if u like this blog.just click

Tuesday, April 19, 2011

*--Saat Ditemuduga--*


Assalamualaikum..
Temuduga memang menduga kewibawaan sendiri..
Itulah yang boleh disimpulkan..
Hari ini,aku akan menceritakan sedikit pengalaman ketika ditemuduga.

Dup dap dup dap..

Fajar sidiq mula menunjukkan sinarnya..
Aku pun bingkas bangun setelah dikejutkan oleh ibuku..
Apa lagi,mandilah..
Lepas mandi,azan Subuh berkumandang dengan sungguh syahdu..
Maka,aku pun menunaikan solat fardhu Subuh..

''Berdoalah pada Allah agar kita dimatikan,dalam iman jua Islam dan juga kerahmatan-NYA..''

Aku menadah tangan berdoa ke hadrat Ilahi agar dipermudahkan segala urusan..
ermm...my mom suruh breakfast..but,tak lalu nak makan..sebab pagi sangat..huhuhu..
Tepat pukul 7 pagi,aku melangkah pergi menuju ke medan bakti..
Ceh,macam pi berjihad lak..

Dalam kereta,aku menerima sepucuk mesej dari hakim..


Temaceh  eh,silap,
Terima kasih Hakim Radzuan..bagi semangat dan nasihat.
Perjalanan yang cukup singkat..1jam jep..
Dengan menaiki...
Setelah sampai di INTIM..
Aku pun tercari-cari di mana kaunter pendaftaran,
rupanya tak ada kaunter pendaftaran..
Kesemua calon temuduga diminta hadir ke bahagian dewan untuk ujian bertulis.

Sebelum test uh,
''Siapa yang saya sebut nama ini,sila angkat tangan macam saya ye!!''
Antara nama budak lepasan izzuddin yang disebut,
Muhammad Hamzi,
Muhammad Aiman,
Mohd Naim,
Muhammad Nor Aman,
Ahmad Fauzan,
Muhammad Asyraf,
Muhammad Fadhil,
Nur Muhammad Anas,
Yang hadir : aku,asyraf dan naim sahaja.
Yang lain ada hal.
Eh,anas pun ada..
Wah,sudah kurus dia..

''Anda diberi masa 20 minit bagi menjawab soalan tajwid dan bahasa arab..''
Budak pandai arab kompem kacang punye..

Lepas test,kami dibahagikan mengikut panel A,B,C,D...

Aku dapat panel C.

Hampir 1 jam setengah jugak la menunggu..
Maklumla,nama aku last sekali dalam senarai calon temuduga panel C.
Nasib baik ada Firdaus Mat Salleh(kawan lama),
teman aku sembang-sembang..
sebelum masuk..bilik..

Nampaknya,panel dah panggil aku da tu..

Panel: Muhammad Nor Aman Bin Jamaluddin,sila masuk...
Aku: Assalamualaikum...
Panel: Waalaikumussalam..sila duduk..
Aku: Terima kasih..ini saya punya borang..
Panel: Ouh,emm..

Soalan
1) Nak pergi Darul Quran ni,pilihan sendiri ke,pilihan ibubapa?
Aku: Pilhan sendiri,ada kawan(hamzi) suggest.
2) Pernah menyertai mana-mana pertandingan/ujian hafazan?
Aku: Tak.
3) Ada kena buli dengan adik-beradik?...di sekolah?
Aku: Tak.
4) Pernah kena pukul dengan ayah/ibu?
Aku: Kena rotan ada la..
5) Pernah kena tindakan disiplin di sekolah?
Aku: Ouh,tak pernah(ketawa kecil).
6) Ada minta mana-mana universiti?
Aku: USIM.
7) Kalau dapat DQ,nak pergi ke tak?
Aku: Dalam 70%..
8) UPU isi apa?
Aku: USIM.
9) Masuk sukan apa?
Aku: Takdak.
10) Masuk persatuan apa di sekolah dulu?
Aku: Persatuan Sejarah Dan Geografi.
11) Jawatan khas apa disandang di sekolah dulu?
Aku: Pembimbing Rakan Sebaya..

Soalan yang terkeluar dari tajuk..huhu..
12) Pernah nampak saya di sekolah?
Aku: Tak.
Panel: Saya jadi khatib,tak pernah nampak?
Aku: ooopss..Saya rabun..so, tak nampaklah..
13) Kenal Rif'at tak?
Aku : Kenal.
Panel: Yang main Takraw tu..
Aku: Aaah,dia main takraw.

Panel: Ouh,tak pernah masuk ujian hafazan kan?
Aku : Yup.
Panel : Buka Al-Quran,surah Al-'Imran..Hafal mukasurat yang pertama..
           Sejam lagi,datang balik..kol 12.55 ye..

Apa lagi,cari port nak hafal la..
Pergi masjid..

''Ala,aircond tak bukak lak..''
hmm..takpa lah..tak panas mana pun..

Dengan lafaz basmallah..aku pun mula menghafal dari satu ayat ke satu ayat..
tup...
Masa sudah cukup sejam..
Dah pukul 12.55 p.m..
alamak!!..bagaimanakah..??
Pergi je la ke panel tadi.

hmm...boleh la..hafal tadi..
Selepas habis tasmik,beliau menanyakan..
Panel : Ada facebook Rif'at?
Aku : Takde.
Panel : Kenapa tak add?..Saya ayahnya..
Aku : Ouh,nanti saya cari..ingatkan encik ni siapa tadi..
Panel : Nakal dia tu..
Aku : Emm..kat sekolah dulu,dia naqib..
Panel : Naqib tu apa?
Aku : Penasihat agama.
Panel : Ouh,dia sekarang kat UIA..ambil lughah..
Aku : Baguslah..baiklah encik..terima kasih..
Panel : Sama-sama..
Ayah Rif'at rupanya..ingatkan siapa tadi..hu3..
Fuhh..lega..
Alhamdulillah..selesai sudah..
Mudah-mudahan aku dapat..
Doakan aku ye..
Sekian,Wallahua'lam..



Wednesday, April 13, 2011

Interview ?? Adakah anda cuak ??


Assalamualaikum..bertemu lagi dalam post yang agak famous bagi budak lepasan spm 2010...

------------------------------------SITUASI 1----------------------------------

''Weyh,ko dapat jpa/maktab/mara/petronas/banknegara tak?''
''Ala,aku tak dapat la...nak buat macam mana..aku bukan pandai macam ko.''

------------------------------------SITUASI 2----------------------------------

''Adoyai,esok sudah nak temuduga...dah la tak ready lagi...camne ni ?''

*****

isk3..janganlah terlalu nervous dan risau sesangat.
Ingatlah,ini bukan S.P.M (Sijil Padang Mahsyar) yang sepatutnya lebih di cuakkan...

Tidak lulus/kandas temuduga,adakah beerti kita tiada masa hadapan?
Adakah kita akan ke neraka disebabkan gagal dalam temuduga?
Adakah kita sudah dianggap GAGAL?

Kita sebenarnya...kurang berjaya...bukannya GAGAL..keyh...
Bertimbun lagi peluang menunggu kita..
Janganlah putus asa keyh..


Bertimbun lagi peluang di hadapan..
Cuma terpulang kepada kita sama ada nak atau tak.
''Di mana ada kemahuan,di situ ada highway''

Pada kesempatan ini,aku ingin kongsikan tips-tips tentang temuduga...

Tidak kiralah untuk sambung belajar mahupun memohon pekerjaan.
_________________________________________________________________________


OBJEKTIF PENEMUDUGA


Berikut adalah diantara objektif-objektif penemuduga


Lazimnya, penemuduga akan mencari calon dengan ciri-ciri berikut :


  1. Kebolehan berkomunikasi yang baik
  2. Mempunyai kelayakan yang relevan
  3. Bersemangat
  4. Berinisiatif
  5. Mempunyai rekod pekerjaan/pelajaran yang baik
  6. Berwatakan Menarik

NILAIKAN DIRI ANDA

Sebelum anda menghadiri temuduga, anda seharusnya sudah dapat menilai diri anda sendiri sebelum dinilaikan oleh penemuduga.

Anda perlu melihat diri anda dari segi
  1. Kelebihan diri sendiri
  2. Personaliti                                                                                                       
  3. Pencapaian Akademik dan Pekerjaan
  4. Kekuatan dan kelemahan
  5. Persepsi
  6. Pengetahuan Am
  7. Pengalaman Kerja

Kebanyakkan soalan penemuduga berkisar kepada aspek-aspek diatas. Cuba selami diri anda, dan senaraikan butir-butir tersebut, kenalpasti kelemahan anda dan cuba perbaikinya sebelum menghadiri temuduga.
TINGKAHLAKU DAN ADAB SEMASA TEMUDUGA


  1. Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan "Selamat Pagi" atau "Selamat Petang" mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  2. Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.                                                                                                    
  3. Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  4. Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  5. Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  6. Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  7. Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  8. Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  9. Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua Panel
  10. Gunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya
  11. Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  12. Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.


  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.





  • Jika anda tidak tahu jawapan yang disoal itu, janganlah cuba hendak berbohong ataupun mendiamkan diri sahaja, kerana ini akan melemahkan peluang anda. Eloklah anda bercakap terus terang yang anda tidak tahu jawapannya.





  • Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda, persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Jangan bercakap melebihi dan yang tidak sepatutnya.





  • Jangan berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa temuduga.




  • *KERJA*


  • Jika anda pernah bekerja dahulu, berilah keterangan dengan ringkas dan tepat berkenaan dengan pekerjaan itu.





  • Jangan sekali-kali anda cuba hendak mencela bekas majikan anda.





  • Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang benar, tetapi janganlah membesar-besarkan perkara itu.





  • Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang bersabit dengan pekerjaan itu, masa yang dijangka kena bekerja dan gajinya yang akan dibayar pada permulaannya.





  • Bersedialah untuk memberitahu kadar gaji yang anda ingin. Walau bagaimanapun biarlah penemuduga itu mengemukakan perkara itu terlebih dahulu.





  • Jika penemuduga tidak menyatakan tarikh yang sepatutnya anda mengetahui keputusan temuduga itu, eloklah anda bertanya supaya anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan itu. Jika ia bersetuju tanyakan tarikh dan masa yang sesuai baginya.





  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.





  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.






  • KAWAL EMOSI SEMASA TEMUDUGA

    Semasa berada di bilik temuduga, kerapkalinya anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah "mencabar" kewibawaan anda.

    Apa yang perlu anda lakukan adalah :
    1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda
    2. Jawab dengan jelas dan lantang
    3. Kikiskan sifat ego anda
    4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas
    5. Banyakkan senyuman
    6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain
    7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan ditawarkan

    Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

    ELAKKAN PERKARA YANG MENJELIKKAN PENEMUDUGA

    Berikut adalah perkara-perkara yang sepatutnya anda elakkan ketika berada dalam bilik temuduga untuk mengelakkan penemuduga berasa bosan dan jelik kepada anda :
    1. Bercakap perkara-perkara yang tidak berkaitan secara keterlaluan
    2. Tidak memberikan tumpuan kepada penemuduga tertentu apabila ditemuduga lebih dari seorang penemuduga
    3. Mengelak dari menjawab soalan penemuduga
    4. Memandang rendah akan pengetahuan penemuduga, ini dapat dilihat dengan jawapan anda
    5. Mencabar penemuduga dengan bertanyakan soalan yang rumit dan terlalu teknikal
    6. Menggunakan nama-nama orang berpangkat atau terkenal dalam perbualan anda dengan temuduga dengan harapan penemuduga tersebut kagum dengan anda.
    Perkara-perkara ini bukan sahaja membosankan penemuduga, malah akan membuatkan penemuduga merasa jelik dengan anda dan seterusnya mengambil keputusan untuk mengenepikan permohonan anda.
    _______________________________________________________________

    Selesai sudah...tips-tips untuk temuduga..
    Just untuk panduan korang..
    Don't nervous...banyakkan zikir,selawat..
    Insya-Allah akan tenang..
    Ikutlah keselasaan masing-masing..
    Jangan terlalu 'cover' sangat..keyh..

    Di bawah ini,ada link tentang pengalaman seorang pelajar Darul Quran ketika ditemuduga..
    Barangsiapa yang dapat interview DQ tu,jangan lupa baca link di bawah ini ya..

    http://everjihad.blogspot.com/2008/04/temuduga-darul-quran-jakim.html
    Aku doakan korang dapat apa yang korang inginkan..
    Sekian,wallahu'alam....
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...