if u like this blog.just click

Showing posts with label .:aL-Maui'zzaH hAsanaH:.. Show all posts
Showing posts with label .:aL-Maui'zzaH hAsanaH:.. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

12 Senjata Menghalang Syaitan


Membaca Bismillah

Banyakkan berzikir

Baca doa

Bersugi

Melaksanakan solat jemaah

Berwudhuk sebelum tidur

Menutup aurat

Banyak berselawat pada hati

Bertaubat,beristighfar

Banyakkan baca Al-Quran

Membaca surah Yasin setiap pagi



Saturday, November 5, 2011

Jangan lupakan ia...


Assalamualaikum kepada semua pembaca dan blogger di luar sana.
Insya-Allah..hari ini,kita akan diperlihatkan suatu hal yang tenggelam timbul dari
pemikiran manusia.
Ketika menjelangnya Hari Raya Aidiladha,

umat Islam akan memandang
dan melihat umat Islam yang lain pergi menunaikan rukun Islam kelima yakni 
mengerjakan haji di Baitullah samada melalui televisyen mahupun realiti.

Tidak kira tua atau muda..miskin atau kaya...pada setiap tahun,kesemua jemaah Haji akan disenaraipendekkan dan dipilih menjadi tetamu Allah mengikut kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan haji.
Maka,dengan itu...bertuahlah kepada mereka(jemaah haji) kerana dapat menyempurnakan rukun Islam yang kelima tersebut sebelum ajal tiba.

Namun,ada suatu perkara yang ingin ana bicarakan.
Cuba kita flashback zaman silam kita mahupun sekarang.Fikirkan situasi ini :-

Pada suatu ketika di dalam kelas...
Seorang guru menanyakan kepada anak muridnya tentang perancangan hidup mereka dalam melayari bahtera  kehidupan kelak.

Kemudian,bangun si murid A.
Murid A mula berbicara mengenai perancangannya pada masa hadapan setelah tamat SPM.
Murid A : Perkara yang pertama saya lakukan selepas SPM ialah mencari pekerjaan part-time di mana-mana premis samada kedai top-up mahupun restoran bagi mengisi cuti 3 bulan yang ada.
Setelah mendapat result yang cemerlang,saya ingin melanjutkan pelajaran ke United Kingdom dalam kos Business Studies.Dijangka 5 tahun selepas itu,saya dapat segulung ijazah di universiti luar negara tersebut.
Sekembalinya ke Malaysia,saya ingin mencari pekerjaan tetap sebelum memasang niat untuk meminang anak dara orang.Setelah berkahwin,saya akan menstabilkan kedudukan kewangan saya bagi menampung kos sara hidup sekeuarga dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang seterusnya samada di universiti tempatan mahupun luarnegara.Sejurus menamatkan pelajaran,saya ingin membuka sebuah syarikat perniagaan yang berlandaskan syariah.

Saya juga akan work-hard untuk melebarkan empayar perniagaan saya di seluruh Malaysia kemudian ke luar negara.Semoga impian saya tercapai.Sekian.

Murid B : Cita-cita saya ialah ingin menjadi seorang doktor.Insya-Allah saya akan menjadi part-timer sebagai pembantu doktor di mana-mana farmasi ataupun klinik sebelum keluarnya result SPM.Hal ini membolehkan saya mendapat secebis pengalaman dalam bidang perubatan.Selepas keluarnya keputusan SPM,saya bercadang memohon scholarship bagi menampung kos pembelajaran saya di Mesir kelak.Saya akan berusaha bersungguh-sungguh demi menjadi seorang doktor dalam tempoh 7 tahun belajar.Saya pulang ke Malaysia berbekalkan ilmu kedoktoran penuh di dada beserta pentauliahan menjadi seorang doktor.

Setelah itu,saya ingin berkahwin terlebih dahulu memandangkan umur pun sudah limit bagi anak bujang.Kemudian,saya akan bekerja sebagai seorang doktor di mana-mana pusat perubatan seperti hospital dan klinik.Mungkin apabila saya kedudukan kewangan saya kukuh,saya mempunyai impian untuk membuka sendiri sebuah klinik bagi membantu orang ramai terutama di kawasan kampung.Saya akan mengenakan bayaran yang rendah dari klinik biasa.Saya juga akan membuka cawangan klinik di tempat lain dengan menggaji doktor-doktor muda bagi meneruskan usaha murni saya di klinik-klinik saya.Doakan ia berhasil.Sekian.

Murid C : Saya tidaklah mempunyai cita-cita dan perancangan hidup sehebat murid A dan murid B.Cuma saya ingin mendalami ilmu Usul Fiqh.Dalam pemikiran saya,tidak ada lain melainkan ingin membantu masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang kekurangan pakar ilmu Fiqh sehingga timbul banyaknya persoalan Fiqh yang tidak boleh dijawab ilmuwan Fiqh yang ada.Cuti tiga bulan ini,saya ingin mengisinya dengan bekerja sebagai Ustaz di sekolah rendah saya dahulu.'Ilmu yang dibahagi akan bertambah'.Sebelum menuntut ilmu Fiqh dengan lebih mendalam,semoga ilmu yang diajarkan kepada anak murid saya nanti akan mengundang kefahaman yang lebih jelas dalam bab Fiqh yang saya pelajari selama ini.Insya-Allah setelah kembali ke tanah air dari Jordan,saya akan mengajar murid sekolah dalam subjek Fiqh.

Meskipun ilmu yang diajar(silibus) adalah sama setiap tahun,saya tidak akan jemu demi menjaga kemaslahatan ummah.Saya juga akan menyertai muzakarah atau perbincangan mengenai masalah Fiqh dengan para ilmuwan.Sebelum usia melewati 30-an,saya akan berkahwin.Saya juga berhasrat untuk menjadi pensyarah di Universiti Sains Islam Malaysia di bahagian FIFA (Fiqh dan Fatwa) di bawah Fakulti Syariah dan Undang-undang.Moga ilmu yang dicurahkan sentiasa mengalir dalam diri pelajar saya dan mereka mengamalkan ilmu tersebut ke dalam kehidupan seharian mereka.Mudah-mudahan ia menjadi kenyataanSekian.

Alhamdulillah..
Cukup hebat mereka menterjemahkan perancangan mereka satu persatu apabila disoal oeh guru mereka.
Mereka mempunyai idea yang kreatif serta tidak hanya memikirkan diri sendiri.
Cita-cita yang menggunung itu,mudah-mudahan dapat direalisasikan dengan baik.

Akan tetapi,mari kita melihat similarities (persamaan) antara ketiga-tiga murid tersebut.
Selepas SPM,bekerja untuk mendapat pengalaman serta pekerjaan tersebut berkait rapat dengan cita-cita mereka.
Kemudian,meanjutkan pelajaran masing-masing ke luar negara.
Yang terakhir,berkahwin seterusnya bekerja di bawah agensi tertentu dan juga membuka perusahaan sendiri.

Seperkara lagi yang tertinggal oleh murid-murid tersebut dalam menongkah arus kehidupan.
Bilakah mereka semua akan mengerjakan haji yakni merupakan salah satu daripada rukun Islam ?
Pada tahun berapakah mereka akan berangkat ke tanah suci ?
Adakah betul-betul di penghujung nyawa,baru mereka memikirkan hal tersebut sedangkan mereka mampu lakukannya pada usia muda ?
Atau mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk melakukan ibadah Haji ?

Persoalan ini sentiasa bermain di fikiran ana sewaktu mendenngar tentang perancangan sahabat-sahabat ana ketika berbual-bual dengan mereka.
Ana berdoa mudah-mudahan antum semua tidak melupakan kewajipan ini.
Bagi yang belum ada akaun Tabung Haji,wujudkanlah ya.

Sematkanlah di dada kita untuk menyempurnakan kelima-lima rukun Islam dengan baik.
Tak salah kita menabung di Tabung Haji walaupun sedikit.
'Sikit-sikit,lama-lama jadi bukit'
Ingatlah,alangkah ruginya bagi sesiapa yang tidak sempat mengerjakan ibadah Haji sepanjang hidup biarpun mempunyai kesempatan dan kemampuan.
Tambahan pula, ana seringkali mendengar orang yang sudah tua mengatakan :
''Harap-harap meninggal di sana''
Masya-Allah...

Riwayat: (Muslim)
Kategori: Akidah
Hadith: Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. telah berkhutbah kepada kami semua serta bersabda. Wahai manusia sesungguhnya Allah S.W.T. mewajibkan ke atas kamu ibadat haji. Maka hendaklah kamu semua mengerjakannya. Tiba-tiba seorang lelaki bertanya, Adakah wajib ditunaikan setiap tahun, ya Rasulullah?. Baginda hanya berdiam diri sahaja, tidak menjawab pertanyaan lelaki itu, sehingga lelaki itu bertanya tiga kali, Rasulullah s.a.w. bersabda, Jika aku menjawab ya, Ibadat haji akan menjadi wajib pada setiap tahun, tentu kamu semua tidak terdaya mengerjakannya. Seterusnya baginda bersabda, Janganlah bertanya lagi kepadaku tentang perkara ini, apa sahaja yang aku tidak menyebutnya maka tinggalkan sahaja. Sesungguhnya orang yang sebelum kamu itu menjadi rosak disebabkan terlalu banyak mengemukakan pertanyaan mereka, kemudian mereka menyalahkan Nabi-Nabi mereka. Oleh yang demikian apabila aku memerintahkan kepada kamu semua dengan sesuatu perkara, lakukanlah dengan bersungguh-sungguh mengikut kemampuan kamu. Sebaliknya jika aku melarang kamu semua dari melakukan sesuatu perkara itu hendaklah kamu tinggalkan.
Huraian Hadith: 
1. Ibadat Haji adalah merupakan rukun Islam yang kelima. Maka adalah menjadi kewajiban kepada semua umat Islam untuk mengerjakannya, jika sudah memenuhi dan mencukupi semua syarat-syaratnya. 
2. Allah S.W.T sekali-kali tidak memberatkan hambanya di dalam mengerjakan ibadat yang wajib atau pun sunat kerana setiap hukum yang telah ditetapkan di dalam al-Quran dan juga hadith adalah berdasarkan kemampuan seseorang hamba itu sendiri.
3. Islam melarang kita mempersoalkan perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh syarak, seperti perkara yang wajib, sunat, makruh, harus, haram dan sebagainya kerana semakin banyak pertanyaan yang timbul maka akan menyebabkan banyak kesusahan dan kesulitan yang berlaku sehingga kadangkala berlaku perkara saling menyalahkan orang lain.
4. Islam mengajar umatnya supaya mentaati pemimpin-pemimpin mereka selagi mereka tidak menyuruh melakukan perkara-perkara maksiat serta melanggar perintah Allah S.W.T. dan Rasul-Nya.
[sumber hadith:JAKIM]

Pada zaman ini,orang kaya dan yang berkemampuan tidak mengambil peluang yang ada.
Alhamdulillah...perdana menteri Malaysia yang ke-6 sedang mengerjakan haji di Baitullah ketika ini.
Walaupun sibuk dengan tugas dan tanggungjawab ke atas negara,namun pemimpin ini telah menggunakan kesempatan yang ada sebaiknya.

Akhir kata,ana berharap kesedaran antum tentang rukun Islam yang kelima meningkat dan ana mendoakan semoga antum dipilih menjadi tetamu Allah sebelum tiba ajal masing-masing.
Sekian,wallahua'lam.

(= Selamat Hari Raya Aidiladha =)

Monday, August 15, 2011

Qiyamullail pada malam sabtu dan ahad sahaja ?


Assalamualaikum...
Kaifa halukum ?
Moga-moga antum sihat selalu..

Dari pemerhatian ana sejak sekolah rendah sehinggalah di universiti,kebiasaannya
Qiyamullail secara berjemaah memang akan dilaksanakan pada hari sabtu dan ahad atau hari cuti sahaja.
Dan ada juga segelintir yang melakukan ibadah Qiyamullail hanya pada bulan Ramadhan.
Mengapa hal sedemikian berlaku ?

Apakah mereka faham bahawa Allah hanya melihat hamba-Nya beribadah pada malam hari cuti dan bulan Ramadhan sahaja ?

Bagi ana,tidak sama sekali..
Mari kita faham maksud Qiyamullail terlebih dahulu.

Definisi Qiyamullail

Perkataan Qiyamullail memang sudah tidak asing lagi sebutannya dalam kalangan umat Islam di Malaysia yang suka untuk beramal.Asal maknanya ialah ''bangun malam'', iaitu bangun dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah S.W.T melalui sembahyang sunat,berzikir,membaca Al-Quran,bertasbih dan berdoa.

Firman Allah S.W.T :-

Maksudnya : ''Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ''Sembahyang Tahajjud'' padanya,sebagai sembahyang tambahan bagimu;semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu - pada hari akhirat di tempat yang terpuji.'' (Surah Al-Isra' : 79)

Rasulullah S.A.W menyuruh umat Islam bangun beribadat di tengah malam (Qiyamullail).Dalam hal ini Baginda melakukannya dengan bersungguh-sungguh sebagaimana hadis daripada Aishah r.a :

Maksudnya : ''Bahawasanya Rasulullah S.A.W bangun sebahagian daripada malam bersembahyang sehingga bengkak kedua kakinya maka aku(Aishah) berkata kepada Baginda,mengapa Ya Rasulullah S.A.W lakukan ini semua,bukankah tuan hamba telah diampunkan perkara terdahulu dan terkemudian ? Sabda Baginda bukankah aku ini hamba yang bersyukur''.

Subhanallah...
Sedangkan Nabi yang maksum dan dijamin syurga pun bangun malam,apatah lagi kita yang lemah ini.
Renungkanlah bersama...

Bangun sembahyang dan bertasbih di sebahagian malam adalah membawa kesan iman yang mendalam dan berkesan bacaannya seperti mana Firman Allah,

Maksudnya : ''Sesungguhnya bangun beribadat di tengah malam itu adalah sangat berkesan(dalam hati) dan lebih betul bacaannya.'' (Surah Al-Muzammil : 6)

Jabir r.a mengatakan aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda :

Maksudnya : ''Pada malam hari ada satu saat (yang berkat) di mana jika seorang muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia atau akhirat nescaya Allah kabulkan doanya.Keadaan ini ada pada tiap malam''. (Riwayat Muslim)


Sudah jelas bahawa bahawa Allah melihat amal hamba-NYA pada tiap malam.
Bukan malam sabtu,bukan malam ahad dan bukan pada bulan Ramdhan sahaja.
Oleh itu,ana menggalakkan antum semua melakukan ibadah ini tidak mengira hari mahupun bulan tertentu atau   
semasa kita menghadapi sebarang masalah sahaja.
Sekian,Wallahu'alam.


Thursday, July 21, 2011

! Hati oh Hati ! (bahagian 3)


Assalamualaikum...
Hari ini ana ingin bicara tentang soal hati..
cewah,macam filem Soal Hati la pula..
Takda la,sebenarnya ana hendak sambung entri ! Hati oh Hati ! (bahagian 3)..

***

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. "Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan...,"

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat...solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada...waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu...ada? Ada...time dah nak exam...waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm...entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita..., Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita....? Kit. Macam mana hati kita  nak tenang?

Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati...

***
Jangan Biar Hati Di'pateri'
Siapa tidak mahu menjadi orang beriman? Malah dalam situasi mencari jodoh, kita telah pun mengakui apa sebenarnya kehendak hati seorang manusia. Lelaki yang bergaya 'stylo' tetap mahukan calon isteri yang solehah seperti Nur dalam cerita Nur Kasih. Wanita yang berlagak ala Lady Gaga masih dambakan calon suami seperti Asyraf dalam Program Realiti Imam Muda.
Itu membuktikan, masih ada secebis cinta kepada agama jauh di lubuk hati. Tetapi, mengapa kehendak itu tidak membuka pintu hati kita untuk berusaha mendapatkan hidayah dari Allah? Sedang kita tahu, fitrah hati kita ini menginginkan kesejukan pandangan dan rohani yang damai dengan salju keimanan!
"Belum terbuka hati aku untuk berubah. Agaknya hidayah Allah belum sampai." Sebelum kita ucap sebaris kata-kata itu, cuba ambil beberapa saat untuk bertanya kepada diri. "Apa yang sudah aku usahakan untuk mencari sinar petunjuk dari Allah?". Jika kita hanya membiarkan kaki terus berjalan di atas landasan yang dicipta oleh syaitan, tidak mungkin kita dipilih Allah untuk mendapat hidayah. Hayati firman Allah SWT,
"Katakanlah (Wahai Muhammad SAW), Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara (ikhwan) kamu, isteri-isteri (suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah SWT dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamanya maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusanNya (azab siksaNya). Kerana Allah SWT tidak akan memberi hidayah kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (at-Taubah : 24)
Menurut Pensyarah di Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam UiTM, Dr. Mohd Asmadi Yakob, antara punca-punca seseorang itu sukar mendapat hidayah adalah kerana mengikuti hawa nafsu dan syaitan. Manusia yang sentiasa menuruti kehendak nafsu dengan membelakangkan larangan dan suruhan Allah, hatinya sukar terbuka ke jalan kebaikan. Manakala, apabila dia menjadikan syaitan sebagai kawan, hatinya akan  terus terpesong. Ini dapat dikaitkan dengan realiti masyarakat Islam hari ini yang mengamalkan susuk, sihir dan pemujaan syaitan dalam kehidupan. Telah Allah sebut di dalam surah al-Haj ayat 4, "yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinnya kepada azab neraka."
Selain itu, manusia yang berlaku zalim juga sukar memperoleh hidayah. Ia terbahagi kepada dua iaitu berlaku zalim terhadap diri sendiri dan zalim terhadap manusia lain. Seorang lelaki yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut dengan sengaja, Allah akan 'memateri' hatinya! Hati menjadi keras, maka bagaimana sinar keimanan akan menyerap ke sanubarinya? Itu contoh zalim kepada diri sendiri. Manakala zalim terhadap manusia lain adalah dengan menganiaya orang tersebut. Doa orang yang teraniaya itu sesungguhnya amatlah mudah dimakbulkan Allah. Ini jelas menunjukkan Allah terlalu murka pada kezaliman.
Untuk memastikan diri tidak sukar diberi hidayah, jangan pernah biarkan hati menjadi keras. Ini boleh terjadi jika kita berkawan dengan rakan-rakan yang menghanyutkan kita dari mengingati Allah. Manusia yang melakukan maksiat dan dosa tetapi tidak bertaubat juga akan terus-terusan berada dalam keadaan yang sesat. Tanda hati telah menjadi keras juga apabila seseorang itu tidak suka mendengar perkara-perkara baik, majlis ilmu dan nasihat tentang keagamaan. Akhir sekali, apabila kita berperilaku melampaui batas-batas agama dan selalu berkata dusta, jangan dinanti hidayah mengunjungi segumpal darah di dalam tubuh! Beringatlah, apabila terdetik walaupun sebesar zarah kesedaran di dalam hati, segeralah mendekati Allah, mudah-mudahan hati dilimpahi hidayah yang berkekalan.
***
Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.
Hati yang Segar
Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan Allah, merasai Allah itu ada dihati kita. Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.
Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.
Hati yang dikuasai dengan kebaikan, akan melahirkan kebaikan yang banyak.
Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.
Allah swt sangat melihat kepada hati.
Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya dan menyiksa siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 284)

 

Sunday, July 10, 2011

Hayatilah Lirik Lagu Ini

ألسلام عليكم.
Insya-Allah..hari ini,ana ingin berkongsi sebuah lagu yang jika dihayati,pasti akan terkesan di hati setiap hamba Allah yang mendengarnya.

UNIC-HIJRAH

Lagu : Ummu Umar   Lirik : Tuan Haji Ismail Bin Ahmad

Sering daku terkenang
Hijrah gemilang
Berubah dunia
Gelap menjadi terang
Berguguran airmata
Tidak kurasa
Meski bibir tanpa suara
Ku terus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Kupasti hijrah kerana Allah
Biar kaki ku terasa lemah
Menyusuri kekasihmu Ya Allah

Pengorbanan abadi
Menerangi bumi hijrah
Bagaikan hujan menyuburi
hati
Hijrah satu kebenaran
Sepanjang zaman
Hijrah satu kemenangan
Musafir perjuangan


 Kepada sesiapa yang ingin berhijrah terutama melanjutkan pelajaran ke luar negara dan yang ingin berhijrah dari yang buruk kepada yang baik..
Pastikan hijrah anda kerana Allah..ye..
Janganlah kita berhijrah semata-mata ingin menunjuk-nunjuk dan sebagainya.
Sekian,Wallahu'alam.

Monday, May 30, 2011

! Hati oh Hati ! (bahagian 2)


Assalamualaikum..
Iman antum sihat hari ni?
Bagaimana dengan hati antum?
Sakit atau gelap atau sudah sembuh?


Hadith: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa dan hartamu tetapi Allah melihat kepada hati dan amalmu.(HR Muslim)
Huraian Hadith: 
Hati menurut ilmu perubatan adalah darah hitam yang beku, mempunyai bentuk tersendiri yang letaknya di sebelah kiri dada (heart). Ia berfungsi sebagai penetral darah. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa hati menurut pandangan ilmu tasawuf adalah unsur halus yang bersifat metafizik yang berada dalam bentuk hati yang bersifat jasmani. Dia berkata:"Saya hairan dengan manusia yang sangat mengutamakan kebersihan dan keindahan tubuh sedangkan hatinya tidak mereka bersihkan dari kotoran-kotoran batin dan maksiat, padahal Allah hanya memandang hati mereka sebagaimana firman Allah dalam surah asy-Syams ayat 7-10. Hati di ibaratkan sebagai tuan dan jasad adalah hambanya atau sebagai pemimpin yang mengatur rakyatnya. Maka hati adalah asas atau pusat yang mengatur dan menggerakkan semua aktiviti seseorang. Jika hati baik maka akan baiklah kelakuan seseorang itu dan jika sebaliknya maka buruklah peribadi seseorang itu. Sesungguhnya hati adalah nilaian Allah yuang paling utama dalam setiap amalan yang kita lakukan.
Hati,
Dikala hatiku masih berbolak balik,
Bisikan dan hasutan syaitan silih berganti,
Ku kuatkan semangat melawan semampu mungkin,
Aaargh, lemahnya diriku kerna sering tertewas!
Hati,
Kerapuhan hati kian meningkat,
Dek kerana titik hitam yang menyelinap dan bersembuyi dihatiku,
Terasa begitu sakit dan pedih apabila virus kian merebak merosakkan hati ini,
Sungguh sukar untukku mendapatkan penawarnya,
Hati,
Sesungguhnya, menjagamu amat sukar bagiku,
Ku tetapkan hati ,
Hati ini mesti dilindungi dan dikasihi,
Tidak tegar untukku menzalimi hati yang diciptakan suci dan bersih,
Hati,
Ku mengorak 1001 langkah yang membawa hati ini dekat kepadaNya,
Agar sentiasa terpelihara,
Kerna, terlalu lemah untukku memeliharanya,
Ya Allah,
Sesungguhnya aku mengerti ,
Hati ini hanya untukMu,
Ya Allah,
Hanya padaMula aku berserah,
Hanya padaMu, selayak-layaknya hati ini kembali ,
Janganlah Engkau membiarkan hati ini dizalimi,
Ya Allah kepadaMu aku bersandar agar hati ini sentiasa di bawah lindungan dan rahmatMu
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hati yang hidup menggerakkan potensi yang ada pada diri seseorang.
Sebaliknya, hati yang mati membunuh segala bakat dan potensi diri.
Sesuatu umat hanya boleh dibangunkan dengan menggerakkan potensi dirinya serta mengarahkannya kepada pembangunan.
Dengan pengutusan Rasulullah SAW, segala bakat dan potensi sahabat yang selama ini terpendam digerakkan dengan penghayatan al-Quran.
Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran.
Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan.

Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk.
Hati yang dihidupkan dengan al-Quran bersedia mematuhi segala perintah syarak.
Dengan mematuhi segala perintah syarak barulah kehidupan manusia akan sempurna. Bukankah Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya al-Quran ini membimbing ke jalan yang lurus (benar)." - Surah al-Isra’, ayat 9
Perkara ini disebutkan juga dalam firman-Nya bermaksud:
"Taha (maknanya hanya diketahui Allah). Kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu supaya kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah; iaitu diturunkan daripada Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi?" -Surah Taha, ayat 1-4
Maka untuk menghidupkan hati dengan al-Quran, kita memerlukan beberapa syarat:
Pertama, al-Quran hendaklah dibaca dengan tenang dan khusyuk, dalam keadaan bersunyi diri (berkhalwah), terutama pada waktu tengah malam atau fajar (Subuh).
Allah berfirman bermaksud:
"Sesungguhnya membaca al-Quran pada waktu fajar (Subuh) itu disaksikan malaikat." -Surah al-Isra’, ayat 78
Kedua, membaca al-Quran dengan pengamatan maknanya seperti yang dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:
"Tidakkah mereka merenungi (tadabur) al-Quran itu?" - Surah Muhammad, ayat 24
Pembacaan yang disertai dengan renungan dan pengamatan sedemikian akan membuka pintu hati seseorang untuk menerima kebenaran yang terkandung dalam al-Quran.
Dengan perkataan lain, roh dari alam tinggi (alam Ketuhanan) yang dibawa oleh al-Quran itu akan turun dan meresapi ke dalam hati pembaca al-Quran kemudian ia menghidupkannya.
Dengan itu hati dapat mengenal kebenaran dengan mudah dan mencintainya. Nilai kebenaran dan kebaikan akan tumbuh subur dalam jiwanya. Lantas ia menyukai kedua-keduanya, tetapi membenci dan menentang kebatilan dan kejahatan.
Ketiga, sentiasa bersikap bersedia untuk menerima kebenaran al-Quran sebelum membaca atau mendengarnya.
Manusia sering dikuasai oleh hawa nafsunya. Segala keinginan dunia (hingga membawa kepada kegilaan) adalah dinding (hijab) tebal yang menutup hati seseorang itu sehingga menyebabkan enggan menerima hidayah Allah melalui al-Quran.
Keempat, merealisasikan kehambaan ('ubudiyyah) diri sewaktu membaca al-Quran.

Perasaan ini akan dapat menimbulkan keazaman untuk merealisasikan segala ajaran al-Quran yang dibaca itu dalam kehidupan. Ini semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah.
Dalam perkataan lain, pembacaan yang sedemikian akan menimbulkan keazaman untuk bermujahadah iaitu melawan kemahuan diri yang bertentangan dengan tuntutan ‘ubudiyyah kepada Allah.
Melaksanakan segala perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran adalah tafsiran makna ayat yang dibacanya itu di dalam kehidupan.
Untuk memastikan ia terus hidup dan segar, maka hati perlu sentiasa menjalani proses mujahadah (melawan segala kemahuan diri yang bertentangan dengan ajaran Islam).
Hati yang tidak bermujahadah, ertinya hati itu beku dan kotor. 

Hati yang kotor dan beku menyebabkan seseorang itu tidak ingin melakukan kebaikan, malah ia sentiasa melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW bermaksud: "Huzaifah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda: Fitnah akan melekat di hati manusia bagaikan tikar yang dianyam secara tegak-menegak antara satu sama lain. Mana-mana hati yang dihinggapi oleh fitnah, nescaya akan terlekat padanya bintik-bintik hitam.
"Begitu juga dengan hati yang tidak dihinggapinya, akan terlekat padanya bintik-bintik putih sehinggalah hati itu terbahagi kepada dua.
"Sebahagiannya menjadi putih bagaikan batu licin yang tidak lagi terkena bahaya fitnah, selama langit dan bumi masih ada, manakala sebahagian yang lain menjadi hitam keabu-abuan seperti bekas tembaga yang berkarat, tidak menyuruh kebaikan dan tidak pula melarang kemungkaran, segala-galanya adalah mengikut keinginan." (Riwayat al-Bukhari di dalam Kitab Iman, Hadis No. 207)
Bercakap mengenai hati,cukup luas..
Justeru itu,ana akan post entri sambungan dari post ! Hati oh Hati !
Sekian,wallahu'alam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...