Beliau yang juga calon barisan nasional bagi parlimen Tumpat,Kelantan..berkata : Tidak semestinya pelajar yang bergiat aktif dalam persatuan tidak cemerlang..


Angah
Para peserta PmGk diminta tunggu sebentar selepas Dr.Asyraf Wajdi selesai memberikan ceramahnya..
Kami akan dibahagikan mengikut company universiti terkenal seperti Unversiti Al-Bait,Jordan..Unviersiti Oxford...Universiti Harvard.. dan Universiti Al-Azhar,Mesir..

Dalam company tu pulak,dibahagikan lagi kumpulan mengikut nama kos.
Aku dapat Universiti Al-Bait,Jordan..yang diketuai oleh
Tu dia..dekan Universiti Al-Bait,Jordan..!!

Aku terpilih untuk menjadi ahli kumpulan kos Bahasa Dan Kesusateraan...
Pensyarahnya ialah Akhi Adib & Ukhti Yati.
Dalam group,aku diberi gelaran angah..huhuhu..macam tak biasala..yela..sebab aku bukan anak kedua..tetiba jadi angah..ha3..bak kata Ukhti Yati,kita kan satu 'family'..

Mahallah Siddiq
Huish..perut dah berkeroncong..bila la nak makan nih..
Nasib baik 'kaklong' tolong ambilkan makanan...
Dapatlah aku menjamah sikit..yela..kat atas bas tadi,asyik usha jep deme(bdk gurl) makan!!
Deme bukan nak bagi sikit..kedekut tol..

Dah habis makan,siapa yang tak mendaftar sila ke bilik laws association..
Ada la nama beberapa sahabat aku yang tidak dapat hadir bersama...
Fawwaz Farid,Muiz Hakim,Adam Samat dan Imran Syazani..
Deme maybe ada hal..
Kaum Adam menghuni di Mahallah Siddiq..
Aku sebilik dengan halim,fadhil, dan yassin..

Usha jam...wow..kol 2.30 pagi dah..
Tanpa berlengah,kami pun segera tidur..
------------------------------------------2nd Day--------------------------------------------
Setelah menyarung jersi perak,aku pun melangkah pergi menuju ke masjid UIA...untuk solat Subuh..
Lepas Subuh,kami bergerak ke Library..untuk beriadah.
''Dub li du...du li dub...dab du li du..''
hahaha..pening aku wat senaman uh..

Pendidikan Al-Hikmah
Haiya..perut manyak lapar ow..
Kami pun bersarapan dengan bihun goreng agak pedas dan secawan teh..
Ada adegan suap-menyuap antara fesi dan peserta pmgk..
wow..!!
Bertambah eratlah hubungan kami..
Tertulis pada tentatif...kuliah oleh Dato' Dr. Siddiq Fadzil yang bertajuk Pendidikan Al-Hikmah..
Beliau sebenarnya tidak dapat hadir tetapi digantikan oleh Ustaz Nasir...
Ustaz Nasir menekankan bahawa ibubapa sangat penting dalam Pendidikan Al-Hikmah
Beliau juga menyatakan pelajar perlu pandai memilih kawan..

Road To Wisdom Air
Lepas melantak kudapan yang ada...
Kami diminta menghasilkan sebuah sungai jadian dengan bahan yang diberikan dan bahan semulajadi..
Wow!gimana caranya donk?
Sungai tersebut mestilah bertingkat..
Air boleh mengalir..
Lihat ajalah foto di bawah!
Amboi..masing-masing tak pandang kamera...
Khusyuk buat 'sungai'..
Tapi,ce tengok gambo kat tengah tuh..sempat lagi ber'posing'..
bhahahaha..
Inilah hasilnya..
Ni group ak punye..yang atas..
Ce tgk bawah nih..tu dia..muiin punya sungai..

Setelah diuji air sungai jadian tersebut..
Fesi masing-masing menerangkan tentang apa yang dapat kita lihat melalui sungai yang kami buat.
Sungai yang sentiasa mengalir ibarat ilmu yang begitu banyak..
'Sungai' yang bocor bermakna..ilmu yang kita pelajari...kita biarkan begitu sahaja..tidak mengamalkan sepenuhnya..
Sungai yang mengalir berperingak-peringkat pula bermaksud kita dapat ilmu ni daripada Allah..
Allah menurunkannya kepada para nabi dan rasul...kemudian turun kepada golongan ulama'..
-Al-ulama'u warisatul anbiya'-
Ilmu tersebut seterusnya turun kepada para guru sehinggalah kepada kita sendiri..
Betul tak,Ukhti Yati & Akhi Adib?

Assignment HBB Production
Selesai sahaja makan tengahari dan solat berjemaah,kami diminta pula membuat assignment..
Wow!gaya macam da masuk u...
Tapi,HBB tu apa ea?
oooo...HBB tu..
Hidup Biar Berjasa...motto PKPIM..
Kumpulan aku dapat task sajak..
agak senang..huhu..
Sungguh concentrate kami berfikir untuk menjawab soalan yang diberikan melalui sajak..
sampai kameraman datang pun,buat taktau..baguslah..
Fotografer ibarat cabaran luaran yang sentiasa menarik perhatian mahasiswa..
Kan,Akhi Mukmin kan?

*buat fotografer di luar sana..jangan terasa ye..*

Maka siaplah untuk dideklamasikan sajak tersebut..
Kami semua berkumpul mengikut company universiti..
Pelbagai ragam semasa present..
Yang cium pembesar suara pun ada..
bhahaha..
Yang ini wartawan dengan orang awam..tajuk pasal durian..

Riadhah Bermodul
Sesiapa yang tidak solat Asar lagi,boleh pergi ke masjid..sementara yang sudah jama' boleh tunggu di dewan.
Kali ini,Universiti Jordan bergabung dengan Universiti Al-Azhar..manakala Universiti Harvard bergabung dengan Universiti Oxford..
Setiap seorang diberikan sehelai suratkhabar.
Aik?..nak wat apa ni?
Kena baca paper ke?
Ouh,bukanlah...
Kami diminta menjadikan 2 baris lelaki & 2 baris perempuan.
Setiap orang dikehendaki menggunakan paper yang telah diberikan untuk memberi laluan kepada beberapa biji pingpong di atas paper tersebut..Susah jugak la nak explain kat korang..
Hah..macam itulah..aktiviti yang kami lakukan..
Jangan biarkan bola pingpong tersebut jatuh..
Kalau jatuh,ulang balik...
Sememangnya,kerjasama amat penting antara satu sama lain...
Apa yang penting??
..........

Travelog Mahasiswa Seantero : ''Mahasiswa dan Masyarakat Global''
''Bagaimanakah jurusan anda(bahasa & kesusateraan) dapat mengubah diri anda dan menyumbang kepada masyarakat dan negara?
wow!mantap gila soalan..yang diberikan..
Setiap kumpulan diberi masa 15 minit untuk mengumpul idea bagi menjawab soalan tersebut..dan dipersembahkan kepada kumpulan lain dari company yang sama.
Malangnya,masa cukup-cukup mencemburui kami..
Hanya 2 kump. bagi universiti jordan yang dapat present...
Kemudian,dekan Universiti Jordan menerangkan bahawa mahasiswa perlu berperanan dalam masyarakat..
Seperti motto PKPIM,Hidup Biar Berjasa!!

Uish..bagus gile fesi universiti jordan nih..
Deme ajar kami buat trademark jordan..
Cayalah..!!
''Al-Bait...Jordan!!
Kita cuak ke?
Tak cuak2x..
Kita takut ke?
Tak takut2x...
Kita gentar ke?
Tak gentar2x...
Gegar-gegarkan gegar..''

Majlis Penutup PMGk 2011
Sungguh khusyuk kami berqiamullail sehingga ada yang tersengguk-sengguk..
bhahaha..
Seterusnya..kami berpecah mengikut group masing-masing buat kali terakhir..
Macam-macam nasihat yang fesi bagi kepada kami..
Tolong ibubapa di rumah..
Jangan selalu online fb..dan sebagainya..
Kump. aku,sempat lagi main satu permainan yang best gak lah..
''Pindahkan tempat...
telur kecil ini...
pindahkan ia...ke sana ke sini..
Si betina bertelur namanya...
telur..telur..telur..telur..."
Permainan ini menguji kepantasan & kecekapan tangan kami..
hihihi..

Kami diminta balik ke mahallah bagi persiapan kendiri..dan mengemas beg..
Kali ini,kami dipecahkan mengikut negeri..
Untuk membincangkan reunion di negeri PMG masing-masing.
KPIP.

Setelah 30 minit,kami kembali ke dewan enggineering.
Untuk information korang,kuliiyah ni paling jauh sekali.
Bersabar..la ye..siapa yang ambil atau akan ke UIA dalam bidang engineering..

Sementara menunggu VIP datang,kami disajikan dengan tepuk-tepuk tenggiling..
bhahahaha~~
yang ni paling aku ingat di PMGK nih..
lawak sangat!!
Yang punya idea nih,akhi eddy(baju hijau)..
Macam-macam tepuk,kami belajar daripada akhi eddy..
Tepuk-tepuk Gardenia...
Tepuk-tepuk Menyampah...
DLL...
Majlis penutup telah dirasmikan oleh setiausaha potilik PM kita,
Dato' Seri Najib Razak..
Beliau berkata jangan sertai persatuan semata-mata inginkan jam kredit..
Beliau juga telah mencipta satu formula buat mahasiswa...
dan khas untuk peserta PMGk..
iaitu PKPIM...
Terima kasih...

Akhirnya,kami sudah grade..yeah..selepas 3 hari 2 malam..
Graduan PMGk..
Insya-Allah kita semua akan berjumpa lagi di lain masa..okeyh..
Hayatilah rangkap ke-2..
''Kita kan bertemu lagi,
Tika melangkah ke menara gading,
Pertemuan pertama kali,
Berteraskan keimanan,
Membuahkan persaudaraan,
Itulah ikatan hati...'' 

Video yang akan meningatkan kembali memori kita di UIA..
*silent playlist di bawah dulu yerk*
Tak sangka PMGk..masuk dalam paper...
Sebagai salah seorang peserta..aku turut merasa bangga..

Sekian,ini sahaja yang termampu daripada aku..
Wallahua'lam...


Tuesday, April 19, 2011

*--Saat Ditemuduga--*


Assalamualaikum..
Temuduga memang menduga kewibawaan sendiri..
Itulah yang boleh disimpulkan..
Hari ini,aku akan menceritakan sedikit pengalaman ketika ditemuduga.

Dup dap dup dap..

Fajar sidiq mula menunjukkan sinarnya..
Aku pun bingkas bangun setelah dikejutkan oleh ibuku..
Apa lagi,mandilah..
Lepas mandi,azan Subuh berkumandang dengan sungguh syahdu..
Maka,aku pun menunaikan solat fardhu Subuh..

''Berdoalah pada Allah agar kita dimatikan,dalam iman jua Islam dan juga kerahmatan-NYA..''

Aku menadah tangan berdoa ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan segala urusan..
ermm...my mom suruh breakfast..but,tak lalu nak makan..sebab pagi sangat..huhuhu..
Tepat pukul 7 pagi,aku melangkah pergi menuju ke medan bakti..
Ceh,macam pi berjihad lak..

Dalam kereta,aku menerima sepucuk mesej dari hakim..


Temaceh  eh,silap,
Terima kasih Hakim Radzuan..bagi semangat dan nasihat.
Perjalanan yang cukup singkat..1jam jep..
Dengan menaiki...
Setelah sampai di INTIM..
Aku pun tercari-cari di mana kaunter pendaftaran,
rupanya tak ada kaunter pendaftaran..
Kesemua calon temuduga diminta hadir ke bahagian dewan untuk ujian bertulis.

Sebelum test uh,
''Siapa yang saya sebut nama ini,sila angkat tangan macam saya ye!!''
Antara nama budak lepasan izzuddin yang disebut,
Muhammad Hamzi,
Muhammad Aiman,
Mohd Naim,
Muhammad Nor Aman,
Ahmad Fauzan,
Muhammad Asyraf,
Muhammad Fadhil,
Nur Muhammad Anas,
Yang hadir : aku,asyraf dan naim sahaja.
Yang lain ada hal.
Eh,anas pun ada..
Wah,sudah kurus dia..

''Anda diberi masa 20 minit bagi menjawab soalan tajwid dan bahasa arab..''
Budak pandai arab kompem kacang punye..

Lepas test,kami dibahagikan mengikut panel A,B,C,D...

Aku dapat panel C.

Hampir 1 jam setengah jugak la menunggu..
Maklumla,nama aku last sekali dalam senarai calon temuduga panel C.
Nasib baik ada Firdaus Mat Salleh(kawan lama),
teman aku sembang-sembang..
sebelum masuk..bilik..

Nampaknya,panel dah panggil aku da tu..

Panel: Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin,sila masuk...
Aku: Assalamualaikum...
Panel: Waalaikumussalam..sila duduk..
Aku: Terima kasih..ini saya punya borang..
Panel: Ouh,emm..

Soalan
1) Nak pergi Darul Quran ni,pilihan sendiri ke,pilihan ibubapa?
Aku: Pilhan sendiri,ada kawan(hamzi) suggest.
2) Pernah menyertai mana-mana pertandingan/ujian hafazan?
Aku: Tak.
3) Ada kena buli dengan adik-beradik?...di sekolah?
Aku: Tak.
4) Pernah kena pukul dengan ayah/ibu?
Aku: Kena rotan ada la..
5) Pernah kena tindakan disiplin di sekolah?
Aku: Ouh,tak pernah(ketawa kecil).
6) Ada minta mana-mana universiti?
Aku: USIM.
7) Kalau dapat DQ,nak pergi ke tak?
Aku: Dalam 70%..
8) UPU isi apa?
Aku: USIM.
9) Masuk sukan apa?
Aku: Takdak.
10) Masuk persatuan apa di sekolah dulu?
Aku: Persatuan Sejarah Dan Geografi.
11) Jawatan khas apa disandang di sekolah dulu?
Aku: Pembimbing Rakan Sebaya..

Soalan yang terkeluar dari tajuk..huhu..
12) Pernah nampak saya di sekolah?
Aku: Tak.
Panel: Saya jadi khatib,tak pernah nampak?
Aku: ooopss..Saya rabun..so, tak nampaklah..
13) Kenal Rif'at tak?
Aku : Kenal.
Panel: Yang main Takraw tu..
Aku: Aaah,dia main takraw.

Panel: Ouh,tak pernah masuk ujian hafazan kan?
Aku : Yup.
Panel : Buka Al-Quran,surah Al-'Imran..Hafal mukasurat yang pertama..
           Sejam lagi,datang balik..kol 12.55 ye..

Apa lagi,cari port nak hafal la..
Pergi masjid..

''Ala,aircond tak bukak lak..''
hmm..takpa lah..tak panas mana pun..

Dengan lafaz basmallah..aku pun mula menghafal dari satu ayat ke satu ayat..
tup...
Masa sudah cukup sejam..
Dah pukul 12.55 p.m..
alamak!!..bagaimanakah..??
Pergi je la ke panel tadi.

hmm...boleh la..hafal tadi..
Selepas habis tasmik,beliau menanyakan..
Panel : Ada facebook Rif'at?
Aku : Takde.
Panel : Kenapa tak add?..Saya ayahnya..
Aku : Ouh,nanti saya cari..ingatkan encik ni siapa tadi..
Panel : Nakal dia tu..
Aku : Emm..kat sekolah dulu,dia naqib..
Panel : Naqib tu apa?
Aku : Penasihat agama.
Panel : Ouh,dia sekarang kat UIA..ambil lughah..
Aku : Baguslah..baiklah encik..terima kasih..
Panel : Sama-sama..
Ayah Rif'at rupanya..ingatkan siapa tadi..hu3..
Fuhh..lega..
Alhamdulillah..selesai sudah..
Mudah-mudahan aku dapat..
Doakan aku ye..
Sekian,Wallahua'lam..



Wednesday, April 13, 2011

Interview ?? Adakah anda cuak ??


Assalamualaikum..bertemu lagi dalam post yang agak famous bagi budak lepasan spm 2010...

------------------------------------SITUASI 1----------------------------------

''Weyh,ko dapat jpa/maktab/mara/petronas/banknegara tak?''
''Ala,aku tak dapat la...nak buat macam mana..aku bukan pandai macam ko.''

------------------------------------SITUASI 2----------------------------------

''Adoyai,esok sudah nak temuduga...dah la tak ready lagi...camne ni ?''

*****

isk3..janganlah terlalu nervous dan risau sesangat.
Ingatlah,ini bukan S.P.M (Sijil Padang Mahsyar) yang sepatutnya lebih di cuakkan...

Tidak lulus/kandas temuduga,adakah beerti kita tiada masa hadapan?
Adakah kita akan ke neraka disebabkan gagal dalam temuduga?
Adakah kita sudah dianggap GAGAL?

Kita sebenarnya...kurang berjaya...bukannya GAGAL..keyh...
Bertimbun lagi peluang menunggu kita..
Janganlah putus asa keyh..


Bertimbun lagi peluang di hadapan..
Cuma terpulang kepada kita sama ada nak atau tak.
''Di mana ada kemahuan,di situ ada highway''

Pada kesempatan ini,aku ingin kongsikan tips-tips tentang temuduga...

Tidak kiralah untuk sambung belajar mahupun memohon pekerjaan.
_________________________________________________________________________


OBJEKTIF PENEMUDUGA


Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga


Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :


  1. Kebolehan berkomunikasi yang baik
  2. Mempunyai kelayakan yang relevan
  3. Bersemangat
  4. Berinisiatif
  5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
  6. Berwatakan Menarik

NILAIKAN DIRI ANDA

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga.

Anda perlu melihat diri anda dari segi
  1. Kelebihan diri sendiri
  2. Personaliti                                                                                                       
  3. Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
  4. Kekuatan dan kelemahan
  5. Persepsi
  6. Pengetahuan Am
  7. Pengalaman Kerja

Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.
TINGKAHLAKU DAN ADAB SEMASA TEMUDUGA


  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.                                                                                                    
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.


  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.





  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.





  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.





  • Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.




  • *KERJA*


  • Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.





  • Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.





  • Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.





  • Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.





  • Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.





  • Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.





  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.





  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.






  • KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

    Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

    Apa yang perlu anda lakukan adalah :
    1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
    2. Jawab dengan jelas dan lantang
    3. Kikiskan sifat ego anda
    4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
    5. Banyakkan senyuman
    6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
    7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

    Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

    ELAKKAN PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

    Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
    1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
    2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
    3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
    4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
    5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
    6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.
    Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda.
    _______________________________________________________________

    Selesai sudah...tips-tips untuk temuduga..
    Just untuk panduan korang..
    Don't nervous...banyakkan zikir,selawat..
    Insya-Allah akan tenang..
    Ikutlah keselasaan masing-masing..
    Jangan terlalu 'cover' sangat..keyh..

    Di bawah ini,ada link tentang pengalaman seorang pelajar Darul Quran ketika ditemuduga..
    Barangsiapa yang dapat interview DQ tu,jangan lupa baca link di bawah ini ya..

    http://everjihad.blogspot.com/2008/04/temuduga-darul-quran-jakim.html
    Aku doakan korang dapat apa yang korang inginkan..
    Sekian,wallahu'alam....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...