if u like this blog.just click

Showing posts with label .:SeMAsA:.. Show all posts
Showing posts with label .:SeMAsA:.. Show all posts

Wednesday, October 31, 2012

Kejamnya Mereka


Assalamualaikum..
Satu isu yang tidak asing lagi dalam masyarakat kini.
Kepincangan yang berlaku pada akhir zaman ini telah menyaksikan kezaliman manusia sesama makhluk Allah yang lain dan juga sesama manusia.Tujuan ana menyiarkan video ini adalah untuk diambil iktibar bersama.Fikirkan sejenak apakah faktor yang menyebabkan mereka bertindak sedemikian.

Pesalah dibelasah

Kucing dibakar hidup-hidup

Anak kucing diseksa


Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahwa Rasullah SAW bersabda: “Seorang wanita disiksa karena ia mengurung seekor kucing hingga mati dan wanita itu pun masuk neraka; wanita tersebut tidak memberi kucing itu makan dan minum saat dia mengurungnya dan tidak membiarkannya untuk memakan buruannya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)



Monyet disiat kulitnya ketika ia masih hidup

Masya-Allah ya syeikh, apakah mereka tidak tahu balasan yang akan mereka terima di akhirat kelak atas kekejaman yang mereka lakukan ?


Riwayat: 
 Ibn Umar r.a
Hadith: 
Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menyeksa haiwan dengan mengerat, mengoyak, mencabut atau mengelar mana-mana anggotanya, maka ditimpakan atasnya laknat Allah dan Malaikat serta manusia semuanya." 
Pengajaran hadith:
i) Haiwan juga merupakan makhluk Allah S.W.T yang wajib dihormati di mana mereka juga merasa sakit seperti manusia sekiranya mana-mana anggota badannya dipukul atau ditikam dan sebagainya.
Ii) Setiap manusia mestilah menaruh perasaan belas kasihan dan berperikemanusiaan terhadap binatang dan jangan sekali-kali melakukan perbuatan yang menyakitkan jasadnya dengan apa cara sekalipun kecuali terdapat beberapa sebab yang diizinkan syarak.
iii) Sesiapa yang berlaku zalim dan menganiayai binatang maka layaklah mereka ditimpa laknat Allah, malaikat-Nya serta umat manusia seluruhnya.

                                           Kanak-kanak ditolak ke dalam swimming pool.

Ya Allah,pedihnya mata melihat video ini.Pembunuhan dianggap suka-suka oleh syeikh di atas.
Persoalannya kini, mengapa mereka bertindak sedemikian ?
Di mana letaknya sifat keperimanusiaan mereka ? Firman Allah S.W.T dalam Al-Quran :-

''Dan barangsiapa membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, balasannya ialah neraka Jahanam, kekal dia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya dan Dia(Allah) sediakan seksaan yang besar untuknya.'' (an-nisa' : 93)


"Dan apabila diperiksa anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Sebab dosa apakah dia dibunuh?" (at-Takwir: 8-9)


"Jangan kamu membunuh anak-anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka maupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu dosa besar." (al-Isra': 31)

Akhir kalam, jagalah hati kita.Kebanyakan mereka yang terlibat dengan masalah di atas adalah mereka yang hatinya kotor, jauh dari Allah .Ingatlah janji Allah kepada mereka yang berbuat zalim.Takutlah antum semua kan azab seksa yang sangat pedih jika ingkar perintah Allah.

#sumber : video-internet
              

Monday, August 29, 2011

Ucapan raya paling simple =)

Assalamualaikum...
Di kesempatan ini,ana ingin membuat ucapan raya kepada semua muslimin dan muslimat
Terutama sekali kepada rakan-rakan akaun sekalian.

Cukup sebulan kita menjalankan BUSINESS ramadhan.

Telah banyak amalan yang kita lakukan tetapi tidak pasti samada ia DEBIT ataupun CREDIT.

Adakah BALANCE atau wujud SUSPENSE pada TRIAL BALANCE ramadhan kali ini ?

Biarlah ALLAH yang menentukan INCOME STATEMENT anda dapat NET PROFIT  atau NET LOSS.

Dan diharapkan BALANCE SHEETS ibadah kita diterima walaupun kurang tepat.

Wal khulasoh,
Salam Eidul Mubarak
Dan
Maaf zahir batin dari
Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin.
Tutorial 3,
Lecturer 1,
Tamhidi of Accounting And Muamalat,
Islamic Science University of Malaysia.
Sumber rujukan :-

Thursday, June 9, 2011

Mak,ada orang bajet gangster kat sini !


.....ألسلام عليكم
Whoa!
Siapa yang buat gangster uh..
Meyh ana tolong cepuk cikit..
Sikit je,tak banyak...

Rupanya...tajuk di atas merupakan dialog seorang anak kepada ibunya kerana pengambaraan
filem aksi,KL Gangster telah berlaku berdekatan rumah mereka...

Sekarang ni,ana hendak bagi info sedikit tentang KL Gangster..

Okayh macam ni,ceritanya...

[ Sinopsis ]

Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

*Malek-Aaron Aziz

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.

*Shark-Syamsul Yusof

Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

*Jai-Ady Putra

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".


*King-Ridzuan Hashim

Trailer KL Gangster



Fuhh...penuh aksi...
Macam menarik jep...
Kui3...
Apa tunggu lagi..
Moh le tengok..
Sekian,wallahu'alam..


Wednesday, June 8, 2011

Jom Main Gitar Mini Di G.C.

.....ألسلام عليكم


Eh,apa gambar gitar tiba-tiba muncul nih...
hahaha...
Sebenarnya...pada hari ini merupakan ulangtahun yang ke-96,Les Paul..
Aii...siapa pula Les Paul nih?

[ Les Paul ]


Secara ringkas tentang Les Paul(bahasa melayu)

Lester William Polsfuss (9 Jun 1915 - 12 Ogos 2009) yang dikenali sebagai Les Paul adalah gitaris jazz Amerika dan negara, penulis lagu dan penemu. Dia adalah seorang perintis dalam perkembangan gitar elektrik solid-tubuh yang "membuat suara rock and roll yang mungkin".Dia dikreditkan dengan merakam banyak inovasi.Walaupun ia bukan orang pertama yang menggunakan teknik ini, percubaan awal dengan overdubbing (juga dikenali sebagai suara pada suara), kesan delay seperti tape delay, kesan pentahapan dan merakam multitrack adalah di antara yang pertama untuk menarik perhatian luas.
bakat inovatifnya dilanjutkan ke gaya bermain, termasuk menjilat, trills, chordingurutan, resah teknik dan masa, yang membuatnya berbeza dari orang sezamannya dan gitaris banyak terinspirasi dari hari ini.Dia mencatat denganisterinya, Mary Ford pada 1950-an, dan mereka menjual jutaan rakaman.
Di antara banyak penghargaan, Paul adalah salah satu dari sedikit seniman denganpameran, tetap berdiri sendiri di Rock and Roll Hall of Fame. Dia jelas dinamakan oleh muzium muzik di situsnya sebagai "arkitek" dan sebuah "dilantik kunci" bersama-sama dengan Sam Phillips dan Alan Freed.

Secara ringkas tentang Les Paul(bahasa inggeris)

William Lester Polsfuss (June 9, 1915 - 12 August 2009) is known as LesPaulAmerican jazz and country guitarist, songwriter and inventor. He was a pioneer in thedevelopment of solid-body electric guitar which "made ​​the sound of rock and roll as possible". He is credited with recording many inovasi.Walaupun it is not the first person to use this technique, initial experiments with overdubbing (also known as the voice on the voice ), the effect of such delay, tape delay, phasing effects and multitrackrecording was among the first to attract wide attention.
innovative talents extended to the style of play, including licks, trills, chordingurutan,restless, and the technique, which makes it different from his contemporaries andinspired many guitarists today ini.Dia recorded denganisterinya, Mary Ford in the1950s, and they sold millions of recordings.
Among many awards, Paul is one of the few artists denganpameran, stood alone at the Rock and Roll Hall of Fame. He clearly called the music museum at the site as an"architect" and an "appointed key" along with Alan Freed and Sam Phillips.

Okeyh,sempena besday Les Paul ni..
G.C. atau Google Chrome telah create 'gitar mini' di muka depan google chrome webpage..

Nak bunyi yang gitar...
Sentuh tali di situ...

Then,main la puas-puas ye..ha3...
Ini basic bagi orang yang tiada gitar...
hehehe..
Selamat mencuba !
Sekian,wallahu'alam....

Tuesday, June 7, 2011

Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia

....أسلام عليكم

Kepada semua budak yang masih bersekolah...

Boleh la menyertai pertandingan ini..
Daripada antum membuang masa tidak tentu hala..
cuba la aktiviti berfaedah seperti ini selain tolong parents antum..
Yang rasa bosan asyik online facebook je..

Eloklah masuk pertandingan uh..
Akan tetapi,ada syarat-syaratnya..
Melepas la budak F6 hendak masuk pertandingan ni..
Sebab...
Syarat-syaratnya,klik di sini.

Contoh pejuang kemerdekaan,klik di sini.
Ini hanya contoh,banyak lagi pejuang yang boleh jadi rujukan.

Dan,yang paling penting sekali...
jangan lupa print borang penyertaan,klik di sini.

Cuba jangan tidak cuba..
Mana la tahu..
mungkin anda(darjah 1-tingkatan 5) mendapat ilham yang mencura-curah untuk
menulis surat ini...
Semoga berjaya..
Sekian,wallahu'alam..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...